Monday, October 19, 2009

 

Akhirnya Saber ku memancar

Saleh 9W2SHB dibantu harmonicnya Syafiq sedang beraksi

9W2SUF pun nak join kelab batu bata

Akhirnya setelah setahun dua bulan saber ni saya beli di Palomar CA, 8 bulan diterima di tangan, barulah dapat memancar melalui repeater PARTS sebentar tadi. QSO pertama menggunakan batu bata ni dijawab oleh 9W2ZLA. Pelbagai rintangan dihadapi sehingga saya naik give-up. Mula-mula radio dibeli, setelah dibayar melalui Paypall, saya terlupa memberikan alamat adik saya di San Diego. Mujurlah penjual seorang yang jujur. Selama 4 bulan dia menyimpan radio itu. Setelah dibawa balik, tiada program walaupun telah mencuba membeli atau mencarinya. AKhirnya 9W2SHB ketemukannya di Indonesia melalui China yang sebenarnya berasal dari Rusia. Bila dah ada program berasaskan DOS, perlukan komputer dengan prosesor berasaskan 486 atau lebih lama. Jenuh cari di Internet. Semua orang heran buat apa komputer kuno. Semua dah buang ke tong sampah. Terima kasih sekali lagi kepada 9W2SHB yang telah bersusah payah merogel pc klasik pentium mmx100nya yang telah disimpan dalam kotak selamat hampir 6 tahun. Dia juga yang menggodek akhirnya berjaya juga dibaca. Semasa nak diprogramkan tiba-tiba bateri habis. Bila dibuka error. Kecut perut, Ingat dah jadi batu-batu yang termahal di dunia. Mujurlah ada backup. Lega. Apapun lepas ni sapa nak join kelab batu bata di Malaysia. Kat ebay ada satu lagi. ada member tengah bidding. Dapat nanti, kita bergaya dengan batu-bata motorola

Labels:


Sunday, October 11, 2009

 

Jamuan Hari Raya Parts

Selamat Datang


Sabtu Malam ahad, persediaan
9W2HBC Hanif tengah membakar Lemang. Yang lain tukang sibuk

Ni yang penting. eyeball dan sembang kosong, dari kanan, 9W2SUF(Sufian),
9W2RTH (Razali), 9W2PIZ(Hafiz), 9W2FTB(Faizul Tanjung Belanja),
9W2YZR (Yazar), saya dan 9W2VHH (Orang kaya ada dua buah hotel)

Bakal 9M2 sedang bercerita tentang pengalaman mengambil CW



9W2TUO sponsor 300 cucuk sate, tak sampai 10 minit, clear.
Terima kasih daun keladi Shafarin.

9W2YOP berada di luar kawasan kerana tugas rasmi, 9W2JOI jadi DJ.
Fuyooh cayalah memang boleh ganti dj radio



9W2KLA mendeklamasikan sajak AIdilfitri. Impromtu lagi, kelas gitu...

Makan sikit, sembang paling penting. Bukan selalu kita jumpa.

Baik punya kayuh


Last tinggal Pak Lope dan Naim basuh pinggan.

Monday, October 5, 2009

 

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi



Saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan dan taulan yang sudi hadir ke rumah saya semalam. Saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan majlis itu.

Rakan-rakan Ham yang hadir, PHE, LKE, PJM, NIM, ZZR, HLJ, RIL, HBC, (Semua bersama famili) SLJ, SOJ, RTH, KPD, AKZ, AEK, XXZ, ULA, SUF, CMD, TTR, ZLA, JOI TOR, VVH, YZR, Along dan 9M2EMI (yang baru keluar wad). Terima kasih sekali lagi

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]