Tuesday, March 31, 2009

 

Perkhemahan KRS NGO Kebangsaan

9W2WSA Wan Saiful Akmar, Penolong Pengarah 
Unit Kokurikulum JPNP mempengerusikan Mesyuarat

Sebentar tadi, saya baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat Teknikal Perkhemahan KRS NGO Sekolah Rendah Kebangsaan di JPN Perak. Mesyuarat turut dihadiri oleh beberapa rakan Ham yang terlibat dalam perkhemahan itu antaranya 9w2WSA, 9W2RKK, 9W2SCP dan rakan-rakan guru lain. Saya dipertanggungjawabkan dalam aspek komunikasi. Perkhemahan itu akan diadakan di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin pada 11 hingga 16 April ini. Anggota perkhemahan terdiri daripada wakil seluruh Malaysia seramai 866 orang , 80 Jurulatih dan 80 orang pegawai lain.

Para pelajar dari 16 Kontinjen seluruh Malaysia akan terlibat selama 5 hari dari 11 hingga 16 April di Kem Tok Sakah. Aktiviti yang terlibat termasuklah komunikasi, bantu mula, masakan rimba, jejak flora, ikatan, gubahan, berakit dan merentas halangan. Selain nama yang disebutkan di atas ramai lagi guru-guru yang merupakan rakan ham di seluruh Perak akan turut sama menjayakan perkhemahan tersebut. antaranya CFU, DFA, DTL, MIG, SMR, JPN, ZZR, FZR, SOJ, AKZ, NUA, DAN RYU. Kami akan berkampung di sana mulai 10 hb April nanti. 

Di samping menggunakan radio sebagai alat komunikasi sesama pegawai dan jurulatih, slot komunikasi dan ham akan diperkenalkan kepada semua peserta khemah. Saya bersama rakan-rakan akan terlibat menjadi jurulatih dalam perkhemahan tersebut. Mulai esok, saya akan menyediakan power point dan handout untuk diedarkan kepada para peserta. Saya berharap dapat memperkenalkan dunia ham kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mudah-mudahan, ini akan menarik minat mereka dan turut melibatkan diri dalam dunia ham satu hari nanti. Diharapkan semua yang dirancang  akan berjalan lancar.

Monday, March 30, 2009

 

Amanah Berat Menanti

Antara ahli yang hadir, DKL, RKM, FRZ dan LKE

Pengerusi Parts 9W2SLJ sedang menyampaikan ucapan aluan.


9M2EMI dan 9W2TGA bersama Darling Kak Lela tekun mendengar ucapan


Jon 9W2MVA melayan Ustaj Najdi 9W2DFA


Kramat Turut membuka gerai untuk ahli membolehkan Parts menjadi ahli koperasi



Alhamdulilah Mesyuarat Agong Parts tahun 2009 telah selamat dijalankan semalam. Segala-galanya berjalan lancar. Tidak disangka, tujuan ke AGM Parts nak berkumpul dengan rakan dan terus ride ke Lenggong. Tapi, dengan sokongan rakan-rakan, satu amanah berat telah diberikan kepada saya untuk dipikul selama dua tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli Parts yang telah memilih saya sebagai Setiausaha untuk penggal 2009-2010 ini. Sesungguhnya, kepercayaan yang diberikan itu amat berat untuk dipikul. Maklumlah sebagai persatuan sukarela, pengorbanan dari semua segi amat perlu untuk menjayakannya. Masa dan tenaga memang sukar dan dicari. Namun, saya mengharapkan kerjasama semua rakan sama ada ahli atau tidak untuk sama-sama kita menjayakan persatuan kita.

Satu harapan dan cabaran saya pada tahun ini ialah untuk menambah bilangan ahli Parts seramai mungkin. Walaupun kita akui tiada paksaan untuk menjadi ahli, kita harus juga ingat, tanpa ahli, persatuan tidak mampu bergerak. Pada zaman ini segalah-galanya memerlukan wang. Oleh itu, tanpa ahli, tanpa sumber kewangan memang sukar untuk kita bergerak. Selain itu, ahli yang ada pula perlu memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti yang bakal dijalankan. Apalah persatuan tanpa ahli. justeru, saya dengan rasa rendah diri, ingin merayu rakan-rakan yang belum lagi menjadi ahli supaya segera berbuat demikian dan yang telah menjadi ahli turut sama memberikan kerjasama menjayakan sebarang aktiviti yang akan dijalankan. Sekali lagi terima kasih daripada saya

