Saturday, August 29, 2009

 

Selamat Menyambut Ulang |Tahun Kemerdekaan

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52 diucpakan buat semua warganegara Malaysia di mana jua anda berada. Semoga 31 ogos ini diraikan bukan sekadar untuk cuti semata-mata tapi bagaimana kita mengisi kemerdekaan yang sebenarnya.

Wednesday, August 26, 2009

 

PTK Oh PTK


Semalam ambil peperiksaan PTK buat kali kedua. Kali pertama bulan 12 2003 di Gerik dulu. Sekali harung lepas. Bila dah 44 kena ambik kursus. UAK lepas tapi part buat kerja kursus yang saya lemah sekali ni. Cut and paste le jawabnya. Harap pada presentation. Bila dapat 3 kena ambik exam mulai tahun ni. Pendidikan ni terbalik, ketika bidang lain menukar exam kepada kursus, kita terpaksa menukar mode kursus kepada exam. Alasan kos yang tinggi. hmmmm no komen. Malas nak komen sebenarnya. Kursus lima hari yang saya ikuti dulu, honestly, mengabeh kan boreh jer. Apa satu pun tak dapat. Penceramah semua pegawai Pendidikan yang dah pencen. Duit masuk Yayasan Guru juta-juta.

Yang frustnya buku akta Pendidikan 1996 tak bawa masuk Dewan, buku lain bawa pulak. Bukan baca pun. Buat penguat semangat. Sekali Akta pendidikan banyak pula yang ditanya. Salah pulak tu. Bila dah salah satu, malas nak check dah. Nampak gayanya tahun depan kena ambik sekali lagi. Apa pun pada rakan-rakan yang mengambil PTK, selamat Berjaya.

Saturday, August 22, 2009

 

Selamat Datang Ramadhan yang berkat


Marhaban Ya Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita semua beroleh kesihatan dan kekuatan untuk menyerpurnakan ibadah puasa dan tarawikh dengan sempurna. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam tidak kira di mana anda berada

Tuesday, August 18, 2009

 

Konvokesyen UTM ke-43

Dari 16 hingga 18 Ogos 2009 Saya dan keluarga berada di UTM Skudai, Johor untuk menghadiri konvokesyen anak sulung saya. Genap 19 tahun yang lalu, saya menerima Ijazah dari UM. Pada masa itu, Along baru berusia tahun lebih, 9w2AKC baru 7 bulan. Kini tiba giliran mereka pula. Sebagai Ibu bapa, kami berasa amat berbangga dan bersyukur atas kejayaan anak-anak.

Sepanjang dua hari di sini, cuba juga mencapai repeater lokal, tapi di jalur JASRA langsung tiada feddback. Di Marts juga tiada jawapan. Selama dua hari di sini, langsung tidak berjumpa sebarang kenderaan ber antena. Di Pesta Konvo UTM ada gerai kelab ham UTM, tapi mungkin kerana kami pergi awal, belum berpenghuni.


Anak Sulung saya Anis Zafirah memang cepat dalam segala hal. Ketika setahun lebih dia telahpun mendapat adik. Jadi dia cepat berdikari. Umur setahun lebih dah boleh ke bilik air sendiri dan tak perlu pakai napkin. Semasa berusia tiga tahun lebih dia dah ke sekolah tadika di Masjid Kg Baru KL. Masuk ke UTM selepas SPM di bawah Skim Pelajar Cemerlang MRSM dan grad sebulan sebelum berumur 21 tahun. InsyaAllah hujung tahun depan dia akan menamatkan pengajian Master Sainsnya dan menjadi seorang pensyarah sebagaimana yang diimpikannya sejak dulu.

Semoga kejayaan ALong mereka akan menjadi pendorong kepada adik-adiknya. Akmal InsyaAllah akan menamatkan pengajian undang-undangnya 3 tahun lagi. Amirah lebih berminat pada bidang perakaunan, Asyraf dan Zakirah masih belum jelas.








Ada gerai mcmc, sempat bergambar dengan Hilux mcmc jer.

Thursday, August 13, 2009

 

CBX 9W2CCC

Seorang rakan Kelab CBX 9W2CCC Isman yang menolong menguruskan programming motorola spectra saya telah pun memasang radio Yaesu dual bander di CBXnya. Memang mengancam.

