Thursday, February 18, 2010

 

Setinggi-tinggi terbang bangau...

Akhirnya ke belakang kerbau hinggap jua, begitulah pepatah melayu Lama. Sejak 1981 saya berhijrah keluar dari kampung Ulu Kuang Chemor, ke Pengkalan Chepa Kelantan, kemudian 1984 ke Pulau Langkawi, 1987 ke Kuala Lumpur, 2000 ke Gerik hinggalah 2005 kembali ke Chemor. Walaupun dalam tempoh itu setiap kali cuti sekolah dan perayaan, pasti balik ke kampung berjumpa orang tua, tapi tak pernah menjelajah di kampung sedangkan masa kecik dulu, seluruh ceruk kampung saya pergi main perang!!!! hehehhe. Apabila awal tahun ini bertukar mengajar di SMK Dato Mohd Taib Chemor, saya mendapati ramai pelajar saya anak-anak rakan sekampung atau pun saya kenal ibu bapa atau datuk nenek mereka. Lalu timbul keinginan untuk meronda kampung.

Cuti Raya China apabila sekali lagi semua adik beradik berkumpul, saya mengambil peluang menyusuri sungai Kuang yang telah 40 tahun tidak dituruni. Semasa kecil di sekolah rendah dulu, setiap petang saya dan emak saya akan ke hulu sungai Kuang untuk melanda (mencari bijih timah dengan mendulang).Sungai Kuang tidak seperti dulu, airnya sudah cetek, akibat pembalakan di hulu. Malang sekali kerakusan manusia memakan diri.




Malangnya inilah sikap rakus manusia yang menjadi punca sungai semakin
cetek, keruh, dan tiada lagi ikan seperti dulu.


Ini peninggalan selepas perang. Tiang penyokong Paip air untuk emngalirkan air dari Hulu Sungai ke Lombong bijih timah yang baru dibuka di Kanthan dan Chemor lebih 60- tahun yang lalu.
Di selekoh ini saya berdiri lama, di sini tempat saya menolong emak mendulang bijih timah suatu masa dulu, suasana yang sama, bunyi unggas, bau yang biasa, bunyi laluan air, tidak ubah seperti yang saya rasa 40 tahun yang lalu. Nostalik sekali

Air Panas, dulu, hanya aliran air, sekarang sudah dibina kolam



SK Pos Sungai Pelantok, Sekolah orang asli.Dulu kawasan ni kawasan hitam, kalau berjalan mengikut denai mengambil masa 4-5 jam, sekarang jalan bertar dibina sampai depan sekolah

Labels:


Wednesday, February 17, 2010

 

Masa Berkualiti

Cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang ini semua anak saya balik ke rumah bercuti. Kesempatan yang ada diambil untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga dengan berkelah di Ulu Chepor. Cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini menyebabkan kita memang seronok berendam. Tempat pun agak bersih dan dijaga rapi. Lagipun dah lama tak berkelah di sini.


Labels:


Tuesday, February 9, 2010

 

Wellcome to The Club WEL8797

Akhirnya selpeas menunggu sebulan lebih sikit, 9W2DPL Tuan Zaidi yang juga Timbalan PPD Perak Tengah telah mendapat CBXnya Ahad lalu. Beliau memang superbikers old timer. Pagi-pagi lagi beliau telah sampai ke rumah saya dan kami bertolak ke KL untuk mengambil motornya yang dibaik pulih di Jalan Kuching. Setelah ke Jalan Sentul untuk berjumpa anak saya 9W2AKC sebentar, kami ke Puchong ke ofis 9W2CCC untuk mengambil satu lagi motorola spectra yang difaraidkan kepada saya heheheheh (terima kasih Man). Member pergi ke HS9 pulak, jadi tak dapat eyeball. Kemudian kami ke Jalan Kucing ambik motor. Motor dia dah siap, tapi moto 9W2MIG belum lagi. Sabaq Miji, bulan depan ambik motor hang pulak.

Motor dah siap, bunyi memang nangis, lebih senyap daripada motor saya.

Siap sedia untuk bertolak ke Ipoh. Stiker pun tak buang lagi heheheh

Lari 120 selamba jer. Memang orang lama hard core, hujan selamba jer. hehehe.


Selepas susur keluar ke Tapah, motornya mati enjin, fius utama terbakar, mana nak cari fius spare, Fius CRVnya pun tak jumpa kat mana, tool apa pun tak dak. Laaa, mujur la member ham berdekatan ada. Telefon 9W2AWR Cikgu Anwar SMK Lahat di Tapah yang terus datang membawa tool dan fius. Terima kasih Nuar, memang beruntung jadi rakan radio amatur, semangat ham sentiasa bersedia membantu. Apapun, peringatan, bila nak ride, mesti sediakan peralatan asas dan spare yang berkenaan. Mujur ada member, kalau tengah hutan? Dulu, cikgu Hashim KL balik ambik motor di Penang, kena kat Tapah Road, masalah yang hampir sama juga.
Bila dah ada fius baru, masih tak boleh hidup, senyap aja, lampu, hon semua ada, apa cer? buka suis pemati, tak ada apa juga. Last baru teringat ada satu lagi fius di atas hendal, buka, fius ignition, dah putus, mujur fius signal sama 15 amp. Tukar, start hidup, lega. Terus balik ke rumah saya, balut apa yang patut. dan beliau terus ride ke Seri Iskandar. Ok Di, hujung bulan ke Cuti Raya Cina ke, kita pi ride jauh sikit, Banding ke amacam ada berani?

Labels:


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]