Senarai AJK PARTS bagi Tahun 2009/2010

Pengerusi :        9W2SLJ Redzuan b. Jamaludin
Naib Pengerusi: 9W2PHE Tuan Haji Mahadi b. Yahaya
Setiausaha:        9W2ACB Azmi Abd Rahman
Naib Setiausaha: 9W2ZZR Mohd d Zaki b. Mohd Sharif
Bendahari: 9W2YIN Abd Rahim b. Hj Abdulah
AJK: 9W2DFA Ustaz Najdi b. Ismail
9W2SBD Salehan b. DIn
9W2HBC Hanif b Ahmad
9W2KLA Lela Wati bt Md Zahari
9W2YZB  Siti Zabedah Binti Hj Abdul Samah
9W2NIM Khairun Naim Bin Abdul Rashid
9W2SUF Ahmad Sufian Bin Mat Isa 



Saturday, March 28, 2009

 

Like Father Like Son


Panther 9W2AKC di Rantau Abang




Sedari dulu saya memang kaki motor, 14 tahun tinggal di KL saya tak pernah naik kereta ke sekolah atau ke mana-mana kalau bersaorangan. Saya lebih senang naik motor, kapcai lagi seronok di KL daripada motor besar, parking pun senang. Selama 17 tahun saya simpan Katana 750 saya dan berjanji pada anak saya, 9w2AKC apabila dia masuk U, saya akan berikan motor itu kepadanya. Motor tu pun dibeli masa saya di UM dulu. Malangnya, kerana desakan kawan yang ingin sangat katana tu, saya terpaksa berpisah dengannya. Saya rasa bersalah juga kepada Akmal kerana telah berjanji dengannya. 

Tahun lepas dalam satu lelongan PDRM saya telah membeli sebuah panther dan EX5 untuknya. Malangnya terlalu banyak barang yang perlu diganti dan projek tu tertangguh kerana ada perkara lain yang lebih mendesak perlu didulukan. 2 minggu yang lalu dia menelefon saya memberitahu kawan sekampusnya ingin menjual sebuah panther, dengan duit biasiswanya sendiri, saya membenarkannya membeli motor tu. Saya tahu macamana perasaan bila dah minat jadi mat motor. Walaupun saya terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk pembaikan, pendaftaran semula, cukai jalan dan sebagainya saya rasa itu satu pengalaman yang bermakna buatnya. 

Bagi saya motorsikal bukanlah punca kepada masalah sosial seperti gejala lumba haram dan sebagainya. Jika insan yang menunggang motorsikal itu tidak bersahsiah, bukanlah motorsikal yang salah. Motor hanyalah alat sama seperti kenderaan lain Kita tidak mendengar kereta disalahkan atau dilabelkan dengan pelbagai gelaran apabila pemandunya melakukan kesalahan jenayah.


Memang seronok bermotorsikal, rasa hebat apabila membelah angin di atas jalan, bersama rakan-rakan, tiada perkataan untuk menceritakannya, hanya mereka yang mengetahuinya dapat memahami perasaan seorang kaki motor. Namun, motorsikal juga boleh menjadi pembunuh sama seperti alat lain, kalau tidak dijaga, ditunggang dengan berhemah, dengan akal dan budi seprti yang difitrahkan Tuhan. Justeru anakku, abah berdoa semoga Angah  akan menjadi penunggang yang berhemah di jalan raya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Thursday, March 26, 2009

 

Week-End Short Ride

Hujung minggu ni akan berlangsung AGM Parts mulai 9.00 am dijangka sampai 1.00 petang. Lepas tu saya bercadang nak ride dekat jer. Nak memanaskan enjin yang dah lama tak berjalan jauh. Yang  bersetuju setakat ini, 9W2TTR (GS550), 9W2CMD(Vulcan), 9W2JPN(Vulcan), SWLRNY(CBX), Mat Puji (CBX),  9M2EMI(Shadow), 9W2JOI (kalau CBXnya ok), SWLDKS(VUlacan baru beli) SWL Pak Ya CBX dan SWL ZPR( Zephyr). Sesiapa yang berminat, jom kita ke Lenggong makan di Restoran Tasik Raban atau mi kari Lenggong. Jangan lupa baju hujan dan peralatan menunggang yang lengkap. Tak ada sponsor, minyak sendiri isi, syok sendiri layan. Jatuh sendiri bangun, rosak sendiri baiki. Ada berani?

