Friday, July 31, 2009

 

Selamat Hari Pahlawan

Selamat menyambut Hari Pahlawam diucapkan buat semua pahlawan negara. Jasa dan pengorbanan anda yang anda bayar dengan darah, air mata dan nyawa, tidak terbalas. Semoga yang telah pergi dicucurkan rahmat ke atas rohnya. Termasuk juga buat bapa saudaraku yang tidak sempat kukenali, namun pengorbanan tinggi tetap abadi. al-Fatihah

Wednesday, July 29, 2009

 

Reading Maketh A Man?

Penulis Inggeris yang terkenal, John Milton pernah berkata, “Reading maketh a man. Sesungguhnya membaca satu hobi yang sangat berfaedah. Saya mula minat membaca ni sejak sekolah rendah. Semua buku abang kakak di Sekolah Menengah saya dah baca masa sekolah rendah, Musafir Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Di Bawah Lindungan Kaabah- Hamka, RSJ, Rentong - Shahnon Ahmad, Suboh - Atan Long, Patah Sayap Terbang Jua, Tembok tidak tinggi A Samad Said, dan buku Melayu klasik, Awang Sulong Merah Muda, Si Suton, Hikayat Malim Deman, Bongsu Pinang Peribut, Misa Melayu Kuno, Sulalatus Salatin, semua selesai masa darjah 4-5 lagi. Masa rehat saya selalu masuk ke stor buku, baca buku-buku lama tu. Bila di Sekolah Menengah Aminudin Baki Chemor, gila baca buku Enid Blyton, masa tu tak pandai BI, baca buku terjemahan saja. Hardy Boys, Tiga Penyiasat semua boleh habis sekali hadap sejam atau dua jam. Jika meminjam buku, mak saya dah tau, balik ke rumah, mesti habis baca dulu, baru makan tengah hari. Bila di SRC baru baca buku yang serius, Saga, Gandaria, Meniti Buih, Terjebak, Keluarga Gerilya untuk pelajar F6 saya baca masa di F4 lagi.

Bila masuk Maktab, baru belajar BI sikit-sikit berjinak-jinak dengan buku BI. Mulanya Harold Robins, tapi dia ni penulis Sastera picisan kata orang, saya tak kisah, janji belajar BI. Begitu juga dengan Sidney Sheldon - tapi dia ni Heronya semua heroin. heheheh. Masa tu baru sedar pentingnya BI, betapa ketinggalannya saya dalam BI. Kemudian-kemudiannya baru kenal Cerita misteri Agantha Christie, Drama Spy, Frederick Forsyth - yang sampai hari ini rasa saya Buku terbaiknya The Devil Alternative di samping The fourth Protocol. Begitu juga dengan Jefrey Archer (sekarang Lord) Lepas tu berubah angin ke Buku Drama Undang-undang Tentunya bermula dengan The Firm John Crisham dan siri 'The' nya yang lain, The Pelican Brief, The Client, The Rain Man dll. Novelis Dan Brown dan Patricia Conwell juga melengkapkan bacaan saya.


Tapi ada satu lagi genre yang sangat saya gemari iaitu non fiksyen khusus history tentang perang Vietnam. Saya pun tak tau kenapa. Mulanya membeli majalah Nam yang dijual di Malaysia secara mingguan masa tahun 1988 dahulu. Lepas itu terdiam sekejap kerana gila baca buku drama undang-undang. Mulai 2000 minat saya kembali ke Perang Vietnam. Pantang ada buku baru di Amazon, mesti beli.


Ni Majalah "Nam" yang mula dibeli, naskah sebenar dah kena banjir kat Kg Baru. Sedih rasanya. Akhirnya terjumpa kompilasinya di Barnes And Noble 5-6 tahun yang lalu.

Buku mengenai Terowong Cu Chi yang terkenal di Saigon ni saya beli di sana semasa melawat terowong itu tahun 2003 dulu.

Buku "Pictorical History" memang mahal, Kulit keras pulak. Kena tunggu
offer kat Amazon atau B&N baru boleh beli.

Yang paling banyak buku yang ditulis oleh veteran tentera America dalam Perang Vietnam. Terasa seperti berada di hujung senjata Vietcong semasa membacanya.