Siap ada volt meter lagi


Labels:


Tuesday, August 11, 2009

 

Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS Perak

Kursus berkenaan telah selamat dijalankan di Pulares (Pusat Latihan KRS) Batu Gajah. Kursus tersebut sepatutnya diadakan di Lata Guar Manong tetapi dipindahkan ke Pulares kerana kes kehilangan Siti Aishah yang menyebabkan kawasan tersebut ditutup untuk kerja-kerja SAR. Seramai 193 orang Staf Sarjan KRS seluruh Perak berkumpul di Pulares. Daerah Kerian tidak dibenarkan menghantar anggota kerana dikuarantin akibat kes H1N1. Tapi cikgu Miji 9W2MIG tetap terlepas kuarantin heheheheh, jangan mare aaa Jii. Nanti kita pi konvoi hang boleh bawak CBX aku. Daerah Hulu Perak langsung MIA tak dapat dikesan pegawai mahupun anggotanya.

Anggota diuji dari 7 aspek iaitu kawad, ikatan, ikhtiar hidup, kecergasan, bantu mula, keusahawanan dan pengucapan awam. Saya bertanggung jawab sebagai penguji ikhtiar hidup. Dalam bahagian ini, anggota dikehendaki menangkap ikan keli, menyiang dan memanggangnya. Memang lucu melihat telatah remaja 16 tahun yang tak pernah ke dapur, memegang pisau, menyiang ikan, memanggang dan kemudian makan ikan keli tu. Saya yang menjadi hakim bahagian memanggang terpaksa merasa 193 ekor ikan keli dalam masa dua hari!!!!! Macam-macam fe'el (bukan feel). Ada yang kata allergic pada ikan keli bila disuruh menghabiskan ikan yang dipanggangl. Kalau sendiri pun tak sanggup, camna orang lain yang disuruh merasa ni? Ada pula yang kata allergic asap. Camno? Tak dapek den nak menolongnnya

Kalau tengok ikan yang dipanggang, memang tak ada yang layak dibuat
menantu, nanti tak makan anak aku

Terjerit-jerit geli pegang ikan keli. Kat belakang tu 9W2ALG

Kawad Ikan keli Part 1

Patut tangkap ikan keli dalam sungai Manong, ni improvisasi la kira.

Komando ikan keli

Kawad baru KRS, kawad Ikan Keli part 2, diperkenalkan oleh Kapt Zaki


Chief Ikan keli membuat laporan


He's aint heavy, he's my brother


Mana kelibat 9W2ZLA tak nampak ni. Tapi YL ada kat sini. Sijil
disampaikan oleh Tuan KS Kolonel KRS Haji Mohd Idris
diiringi Pengelola KRS negeri Perak 9w2RKK Major Meor Mohd
Roslan dan PT KRS Perak Major KRS Mohd Ali (9W2CFU)

Peserta dari LMS. Dua dari kiri Kapt 9W2SMR (Saya Mohd Roslan)


Apapun tahniah kepada 45 orang pegawai Waran 1 dan 11 yang telah berjaya melepasi ujian. Kepada yang tidak berjaya, jadikan ini satu pengajaran dan cabaran pada masa akan datang.

Bagi anggota kadet yang bertanyakan gambar, jawapan saya, itu kena tanya Kapten Ramli, dia yang kata nak beri, sampai hari ini, habuk pun tarak. Ini semua gambar hp saya jer.

Monday, August 10, 2009

 

Nighthawk 650 dari Manjung

Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke PULARES Batu Gajah, ternampak sebuah CBX 650 di tepi jalan. Nampak macam kerosakan. Selepas menghantar pelajar saya berpatah balik dan berkenalan dengan pemiliknya. En Zainon, seorang pensyarah di Uitm Seri Iskandar. Motor dah lama beli tapi baru berjalan. Setelah di belek-belek, rupa-rupanya paip petrol ke karb tercabut. Apapun semuanya ok. Lepas ni bertambah lagi member CBX .

Motor cantik, tapi masalah leaking masih menghantui,
biasalah motor dah lebih dua puluh tahun


Di Pulares keesokan harinya, Cikgu Aziz SMT Seri Iskandar yang juga seorang pegawai kanan PSTD datang naik Vmax 1200nya. Saya pun mencuba kerana tak pernah ride walaupun dah lama kenal motor ni. Memang powerfull. Torgue dia boleh buat penunggang tertinggal, motor pergi dulu. Tapi, dah adat bikers, tak pernah puas, ini pun nak jual katanya. 9W2MIG cikgu Tarmiji yang baru beli Virago 535 dah mula pasang angan-angan nak bodek XYL, nak tukar ke Vmax pulak. Ambik Ji, jangan tak ambik.



This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]