Thursday, May 28, 2009

 

Pemandu Malaysia


Kemalangan ni berlaku pada jam 12.30 tengah hari tadi di simpang keluar dari Petronas Tasik berhampiran Mi Rebus Ramli. Pemandu kereta biru tu nak memotong ikut kiri, lori nak cepattak tak tengok kiri. Salah siapa? inilah wajah pemandu Malaysia.

Monday, May 25, 2009

 

Tahniah PARTS

9W2SLJ selepas menerima hadiah daripada Prof Madya Dr Rozaini dari UUM

Sijil Penyertaan

Pendaftaran Penerima Hadiah

Ucapan Timbalan Pengurus Besar PDC

Sebahagian Hadirin

Tahniah diucapkan kepada 9W2SHB Saleh selaku webmaster Persatuan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) kerana laman web tersebut telah terpilih sebagai final 8 dan mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan Laman web NGO PENANG OPEN e-CREATIVE C H A L L E N G E 2009 atau C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009 anjuran PDC dan SKMM. Kerana beliau tidak dapat hadir, saya mewakili beliau bersama pengerusi PARTS 9W2SLJ Pak Lope dijemput ke Bukit Jambul Golf Resort untuk majlis penyampaian hadiah pagi Sabtu yang lalu. Kai tak menyangka akan menang kerana pengerusi Pertandingan mengumumkan sambutan yang menggalakkan dengan lebih 100 penyertaan dalam pertandingan tersebut. Apapun tahniah sekali lagi.

Monday, May 18, 2009

 

Kami Guru malaysia

Kami Guru Malaysia
Berkikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putera puteri negera kita

Pada Seri Paduka
kami tumpahkan setia
rukun negera kita,
panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
kami tetap bersama
membantu, membina
negara yang tercinta

Amanah lyang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
tunai tetap kami tunaikan
tunai tetap kami tunaikan.

Semua 320 ribu warga pendidik yang masih berkhidmat di samping beribu-ribu lagi yang telah bersara pasti menghafal senikata lagu Guru Malaysia walaupun kita hanya menyanyikannya setahun sekali. Kali pertama saya menyanyikan lagu itu pada 2 mei 1981 apabila melaporkan diri di Maktab Perguruan Kota Bharu. Sejak itu lagu itu tidak pernah gagal dinyanyikan sekurang-kurannya setahun sekali.

1 Januari 1984 saya mula melaporkan diri di SM Mahsuri Pulau langkawi, selama tiga setengah tahun di sana, begitu banyak cabaran yang dihadapi. Namun itu semua mendewasakan kita. Dis itu juga saya bertemu dengan isteri saya. Sebagai guru baru, penyapu baru, memang banyak kerja yang dilakukan tetapi tidak pernah rasa penat.

Selepas menyambung pelajaran di UM saya melaporikan diri di Methodist Boys School, Kuala Lumpur. Suatu perubahan mendadak dari Pulau langkawi. Pelajar di Kota, Lelaki pula, majoriti pelajar China. Namun MBS lah yang paling banyak mendidik saya menjadi guru yang lebih baik terutamanya sebagai pengurus sekolah. Pang Chinn Feii pembaca berita TV3 bekas pelajar saya di tg 6, begitu juga Roshan Thiran dan Sanjeev Palar, kedua-duanya kini penulis ruangan khas akhbar Star. Sehingga kini saya masih berhubung dengan bekas pelajar saya yang ramai telah berkeluarga. Mereka khususnya anggota pasukan kadet Polis MBS dari 1996-1999 amat rapat dengan saya. 10 tahun saya di sana. Memang banyak cabaran dan dugaan.

Mulai 1 Januari 2000 saya bertukar ke SM Teknik Gerik. sekali lagi perubahan drastik berlaku. Dari segi kepuasan kerja, memang menyeronokkan. Pelajarnya 100% Melayu dan tinggal di asrama. Pelajar 1st dan 2nd batch begitu dekat di hari saya kerana saya bertugas sebagai PKHEM pada masa itu. Sehingga kini, kejayaan mereka, kebahagian mereka dan pencapaian mereka dalam hidup amat saya rasai sebagai kejayaan peribadi saya. Sesungguhnya itu semualah hadiah Hari Guru yang bermakna buat insan bernama cikgu. Selamat Hari Guru sekali lagi rakan-rakanku.

Saturday, May 16, 2009

 

Selamat Hari Guru

Buat semua rakan pendidik, Selamat Menyambut Hari Guru. Mungkin ada yang tidak membawa apa-apa makna, namun sesungguhnya kejayaan anak murid didik kita merupakan bukti dan saksi pada pengorbanan kita. Sesungguhnya dirimu begitu berharga. Guru Pembina Negara Bangsa, Selamat Hari Guru. (dan selamat menghabiskan LDP heheheheh)

Wednesday, May 13, 2009

 

Tongkang Pecah Yu Kenyang?