Mengapa saya terpanggil bercerita tentang semua ini? Bukan nak menunjuk-nunjuk saya suka membaca, tapi atas kesedaran betapa ketinggalannya bangsa Malaysia dalam budaya membaca ini. Selain itu, ketika saya menonton iklan jadikan Membaca Budaya Kita di TV, terfikir sampai ke tahap itu kita terpaksa menyuruh orang membaca. Satu ketrampilan yang sepatutnya kita miliki sendiri dalam dunia yang serba mencabar ini. Sukarnya mendidik generasi sekarang untuk minat membaca. Di mana silapnya? Mungkin pengaruh media elektronik. Anak-anak saya sendiri tidak berminat membaca buku selain buku bidang masing-masing. Remaja lebih suka menonton 'kotak bodoh' - daripada berfikir dan berimiginasi untuk membayangkan rupa bilik bawah tanah Saddam Hussein seperti yang diceritakan oleh Jefrey Archer dalam Honour Among Thief yang memerlukan 5 muka surat. Jika ditunjukkan di dalam filem 3 saat sudah cukup.

Atau mungkin juga kerana harga buku yang terlalu mahal. Tak perlu disebutkan lagi. Kalau di negara maju, paperbook berharga 2-3rm, kat Malaysia jangan haraplah. Kita akuilah pasaran kita sangat terhad. Penulis pun tak boleh hidup dengan menulis semata-mata. Tapi kenapa buku import juga dikenakan tax. Susah memikirkannya. Memanglah ada pengecualian cukai Pendapat untuk membeli buku. Tapi khalayak secara umumnya tidak menikmati kelebihan tersebut. Kita terpaksa berkorban terlalu banyak untuk mendapatkan ilmu. Bak kata orang chicken and egg story. Nak turunkan harga baru orang beli, atau ramai orang beli baru harganya turun. Apa pendapat anda?

Tuesday, July 28, 2009

 

Bila Baru Boleh Memancar ni?

Radio Spectra ni dah setahun saya beli di ebay. Satu dibawa balik secara oleh adik saya dan yang tiga lagi dipos melalui kapal laut. Bila tiba awal tahun dulu, saya cuba tapi tak boleh hidup. Mungkin ada masalah teknikal lalu diberikan kepada seorang rakan ham baru yang juga teknisyen elektronik yang agak hebat 9W2DKR (Din Kelebang Restu). Dia pun tak boleh kesan kesalahannya. Cari manual di internet pun tak dapat. Bulan lepas setelah saya mendapat kesemua barang yang diposkan kemudian oleh adik saya, didapati ketiga-tiga radio tu tak boleh dihidupkan. Alamak! kena tipu aku dengan Mat Saleh. Dah banyak barang yang saya beli di ebay dan amazon atau Barnes And Noble, inilah kali pertama barang defective. Nak mengadu pada pay-pal dah terlalu lama. Payment pun dan setahun lulus.



kabel semua baru, tapi tak boleh hidup. Apacer?


Kemudian saya dapati dalam kotak tu ada manual. Haaa, ini sudah bagus, lalu saya beri pada Din, sekali saja tengok litar skematik dia dah tahu, ada satu lagi kabel. Rupanya rig motorola model 80an yang dulu ada safety. Mesti sambung satu lagi kabel ke ignition kereta. Macam stereo kereta jugak rupanya. Lalu cari kabel tu, ada disertakan, baru pulak tu semua kabel dan line filter. Bawa pada Din, sekali pasang terus hidup. Lega.... memang saya yang buta elektronik. Dulu suruh belajar tak nak. Padahal bapa saya seorang self thaught handyman yang terror. Langsung tak ada bakat pada kami anak-anak.

Ni dia, 9W2DKR teknisyen serba boleh

Test pakai power suply digital kepunyaan 9W2SHB.
HS9 mari punya tu. Malaysia tak ada punya


Sekali on saja terus ok. Tapi tak leh juga memancar


Pengajaran, jangan cepat mengelabah, tak tau bertanya, jangan prejudis kalau sendiri yang buta. heheheheh. Sekarang menunggu 9W2CCC mengusahakan dengan Motorola Malaysia untuk diprogramkan







Bila dah siap, baru boleh pasang macam ni. Kotak pun dah ada, kabel pun ok.





Labels:


Monday, July 27, 2009

 

Mencari-cari

Sabtu lalu, selepas LDP di sekolah, terus ke KL seperti yang dijanjikan dengan 9W2JOI untuk mencari alat ganti bagi CBXnya. Setelah menelefon ke sana sini, berjanjilah dengan Suhaimi pemilik Dimana Moto, seorang yang telah banyak membeli motor CBX secara tender sejak dulu lagi. Setelah puas mencari , sampai ke bengkel beliau di Bandar Tasek Puteri Rawang. Orangnya memang peramah. Maklumlah berniaga.