Wednesday, March 25, 2009

 

Letih Dalam Perkhidmatan?

Seperti yang diketahui oleh semua warga pendidik, mulai tahun 2008 yang lalu, semua warga pendidik dikehendaki (diwajibkan?) mengikuti Latihan (Letihan?) dalam perkhidmatan selama 7 hari seminggu. Alasan yang diberikan ialah pekeliling perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Namun apa yang sebenarnya rasional Pekeliling itu ialah Latihan atau Kursus Dalam Perkhidmatan yang layak diberi taraf kursus. Biasasnya diadakan secara terancang mungkin selama beberapa hari, dihotel-hotel atau tempat peranginan seperti Pulau Langkawi dan sebagainya. Penceramahnya pula didatangkan khas daripada kalangan mereka yang berkelayakan dan berketrampilan. Itulah yang berlaku untuk kakitangan lain sama ada di jabatan-jabatan awam, mahupun kakitangan sokongan di institusi Pendidikan. 

Namun hal yang  sebaliknya pula dialami oleh golongan guru. Atas alasan jumlah yang ramai, maka para guru ini hanya layak berkursus di sekolah masing-masing, dalam dewan yang panas dan hanya mengharapkan kipas angin. Makan pula, biasanya dipesan daripada pengusaha kantin - makanan yang dimakan setiap hari pada masa rehat. Lebih menyedihkan pengisian latihan atau kursus ini hanyalah main tangkap muat. Daripada 7 hari kursus yang diadakan di Sekolah saya tahun lepas, hanya satu daripada penceramah luar dengan tajuk 'Menangani Stress' yang malangnya lebih membawa stress kepada para pendidik yang setiap hari menyampaikan 'ceramah' kepada beratus-ratus orang pendengar silih berganti. Selebihnya diisi dengan leteran daripada pentadbir yang sekadar seperti  burung kakak tua. Sekadar mengulang perkara yang sama. Saya tidak pasti apakan objektifnya. Tapi kalau untuk menambahkan ilmu para guru jauh sekali, mungkin sekadar menghabiskan belanjawan tahunan jabatan.

Jangan silap anggap - don't get me wrong. By all means, every teacher should be able to keep abreast with the latest in Education theory or whatever. But, please, cant we be profesional about itu.  Apalah gunanya pegawai yang begitu ramai di Jabatan, Pensyarah yang kini berjawatan gred lebih tinggi sehingga 48 di Institusi Perguruan atau IAB. Mereka inilah yang sepatutnya datang ke sekolah memberikan kursus dan wacana yang terkini kepada guru. Bukannya penceramah tangkap muat yang terpaksa menatap wajah bosan guru yang kadang-kadang telah mula mengajar sewaktu penceramah itu masih memakai lampin. Pihak KPM menolak tugas melatih guru ke JPN, JPN tolak ke PPD dan PPD tolak ke sekolah. Banyak cantik. Sekolah yang lagi pandai pula lantik seorang guru konon sebagai pegawai latihan. Macamlah guru ini tak cukup kerja. Tolak menolak berterusan, hasilnya? sendiri mau ingat, Lu fikirlah sendiri kata Nabil

Kalaupun kami tidak layak mengikuti kursus ini di hotel seperti pegawai lain di JPN atau Jabatan mana sekalipun, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya berikanlah pengisian yang bermakna. Alangkah membazirnya wang rakyat kalau beginilah yang berlaku saban tahun. Namun walaupun skeptikal mana sekalipun saya, rasanya kita akan melihat babak Letihan Dalam Perkhidmaatan ini berulang lagi.