Petang semalam, balik dari sekolah, terdengar rakan cadang nak eye-ball di tongkang Pecah, kat Taman Perpaduan. Selepas maghrib dpt sms daripada 9W2SUF kata 9W2KPD Tuan Ismail pun ada. Ini sudah chance baik untuk projek Saber iii yang masih tergendala dah dua bulan. Sambil tu monitor di Parts, AOC yang dalam perjalanan dari Taiping nak ke Shah Alam dan AEK nak eyeball di Silibin, tak jadi tapi menghala ke Tongkang Pecah juga. Pukul 9.30, saya mengajak AKC ke Taman Perpaduan. Tiba di sana cari-punya cari, rupanya bukan tongkang Pecah, Perahu Pecah nama kedainya. Macam-macam geng Ham punya port ni. Ramai rakan yang hadir malam tu iaitu9W2ZCB, 9W2AOC, 9W2XXZ, 9W2AEK 9M2EMI, 9W2KPD, 9W2KAA,  9W2SDM, 9W2SUF, 9W2OMC, , TOR, 9W2MVA, 9W2COR. Lepas tu 9W2NIM dan 9W2FTB yang sesat larat mencari Tongkang Pecah pun sampai. Lebih kurang 11.30 9W2RTH Razali yang baru balik bawa pelatih Trafik menunggang Malam dari Sitiawan pun sampai. Ini kali pertama saya berjumpa dan berkenalan dengan beliau dan Tuan Ismail walalupun biasa QSO/. Seronok juga eye-ball sesekali ramai-ramai. Kami berbual sampai 12.30 pagi sebelum balik ke base masing-masing.

Monday, May 11, 2009

 

Sudah Terang lagi Bersuluh

Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Malaysia Kini 11 May 2009

Wednesday, May 6, 2009

 

Sekali air bah sekali pantai berubah

Here we go again. Dejavu is here. Setiap kali berubah pucuk pimpinan, berubah pula menteri, berubahlah dasar. Berubahlah hala tuju. Tidak terkecuali bidang paling penting iaitu pendidikan. Empat lima tahun ni, bidang pendidikan hanya bercakap tentang, PIPP, modal Insan. Tup-tup, sekarang modal insan ke mana, apa ke mana, PIPP hanya tinggal dalam buku. Terbaru, menteri nak buat kajian lagi. Nak lihat kelemahan dan hala tuju pendidikan di Malaysia.  Apa lagi yang nak dikaji, selama hari ni tak cukup kajiankah? Nazir dah tak larat nak buat pemantauan, bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan penuh dengan fail laporan dan kajian.Apa pula perubahan akan berlaku. Smart school yang menelan berbilion ringgit lesap tanpa kubur apabila berubah pucuk pimpinan. PPSMI tak tentu hujung pangkal. Mereka asyik membuat polisi atau sekadar "knee jerking reaction", itu tak pasti. Yang pasti, anak murid kita akan menjadi tikus cubaan sekali lagi. Guru akan pergi kursus tak henti-henti lagi, borang akan diisi berpuluh-puluh keping lagi, duit rakyat akan habis berbilion-bilion lagi. Golongan tertentu sedang mengira keuntungan lagi. Akhirnya? masuk angin keluar asap. Inilah akibatnya apabila bidang pendidikan dijadikan landasan politik. Bijak pandai ada berkata, jika seorang doktor melakukan kesilapan, mungkin satu nyawa akan hilang, jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan menanggung akibatnya. Itu seorang guru, kalau kementerian? Renungkanlah.

Monday, May 4, 2009

 

Kelas RAE Parts

Semalam 3 Mei 2009 telah bermula kelas RAE anjuran Persatuan Penyiar Radio Amatur Perak bertempat di Pejabat Parts di Jalan Silibin. Seramai 11 calon RAE telah hadir termasuk 5 orang dari Manjung yang dibawa oleh penghulu dan juga AJK Parts Daerah Manjung 9W2TGA Saudara Rosli. Hari bertemu pelanggan Parts juga diadakan pada hari yang sama iaitu Ahad pertama setiap minggu. Hari bertemu pelanggan diadakan untuk membolehkan para ahli menyelesaikan urusan dengan persatuan seperti membayar yuran dan sebagainya. Bagi yang bukan ahli boleh mendaftar pada hari tersebut. Di samping AJK, ramai juga rakan yang hadir untuk memberi semangat kepada SWL dan seterusnya eyeball sampai jam 3.00 petang

Atas permintaan peserta, kelas RAE hanya akan diadakan pada setiap hari ahad jam 10 pagi, kerana masalah cuti dan juga faktor jarak. Jadi kelas berikutnya akan diadakan pada hari ahad 10 Apri l2009,  sehinggalah peperiksaan berlangsung 24 Jun nanti. Bagi yang ingin hadir, bolehlah berbuat demikian minggu depan. Jangan lupa membawa portable driver anda sendiri untuk menyalin panduan, nota dan soalan-soalan ulangkaji RAE. Bagi yang ingin menjadi ahli, tolong bawa gambar berukuran pasport dan wang secukupnya. Borang boleh didapati di Pejabat Parts. Para AJK akan hadir berganti-ganti untuk membantu para ahli. 

Bagi rakan-rakan ahli Parts pula, kerjasama anda amat diharapkan untuk menjelaskan yuran tahunan sebanyak rm30. Kita sedia maklum Persatuan hanya berharap pada yuran ahli sebagai dana untuk sebarang aktiviti dan perbelanjaan persatuan. Ini termasuk sewa pejabat, bayaran bil, lesen repeater, pengurusan dan sebagainya. Justeru, tunaikanlah tanggungjawab anda kepada persatuan demi meneruskan agenda persatuan dan juga kelangsungan dunia Ham di Perak.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]