Bengkel Dimana Motor

Tu dia CBX bersusun, janji ada duit. Sapa nak mai.

Dapat no hp tuan punya CBX ni. Tn Haji Abu Bakar Ismail. Bekas Pengarah JP Swasta di KPM. Dapat bercakap dengan dia semalam. Geng motor mesti peramah walaupun tak pernah bersua dan tak kenal lagi. Orang Kulim, lepas pencen dok di Rawang. Baru pusing Malaysia solo jer dengan CBX tu.

Sekali jumpa windshield ni. 9W2CMD dok pesan untuk pasang kat Vulcan dia.

Ni satu-satunya Bangla mekanik motor CBX kat malaysia (ke kat Dunia jugak kut). Siap boleh melawak cakap melayu lagi. Ni motor rakan kelab CBX di KL. Rasanya pegawai BPR. Telah diconvert kembali menjadi model motor asal CBX iaitu Nighhawk. Seat, grab dan bahagian belakang asal daripada Nighthawk, diimpot terpakai dari USA. Begitu juga cover lampu depan. Nampak macam Honda Raider je heheheh. Enjin motor ni macam baru. Licin dan mengancam.


Friday, July 24, 2009

 

Salah Mat Rempit Juga Ke?

Setiap kali kemalangan melibatkan penunggang motorsikal, mereka dipersalahkan, kerana merempit dan sebagainya. Namun realitinya, kajian Prof Datuk Dr Raden Omar Raden SUhadi (orang Chepor) semasa di UPM membuktikan 65 % kes kemalangan melibatkan penunggang motorsikal bukan berpunca daripada mereka. (Selepas itu diwajibkan menunggang memasang lampu hadapan di siang hari, memakai jalur pemantul pada topi keledar, vest keselamatan dan sebagainya)Malangnya kejadian kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pemandu lain dan menyebakan penunggang motorsikal yang biasanya memang terdedah kepada bahaya, terus berlaku.

Penunggang berbaju biru menjadi mangsa pemandu kurang ajar

Pemandu berbaju biru tu selamba jer, langsung tidak pergi melihat nasib
penunggang malang yang dilanggarnya. Kalau kuturutkan hari.....



tadi ketika dalam perjalanan ke sekolah, saya terserempak dengan satu lagi kemalangan yang berpunca daripada pemandu kereta dan yang menjadi mangsa penunggang motorsikal. Kes berlaku di jalan Kuala Kangsar di selekoh tajam sebelum lampu isyarat ke Klebang Restu / Klebang Putra. Sebuah pickup Hilux yang dipandu laju dari Chemor menghala ke Ipoh, hilang kawalan lalu terbabas ke seberang jalan dan terguling dan terbalik ke dalam semak. Malangnya seorang penunggang motorsikal yang baru balik sembahyang jumaat di Masjid Klebang Restu tidak dapat mengelak lalu melanggar pickup itu. Mangsa cedera parah, kaki kanannya patah dan motornya juga teruk. Seperti ke 9M2EMI pemandu celaka tu tak tak cedera. Mujur ada orang ramai, kalau tidak mesti dah dapat hadiah daripada saksi yang geram

Tuesday, July 21, 2009

 

SEPULUH RUKUN MENUNGGANG YANG SELAMAT


1. Ketahui, hafal peraturan jalanraya dan hendaklah dipatuhi dan diamalkan
2.. Menunggang dengan sepenuh perhatian dan memotong dengan seberapa cermat yang boleh.
3. Kenali motosikal anda dan ketahui kemampuannya. Dont over estimate yourself.
4. Beri isyarat dengan betul, gunakan hon dan lampu-lampu hadapan dengan penuh perhatian.
5. Berikan perhatian setiap masa bagi mengelak kemalangan.
6. Fikir dahulu sebelum bertindak
7. Bersabar dan tunggu dahulu bila perlu.
8. Memasuki selekoh dengan keselamatan
9. Gunakan kelajuan dengan bijak dan hanya menunggang laju di tempat yang betul sahaja.
10. Pastikan motosikal anda brada dalam keadaan yang terbaik.

