Tuesday, September 29, 2009

 

Rumah Terbuka Aidil FItri

Saya dengan rendah hati ingin menjemput rakan-rakan dan kenalan di mana juga anda berada ke rumah saya di No 27 Jalan Tanjung 4 Desa Tanjung Murni Chemor pada hari Ahad 4 Oktober jam 4-7 petang untuk jamuan Hari Raya. Masa ini diperuntukkan khas untuk rakan ham dan motor supaya dapat kita bersua dan berkenalan. Saya monitor di V40 dan repeater Parts 9M4RPK (147.7125 -.6 tn 233.6) untuk membantu rakan-rakan mencari rumah saya.

Friday, September 25, 2009

 

Beraya di Langkawi

Tahun ini sekali lagi saya beraya di rumah mertua di KuahLangkawi. Sepupu mertua saya bernama Ishak datang beraya. Beliau seorang pegawai Imegresen yang baru dinaikkan pangkat dan bertukar ke Langkawi setelah 11 tahun di Padang Besar. Bila berbual, tersentuh tentang motor, rupanya beliau baru membeli dual Purpose 750. Bila jumpa kaki motor sembang lagi panjang. Sekali tersebut tentang radio, rupanya beliau juga seorang rakan ham dengan callsign 9WARK. Panjang la cerita. Malam itu sambung eyeball di Restoran Tomyam BBQ di tepi pantai Kuah bersama seorang lagi rakan ham SWL Rahman.

Saya pun sebenarnya tak paham apa yang seronoknya datang melancong ke Langkawi. Yang saya tahun, kecuali yang mabuk tu, dengan yang berasap dan yang berenjin, barang-barang lain semuanya lebih mahal dari tanah besar. Cuma kaum wanita yang minat sangat ke sini. Faham-faham saja la. Gedung perniagaan pun yang laku, jual barangan dapur. Bagi kita orang lelaki, pinggan plastik ke, kaca ke, daun pisang ke, rasa makanan tak berubah, kalau sedap, sedap juga, kalau tidak,,,,, hampeh.

Namun satu yang saya dapati semakin merosot ialah mutu perkhidmatan feri. Tambang makin mahal. Mula-mula saya menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi semasa melaporkan diri sebagai guru Lepasan MPKB pada 1.1.1984 yang lalu, tambang feri (bot kata orang sini) cuma rm5. Sekarang dah rm18 ke berapa, saya pun dah tak tau. Sekali naik habis RM110. Tapi perkhidmatan sekali lagi hampeh. Masa tak pernah tepat. Pekerjanya tak payah ceritala. Keselesaan jauh sekali. Yang penting untung.

Bapa mertua saya bersama 9W2ARK

Inilah tujuan XYL kita nak ke Langkawi

Tengok antena jer


Ekonomi meleset pun masih ramai orang ke Langkawi.



Labels:


Saturday, September 19, 2009

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Pulau Langkawi


Dari Pulau Langkawi permata Kedah, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada umat Islam di mana saja anda berada. Sebarang salah dan silap serta keterlanjuran, maaf jua yang saya pohonkan. Semoga hari raya ini membawa kebahagiaan kepada anda sekeluaga. Berhati-hati di jalan raya. Jangan jadi sebahagian daripada statistik.




Thursday, September 17, 2009

 

Peperiksaan Radio Amatur datang lagi

Bagi rakan-rakan yang gagal atau ingin mengambil RAE pada akhir tahun ini, notis telah dikeluarkan oleh mcmc. sila klik di sini untuk maklumat dan borang permohonan. Jangan tunggu saat terakhir. Setiap kali peperiksaan mesti ada yang tertinggal kerana menunggu last minute punya hal. Bulan April tempoh hari saya terpaksa berkejar ke sana ke mari mengirimkan borang member. Ada borang yang terpaksa dihantar dengan kurier tak sampai 10 jam sebelum tarikh tutup, nak tolong member punya pasal. Mujur member tu lulus walaupun tak pernah pergi kelas ke apa, setelah mendengar petua orang lama. heheheh. PTK pun boleh lulus takkan RAE tak boleh kut.

Monday, September 14, 2009

 

Welcome To The Club

Sabtu lalu ke Lasah berjumpa sorang member yang nak jual CBXnya. Motor ni dah bertukar tangan beberapa kali tapi masih mantap. Akhirnya bertambah sorang lagi geng CBX di Ipoh.

Selamat datang sorang lagi ahli Club CBX. 9W2AOC Harun sudah bergaya dengan CBXnya.


Lepas ni setiap minggu akan berulang alik Taiping Shah Alam.
Boleh pasang spectra dan kita boleh QSO nanti.

Thursday, September 10, 2009

 

Majlis Berbuka Puasa Parts

Kerana kesibukan tak sempat nak update blog. Ini foto semasa majlis berkenaan. Kehadiran lebih 50 ahli bersama kira-kira 30 orang tetamu.

9W2ZZR, PJM, PHE dan XXZ tengah kayuh nasi minyak

Ustaz Shamsul tengah buat lawak. cikgu Emiza (bulan 12 ambik lagi RAE)
, Cikgu Firdaus 9w2FEZ, 9W2SOJ dan 9w2DFA tumpang gelak

Pengerusi Parts 9W2SJL Pak Lope bagi duit raya


Eyeball dulu lepas tarawih



Labels:


Wednesday, September 2, 2009

 

Majlis Berbuka Puasa PARTS

Persatuan Penyiar Radio Amatur Perak akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada Sabtu 5hb September ini. Majlis akan dimulakan dengan bacaan Yassin pada pukul 6.45 petang diikuti berbuka puasa, solat jemaah Maghrib dan Isya' dan Tarrawikh. Semua rakan ham amnya dan ahli Parts khususnya dijemput hadir. Majlis akan diadakan di Pejabat Parts di Jalan Silibin Ipoh. Sudah lama kita tak eyeball di Ipoh. Jumpa di sana

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]