Monday, March 23, 2009

 

Tugas Hakiki Diteruskan

Pendedahan selama setengah jam. Sempat mempromosikan PARTS


Cikgu Azlan 9W2AKZ menunjuk cara


Cikgu Farez 9W2FRZ sempat bergurau dengan kadet
Platun Kinta Utara selepas menerima sijil tamat perkhemahan



Hari ini sekolah dibuka semula. Memang sibuk kerana baru lepas ujian, jadi kertas jawapan perlu dipulangkan segera dan disemak. Markah perlulah dimasukkan ke dalam sistem. Tapi kelebihan SMJK, ada tenaga IT tambahan yang disediakan yang tak ada di SMK. Sepanjang minggu ni sibuk dengan tugasan yang sama. 

Pada hujung minggu ni akan berlangsung AGM Parts kali ke3. Diharapkan semua rakan RA umumnya dan ahli Parts khususnya meluangkan masa untuk menghadiri AGM ini. Hal ini penting kerana AGM kali ini kita akan membuat pemilihan AJK baru untuk dua tahun yang berikutnya. Bagi yang hanya cakap pandai banyak komplen bila Persatuan tidak ada aktiviti inilah masanya untuk anda menyumbangkan buah fikiran. Malangnya setakat setahun ini, walaupun banyak aktiviti yang dijalankan oleh persatuan, ramai ahli yang tidak mahu melibatkan diri. Walaupun kita faham aktiviti ini berbentuk sukarela, namun yang peliknya apabila tiada aktiviti dijalankan orang yang sama juga merungut. Oleh itu, tanyalah diri kita apakan peranan dan sumbangan kita sebagai ahli Parts dan rakan Ham.

Seminggu sebelum cuti iaitu 10 hingga 13 Mac saya menghadiri satu Perkhemahan peringkat negeri Perak bagi Anggota KRS dan NGO lain. Sempat juga berkhidmat sebagai jurulatih untuk aktiviti komunikasi. Saya berpeluang memperkenalkan radio Amatur kepada para kadet. Walaupun masa setakat satu jam saja, sempat juga saya dan jurulatih lain memberikan pendedahan tentang cara berkomunikasi dengan menggunakan radio kepada mereka. Antara jurulatih yang terlibat dalam aktiviti tersebut ialah 9w2AKZ, 9W2JPN, 9W2FRZ,  9W2YOR dan 9W2RYU yang bertugas sebagai jurulatih bantu mula. Selain itu turut juga hadir 9w2WSA selaku Pegawai Bertanggungjawab dari JPN. Malah ada di antara kadet tersebut telah didedahkan dengan RA oleh bapa mereka. Saya berpeluang berjumpa dengan harmonic 9w2JPJ dan 9W2ZPT. Diharapkan pendedahan ini akan memberikan manfaat kepada mereka dan seterusnya menarik minat mereka untuk menceburi bidang ini. 

Labels:


Saturday, March 21, 2009

 

Otai Biker



Masih tegap walaupun kurang sihat. Bila atas motor lupa sakit.


Ni dulu motor trafik di Pulau Langkawi.


Semalam saya dikunjungi oleh teman lama saya Rahimi dari BM. Kalau orang lama main motor dan mengenali majalah Roda-Roda, mungkin pernah membaca mengenai beliau. Beliau pernah menjadi penulis di RR dan kisahnya mengembara dgn bos menaiki Cup cai di Indonesia pada tahun 1991 pernah disiarkan dalam majalah berkenaan. Saya telah mengenalinya sejak di KL dulu lagi. Kebetulan kami sebaya. Selama lebih 20 tahun menjadi mat motor beliau pernah memiliki lebih 30 buah motor. Yang terakhir motor di atas, semestinya CBX650.

Pada tahun lepas beliau diserang stroke yang agak serius juga. Semasa bulan 10 tempoh hari kami melawatnya beliau masih belum boleh berjalan dengan baik. Tapi sebulan yang lalu, beliau telah boleh menunggang CBXnya dari BM ke Ipoh. Kalau bukan true blue biker, saya tak tau apa lagi namanya. Apapun memang seronok berkawan dengan real Mat Motor ni. Persahabatan kita akan berkekalan. Susah senang, nak minta tolong terutamanya tentang motor, kita mesti bersedia bila-bila masa. Sama juga kesnya dengan rakan radio ham. Ada ikatan yang akan merapatkan kita jika anda benar-benar seorang biker at heart lah. Tapi kalau beli motor sekadar nak naik, itu cerita lain. 