Monday, July 20, 2009

 

Hujung Minggu Yang Memenatkan

Mulai Jumaat hingga Ahad, saya dan rakan-rakan ham yang juga jawatankuasa KRS Kinta Utara terlibat dengan kursus kenaikan pangkat bagi anggota KRS di Pusat Latihan KRS batu Gajah. Diketuai oleh Cikgu Ramli 9W2JPN, yang terlibat lain ialah Zaki 9W2ZZR, Azlan 9WS2AKZ, Ustaz Najdi 9W2DFA, Farez 9W2FRZ, Anwar 9W2AWR, Zaidie 9W2ZDE, cikgu Amir dan Ustaz Basri dibantu oleh tiga orang guru YL. Rakan dari Kinta selatan, cikgu Shahori 9w2SOJ dan Cikgu Sharif 9w2SCP pun turut memberikan bantuan, terima kasih banyak..Memang memenatkan kerana terpaksa pula berkejar balik ke Kampung kerana kenduri aqiqah cucu saudara ( Dah jadi datuk dan aku ni). Memang betul kata 9w2WSA, kerja kokurikulum ni kerja gila dilakukan oleh orang gila sahaja. Gila kerana minat. Kalau tak minat jangan harap.

Bantuan 9W2SCP (Sharif Cikgu Perak) dipohon sebagai jurulatih
pengakap untuk mengajar ikatan.

Broker motor, 9W2JPN bergaya dengan Vulcan Man yang nak dijual.

9W2ZZR tengah mencari lagi ZZR, cuba GPX100 dulu.


Sempat bergaya dengan motor SWL Norizman.
Bila 9W2SOJ pun datang beri sokongan dan tugasan, saya faham....

Tapi yang peliknya bila 9W2ZLA hari-hari ada, siang ada, malam pun ada,
apa dibuatnya pun tak tau, ajak duduk sekali, tak mau. Kita tengok la
nanti. Eksklusif di blog ni, tungguuuuu

9W2WSA, Wan Shaiful Akmar, sekalu Penolong Pengarah Kokurikulum
JPN Perak menyampaikan sijil kenaikan pangkat.
Seramai 158 anggota KRS terlibat.



Wednesday, July 15, 2009

 

Motor 9M2EMI selepas kemalangan



Petang semalam, saya melawat Suahimi, beliau masih belum sedar selepas rawatan. Menurut XYLnya, peha kanannya terkoyak dan kakinya patah di bahagian atas buku lali. Kemudian, saya ke kedai motor di Taman Anda melihat motorsikalnya. Keadaan memang teruk. Tempat duduk terkoyak, sama seperti paha beliau. Kemungkinan terkena lampu kiri kereta yang melanggarnya.

Menurut saksi kejadian, kejadian yang berlaku selepas tengah malam, Isnin malam selasa lalu, saudara Zul dari Kelab LC, Emi berhenti semasa lampu merah dan dilanggar oleh sebuah proton Iswara yagn dipandu laju dan melanggar lampu isyarat. Kereta itu terbalik, tetapi pemandunya tidak cedera. Saksi kejadian yang telah memberi 'hadiah' kepada pemandu itu.

Menurut XYL Emi yang saya hubungi pagi tadi, beliau telah sedar tapi masih tidak ingat akan kejadian itu dan bertanya tentang kejadian itu berulang-ulang kali walaupun telah diterangkan. Sementara itu, pegawai penyiasat trafik Sarjan Haris yang juga menghubungi saya pagi tadi memberitahu, pemandu berkenaan yang direman sejak kejadian itu akan didakwa di mahkamah majistret pagi ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu dalam keadaan membahayakan.

Tuesday, July 14, 2009

 

9M2EMI Kemalangan


Seorang rakan ham dan ahli Parts Saudara Suhaimi atau Emi 9M2EMi telah mengalami kemalangan malam tadi. Motorsikalnya dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk di persimpangan Taman Anda, Tasik. Pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keretanya terbalik. Tetapi saudara Emi mengalami kecedaraan yang agak parah di kaki kanan dan ketika berita ini ditulis dilaporkan oleh XYLnya masih belum sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah berbuat demikian di Wad 5A Hospital berkenaan. Menurut pegawai Penyiasat trafik yang saya hubungi motorsikal beliau berada di bengkel Taman anda.

Monday, July 13, 2009

 

Rakan baru

Sabtu lepas saya didatangi dua orang rakan anak saudara saya yang bekerja di KL. Kedua-duanya peminat motor. Seorang baru saja membeli CBX hitam geng kelab saya di KL.


Seorang rakan guru ni Cikgu Zul dari SK Pinji Ipoh, dah lama call saya bertanyakan CBX, saya pun terlupa. AKhirnya kerana tak sabar dia dah sambar Veradevo ni. Tak apa janji motor. Lepas ni boleh ikut ride.