Monday, March 16, 2009

 

WBT4894 sudah tiba di Ipoh

Yaa ni dia Kuda Putih Polis Antarabangsa Simpang Pulai WBT 4894


Inilah cikgu Ishak (Bakal 9w2CAP) mekanik yang merogel
  CBX ni dah berapa bulan dah.


Cikgu Ishak sedang menerangkan cara membelai kuda kepada Joi

Joi sedang test-ride kali pertama Kuda Putihnya (helmet baru tu)


   Siap sedia nak bertolak balik keIpoh, Jam 8.00 malam

Akhirnya setelah beberapa kali tertangguh, pagi semalam, saya dan 9W2JOI bergerak ke Pendang untuk mengambil CBXnya untuk dibawa pulang. Asal program, geng CBX Ipoh nak turut serta. Tapi pelbagai rintangan menghalang. Masing-masing QRL dengan tugasan. CMD balik ke Muar, TTR melawat AOC yang bondanya kembali ke rahmatullah di Ulu Chemor, RNY balik Changkat Tin tengok ikan keli dan lintah, Pak Ya dan Zed pun tak dapat serta. Jadi tinggal kami berdua dan sepupu Joi ke Pendang. Tiba di sana jam 2.00 petang. Rancangan asalnya nak balik seawal mungkin ke Ipoh. Tapi ada pula masalah teknikal pada CBX ni. Masalah asap masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Valve seal yang dibeli cikgu Ishak belum dipasang, terpaksa dibawa balik untuk dipasang di Ipoh sahaja. Kemudian enjin mati beberapa kali semasa Joi sedang ters ride dan terpaksa dijumpstartkan. Mungkin piston ringnya baru ditukar kata Cikgu Ishak. Buka dan check starter pulak. Masih tak berjaya.  Akhirnya berbekalkan kabel jump starter Cikgu Ishak kami bertolak balik ke Ipoh Jam 8.00 malam. 

Joi bawak dulu kuda putihnya. Mula-mula nampak gayat jerr. Maklumlah dah lama meninggalkan kuda besi. Tiba-tiba dapat kuda putih lak. Dia ride setakat 80km/h jer. Kami berdua ikut dari belakang. Kereta banyak pulak tu. Lampu motor tak berapa terang pulak. Maklumlah, dah 20 tahun punya motor. Jenuh juga kami mengikut dari belakang. Bila sampai di RnR Gunung Semanggul, saya ambil alih memandu, dgn kelajuan 90-100, Joi boleh ikut dari belakang. Kami berhenti makan mi udang abang Ipar Joi di Changkat Jering. Kemudian saya pula mencuba kuda Joi. Enjin memang licin - maklum baru dibaikpulih selapat hampir 7 tahun tidak berjalan dan tersadai. Saya kekal pada 90km jer, sekali-sekala 100, kerana nak bagi running-in dulu. Sampai di tol Jelapang. jam 1200 tengah malam. Kemudian bertukar sekali lagi, Joi terus pulang menunggang CBX ke Simpang Pulai dan saya dihantar sepupunya ke Chemor.

Lepas ni kita rasmi dengan ride hujung minggu ke Banding pulak. Ada berani sesiapa mahu ikut?


Saturday, March 14, 2009

 

Nasib Malang Pulak dah.

Ni gambar dah dibogelkan bahagian yang perlu diganti

Ni malam kejadian


Ni besoknya di bengkel dekat Taman Lapangan Ipoh

Semalam jam 9.00 malam ketika dalam perjalanan ke Medan Gopeng untuk mengambil anak saya yang baru pulang bercuti dari MRSM Balik Pulau, kereta saya terlibat dalam kemalangan. Kerana lalai sedetik saya tak sempat memberhentikan kereta di lampu isyarat dan melanggar sebuah avanza di depan. Akibatnya kereta saya remuk jugalah di depan. Malangnya inilah kali kedua kereta ini berlanggar dalam keadaan yang sama. Dulu di depan Hospital Sg Petani, dua tahun lepas.  Mujurlah rakan-rakan ham datang membantu. 9W2JOI, 9W2HBC dan 9W2PJE bersama SWL Nizam datang membantu menghantar saya pulang ke rumah. Kereta di tarik ke bengkel di Tmn Lapangan terbang. Tak taulah nasib. Laporan polis dibuat pagi ni. Saman 300 tentu menanti. Kereta pulak habis NCB. Nasib-nasib. Malang memang tidak berbau. Apapun saya bersyukur kerana saya dan anak-anak selamat. Itu yang lebih penting. Duit boleh dicari.


Sunday, March 8, 2009

 

PIBG

Ketika ini, sedang berlangsung AGM PIBG Sekolah tempat saya bertugas. Seperti PIBG sekolah lain, kehadiran ibu bapa amat tidak memuaskan. Guru-guru lebih ramai. Mungkin ada yang menjangka ibu-bapa di SMJK lebih mementingkan pelajaran anak-anak daripada SMK. Sebenarnya sama saja. Semasa saya di MBS KL 1990-1999 dulu, pengetua memberikan mata merit kepada pelajar yang ibu-bapanya hadir semasa AGM. Memang, kehadiran tampak lebih baik. Namun,  dari segi sumbangan idea mahupun kritikan masih lesu. Inilah masalahnya ibu-bapa kita. Kalau mengkritik di belakang bukan main lagi. Malah, sampai keluar Media khususnya media elektronik. Lain yang berlaku, lain pula yang diceritakan. Maklumlah media, ingin mencari rating. Perkara yang tiada diada-adakan dan disensasikan. Tambahan pula kes disiplin. Peliknya, apabila perkara sebenar didedahkan tidak pula mendapat sebarang liputan daripada media. 
Ingatkah anda pada kes buah pinggang di SMT Batu Pahat pada tahun 2003 yang lalu? Laporan media sama sekali tidak tepat. Bapa pelajar siap nak saman sekolah lagi. Tapi media langsung tidak menyebut bapa pelajar itu, guru di Sekolah yang sama, siap pergi memancing lagi masa persekolahan. Anaknya cuma cedera dipukul, tapi media melaporkan hilang buah pinggang. Itu sekadar satu contoh. Selepas senyap seketika, baru-baru ini timbul kembali kes salah-laku pelajar. Dalam era IT kini, segala-galanya mungkin tersebar luas dalam sekelip mata. Sekali lagi, isu itu menjadi tontonan. Sekali lagi Menteri Pelajaran melatah. Cuma kali ini, mungkin banyak isu politik lain yang lebih panas, saya percaya, isu disiplin terbaru ini akan cepat dilupakan.



Thursday, March 5, 2009

 

Kursus Pendedahan Radio Amatur

Semalam saya menghadiri mesyuarat JK KRS Daerah Kinta Utara. Selain membincangkan aktiviti KRS pada tahun ini, penyelia Kokurikulum PPD KU mencadangkan agar diadakan kursus pendedahan Radio Amatur untuk semua pegawai KRS KU. Tuan Haji Rahim memang sedari dulu sentiasa menyentuh soal RA setiap kali dalam mesyuarat dan perjumpaan. Beliau memang menyokong penuh aktiviti RA dan menyatakan wawasannya untuk melihat semua pegawai KRS KU mempunyai AA agar mudah berurusan apabila sesuatu aktiviti luar dijalankan nanti. Setakat ini selain saya, yang ada AA ialah JPN, AKZ, ZZR, DFA, FRZ, RIT, ZDE, BBJ dan Cikgu Anwar yang belum menerima AAnya daripada MCMC lagi. Tuan Haji sendiri memang ingin mengambil RAE tetapi sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi beliau. Mungkin pada Jun ini saya akan pastikan beliau pergi menduduki RAE.
Apapun DFA dan saya diberikan amanah oleh beliau untuk menguruskan kursus pendedahan ini kepada rakan-rakan yang lain. Cadangan beliau agar diadakan pada bulan hadapan di SMK Pusing iaitu di sekolah Ustaz Najdi sendiri.  Memandangkan masa yang terhad, hanya tiga jam yang dapat diperuntukkan untuk kursus ini. Namun, saya rasa itu sudah memadai untuk pendedahan awal. Seterusnya mungkin boleh dibaca sendiri oleh peserta daripada nota dan bahan yang disediakan. Saya telah lama ingin memberikan pendedahan tentang RA ini kepada rakan-rakan pendidik. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti banyak pula cerita. 
Bahan untuk kursus itu sebenarnya telah lama saya sediakan sejak tahun lalu dalam bentuk power point. Sebagai pendidik, saya merasakan kursus RA perlukan multimedia kerana 'chalk and talk' dalam kalangan orang dewasa apatah lagi pendidik, sangatlah tidak wajar. Namun begitu sebagai seorang yang tidak mempunyak latar teknikal yang baik, saya tidak akan menyentuh bidang tersebut. Mungkin memadai dengan  pengenalan tajuk How to become a Radio Operator dan AOP. Bagi saya, yang penting mereka mendapat pendedahan awal dan bersedia untuk mengambil RAE. Selepas itu proses pembelajaran tidak harus terhenti dan patut diteruskan melalui pembelajaran kendiri atau SAL.
Bagi rakan pendidik lain yang ingin mengikuti kursus ini mungkin boleh menghubungi saya atau 9W2DFA kerana kursus diadakan sebelah petang. Jadi pelepasan rasmi tidak diperlukan. Semoga usaha ini akan mendapat keredhaanNya.