Motor Shah, rakan Universiti dan housemate anak saudara saya.
Geng KL suka warna hitam ala-ala UTK gitu

Tapi saya masih suka warna asli.


Friday, July 10, 2009

 

Nasi Wangge atau Nasi Gan##

Bagi orang Ipoh, kedai mamak ni memang famous. Sejak saya kecik lagi dah ada, malah dalam kartun Datuk Lat tahun 70an sudah diperkenalkannya. Dulu, ada dua buah kedah sebelah menyebelah bersaing sekarang tinggal sebuah. Masa saya sekolah di SRC dulu, setiap kali ke Pekan (budak sekarang panggil Outing), sebelum balik naik bas Tanjung, ( Tanjung Rambutan sebenarnya) mesti singgah di sini dulu. Sekarang stesen bas Tanjung pun dah tak ada.

Setiap hari waktu tengah hari mesti beratur panjang. Tak tau apa rahsianya. Tapi kari dia memang kaw. Kena pulak sambal kelapa dengan timun. Power..,,, gua cakap lu. Tapi dalam kalangan otai Ipoh, gelaran nasi *#%+@ tu memang famous. Sekali rasa, pasti nak lagi. Kalau Penang terkenal dengan line Clearnya, saya rasa Ipoh punya lagi clear sedapnya. Bagi yang baru nak berkunjung, kedai ni terletak di jalan Yang Kalsom dekat Balai Polis Pekan Baru. Istimewanya (Ni PM mesti suka) kedai ni memang 1Malaysia sedap kedai Cina (jual air) nasi India muslim, pelanggan pelbagai bangsa.

Tengah hari mesti beratur panjang. Kena sabar

Wangge, wangge, kata mamak tu mengajak kita masuk

Mesti penuh punya waktu tengah hari. Deko setail 60an. Nostalgik gitu.

Favourite saya, lauk daging, kuah lebih. Sambal kelapa dia yang buat
ketagih tu.Seorang rakan guru, selepas saya perkenalkan, sanggup
datang dari Slim River hujung minggu untuk makan nasi ni.
Baru RM3.50. Kalau kat KL atau Penang jangan harap!!


Wednesday, July 8, 2009

 

Math and Science back to Bahasa, mother tongues (Update)

Math and Science back to Bahasa, mother tongues (Update)

UALA LUMPUR: The Cabinet has decided that the medium of instruction for Maths and Science will revert to Bahasa Malaysia in national schools and mother-tongue languages in national-type schools from 2012 onwards.

The reversal of the Teaching of Math and Science in English (PPSMI) policy will be done in stages, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said on Wednesday.

He however added that there will be greater emphasis on learning the English language.

English literature will be re-introduced, as will subjects on grammar and composition.

Beginning 2012, students in Year One and Year Four in primary schools, and Form One and Form Four in secondary schools, will learn Math and Science in Bahasa Malaysia.

The change will not affect those in Form Six and Matriculation.

The two subjects will be taught in two languages until 2014 for other students, he said.

“The gap between rural and urban students has widened since PPSMI started.

“Only 19.2% of secondary teachers and 9.96% of primary teachers were sufficiently proficient in English,” he said, explaining the Government’s decision to revert to the old system.

On efforts to emphasise the learning of English, the number of English teachers would be increased by 13,933 -- retirees would be hired, as well as foreigners if need be.

Primary schools will also increase English classes by 90 minutes a week.

There have been calls from various groups for the policy to revert to before 2003, when the subjects were taught in Bahasa Malaysia in national schools, and either in Chinese or Tamil in national-type schools.

The issue has seen a rare alliance between Malay and Chinese educationists, who are against the switch, although there are also calls by many parents and entrepreneurs for English to be maintained.


Akhirnya setelah berbilion dihabiskan untuk membeli laptop, troli yang disimpan sebagai besi buruk, wiring kelas setahun 2 kali tapi tak boleh digunakan juga juga, LCD projektor yg berharga 8ribu (di pasaran tak sampai 4 ribu) akhirnya kabinet membuat keputusan yang sepatutnya. Better late than never. Cuma yang terkilan, selama lebih 6 tahun dilaksanakan, beribu juta ringgit dihabiskan untuk prasarana, apa yang dapat kita banggakan?

Monday, July 6, 2009

 

To KL and Back

Hari sabtu dah berjanji dengan anak saya 9W2AKC untuk menghantar Panthernya yang ditinggalkan di rumah untuk disiapkan balik ke Kuantan. Saya menunggang seorang ke KL untuk berjumpa dengannya. Alhamdulillah, selamat sampai ke KL tanpa sebarang kerosakan walaupun meter RPM putus pulak. Mula-mula menuju ke SUnny Motor di Jalan Pahang untuk mendapatkan oil seal untuk CBX saya. Rupanya tak ada stok. Kena pesan dulu.Terus ke Sentul seperti yang dijanjikan dengannya untuk menggantikan tayar belakang motornya yang dah mula botak.

Sementara menantikan motor rakannya Faizal dibaiki, kami ke Sri Gombak menghantar rig GM 338 saya untuk diprogram semula oleh pengedarnya Wave Comunication iaiatu 9W2KFC Azmi. Inilah kali pertama berjumpa dengan beliau walaupun dah setahun kenal dan berurus niaga. Semua alatan radio saya beli daripadanya tapi tak pernah bersua muka. Orangnya peramah.

Rambang mata duduk di sini. Baik aku balik cepat.

Azmi sedang eyeball dengan Azmi heheheheh

9W2AKC dan rakan-rakannya di UiTM Kuantan, Aiman dan Faizal

Kemudian Akmal dan rakan-rakanya menghantar saya ke stesen LRT Sultan Ismail. Saya terus ke Pucong Utama iaitu rumah adik saya untuk mengambil Motorola Spectra yang sudah lama sampai dari US. Malam tu seorang rakan CBX dan juga ham yang baru dikenali melalui kelab CBX Malaysia iaitu Isman 9W2CCC datang ke rumah adik saya. Orangnya sangat peramah dan mudah mesra walaupun tak pernah dikenali sebelum ni. Mungkin kerana hobi dan minat yang sama iaitu dunia ham dan juga peminat CBX. Dia bermurah hati untuk membantu program rig tersebut dengan bantuan Pak Tam TUDM. Memang susah nak program rig ni kerana dah ketinggalan zaman. hehehhe. Isman juga bermurah hati memberikan saya kabel rig untuk dipasang di CBX. Motor beliau belum siap lagi.




Hari Sabtu LRT kosong, kalau tidak...

Kali terakhir sampai ke Stadium Bukit Jalil, mengiringi pelajar saya di MBS KL untuk persembahan pembukaan Sukan Komanwel SUKOM 1998 sedekad yang lalu

Nippon yang berjaket merah tu. Siap sandang Paint Ball
marker kat belakang macam nak pergi memancing.


Hari ahad pagi saya ke pejabat beliau di Pucong Utama. Di sana berjumpa dengan rakan-rakan beliau yang bersiap nak pergi berperang bola cat di Kapar. Kebanyakannya rakan ham. Beliau Usahawan Mesin Vending seluruh lembah Kelang. Ofis beliau pun ada antena. Malah semua kenderaan syarikatnya ada radio. Kata company dia ada repeater sendiri. Ketika sedang minum bersama beliau, dapat berkenal dengan 9w2ABC Rosli, 9W2JTO Suhadi dan 2 orang rakan. kemudian datang seorang rakan ham yang biasa saya QSO dan dengar audionya di jalur Panjang dan pernah di 9M4RIP iaitu 9W2NPN Muklis atau lebih dikenali dengan nama Nippon . Dengar audio mantap dan bertenaga, rupa-rupanya orangnya masih muda belia, kecil molek dan hansem bergaya. Memang rakan ham di mana-mana saja mudah mesra.


Ni Barang yang dipesan di ebay hampir setahun yang lalu. Asalnya penjual nak pos ke Malaysia dari Texas kena USD500. Mahal giler. Mujur adik saya ada di LA masa tu. Dia yang bawak balik dgn shipping bersama-sama barang-barang keluarganya yang lain. Selamat RM gue heheheh. Thank you sis. Dah lama sampai di rumahnya. Namun kini baru ada peluang nak ambil dari rumahnya di Puchong untuk dibawa balik ke Ipoh. Radio Spectra W5 4 buah telah diberikan pada Isman untuk diprogramkan. Nak bawak balik ke Ipoh naik bas terpaksa masuk dalam beg troli. Sampai tercabut handlenya masa nak tarik naik tangga Puduraya. Tak apa. Janji sampai.
Hajat hari nak pergi juga kenduri durian 9W2MPB. Makan free, sapa tak nak. Dah berjanji dengna 9W2TTR dan 9W2CMD nak naik motor sebelah petang ke Manong. Tapi sampai ke rumah dah lewat sangat. Tak larat nak ride. InsyaAllah lain kali, sampai.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]