Monday, March 2, 2009

 

Jejak Kasih

Semenjak saya melibatkan diri menjadi ahli Ham, saya telah bertemu kembali dengan beberapa orang rakan yang telah terputus hubungan sejak sekian lama. Antaranya9W2JML dan beberapa orang SWL yang sama-sama berkhidmat di SM Mahsuri Pulau Langkawi 1984-1987 dulu. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan sekolah di SM Aminudin Baki dan SRC Ipoh yang telah 30 tahun terpisah. Walaupun dia berasal dari Chemor juga, saya dan 9W2TTR (Zailani) yang sama-sama sekelas tak pernah berjumpa dengannya. Yang kami tahu beliau menjadi anggota polis sebaik saja tamat sekolah. Tak disangka baru-baru ini kami bertemu dengannya. Rupa-rupanya selama ini, saya telah berkawan baik dengan abangnya yang paling tua yang kebetulan berniaga di kejiranan kami. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Kami bertiga berbual panjang di Belakang Parang ( kat Klebang Restu) sampai pukul 3.00 pagi. Ketawa berdekah-dekah bila mengenang kembali kenalan masa remaja di Raja Chulan. Teriangat warden yang diberi pelbagai gelaran. Peristiwa pahit manis. Walaupun mungkin ada kesalan tentang masa lampau yang mungkin dibazirkan namun, kami menerima hakikat masa itu takkan kembali lagi. Ramai juga kenalan di SRC yang telah pergi mendahului kami, malangnya dalam kebanyakkan kes kerana musuh nombor satu dunia. Namun, kami bersyukur masih berpeluang untuk meneruskan persahabatan lama ini. Kami berazam untuk mencari kembali rakan lama.
Seorang lagi rakan yang baru saya temui ialah Mohd Fadzil Ismail. Inilah rakan paling baik saya masa di UM 1987-90. Kami sama-sama gila motor dan sanggup mengikat perut kerana nak main dua dapur (Istilah mat Motor 80an). Dari RXZ, Dia bertukar ke YPVS 250 dan kemudian RG250. Hampir sepuluh tahun tak berjumpa, baru-baru ini kami dapat bertemu kembali apabila dia mendapat nombor Hp saya daripada rakan serumahnya di Flat Ang Seng (Yang penuh seribu kenangan semasa di UM). Sudah lama saya cuba menjejakinya, tapi tak berjaya. Yang saya dengar dia telah berhenti daripada perkhidmatan sebagai guru. Akhirnya , kami dapat berjumpa di Hotel Casaurina bulan Januari lalu.  Rupa-rupanya Fadzil sudah menjadi usahawan berjaya. Mercedesnya pun sudah 3-4 buah. Alhamdulillah, amat gembira melihat rakan berjaya. Saya tahu dia seorang yang rajin dan bercita-cita tinggi sejak di U lagi. Kini terbukti usahanya membuahkan hasil walaupun pelbagai rintangan dihadapinya untuk berjaya. Mungkin lepas ini, dia akan kembali menunggang. Tapi bukannya CBX!!! Agaknya K6 atau R1!!!
Sesungguhnya, kehidupan kita tak lengkap tanpa rakan baik. Mungkin kita ada keluarga dan jiran, namun rakan baik sukar dicari. Selalunya rakan begini memang sejiwa atau sekepala dengan kita. Namun kini dengan teknologi moden, hubungan yang terputus dapat disambung semula.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]