Monday, June 29, 2009

 

Ke Tasik Banding atau Cameron Highland

ER6 Dolah jatuh (Jatuh bodo istilah mat Motor) semasa cuba nak belok untuk parking di sini


Dari Kiri, Cikgu Nazeri, Cikgu Mat Mat Mekanik, Dolah, Rosli dan Abu
(Dua-dua Taukeh Cattering)
Sebagai Peringatan buat yang terlalu teruja.

Rancangan asal untuk ride hujung minggu ke Tasik Banding sudah lebih sebulan dirancang. Semasa cuti sekolah tempoh hari gagal dilaksanakan kerana rakan-rakan asyik ada kenduri kahwin. Biasalah, cuti sekolah. Jadi nampaknya ride mesti dibuat bukan cuti sekolah. Hari Ahad 28hb semalam ialah plan B. Asalnya ada kira-kira sepuluh rider nak turut serta, tapi sekali lagi pada saat akhir ramai tak dapat hadir kerana pelbagai kekangan. Kerja, keluarga dan motor buat hal. Malah pada saat akhir saya sendiri pun terpaksa menarik diri. Namun 9W2CMD Cikgu Mat dan cikgu Nazeri CBX dah nekad nak pergi kerana lama dah nak test motor. Cikgu Nazeri baru beli CBXnya dpd Ronny, jadi nak rasa test jauh sikit.

Akhirnya setelah berkumpul di Petronas Gunung Lang, mereka yang seramai 6 orang berpakat untuk ke Cameroon Highland saja sebab lebih dekat. Saya yang kemudiannya mengambil kepututsan untuk ikut serta mengikut saja dari belakang kira-kira 20 minit kemudian dan bertemu mereka di Kea Farm. Kemudian ke Tanah Rata minum teh. Kenderaan penuh sesak sebab cuti hujung minggu. Bikers pun ramai. Itu sebab asalnya saya memilih ke Banding. Kereta tak banyak, boleh pecut. Tapi bagi superbikers, Jalan kona baring ke Cameron lebih menarik. Bagi street bike ke mana pun tak apa.

Lepas minum kami bertolak balik. Sekali-sekal teruja juga dengan selekoh panjang. Tapi cepat sedar kerana CBX bukanlah superbikers. Mungkin sebagai peringatan bagi yang mula lupa diri. Semasa menghampiri Simpang Pulai terjumpa satu kemalangan kereta, polis dan bantuan telah sampai, kami pun tak berhenti. Tapi selepas tu terjumpa lagi sebuah BMW tersadai di sebelah kanan jalan. Kami berhenti, mencari-cari tapi tak berjumpa pun ridernya. Mungkin telah dibawa ke hospital. Cumanya, motor tertinggal di tepi jalan tanpa ditunggu, bimbang juga kena angkut. Hal ini mengingatkan pengalaman seorang rakan di KL yang meninggalkan motor di tepi jalan kerana kemalangan, esoknya lesap. Semasa perhentian terakhir di Tol Jepalang, CBX Nazeri minyakdan reserved, kami berhenti menunggunya. Namun lepas itu, motor saya pula tak boleh dihidupkan, mujur member mekanik Mat yang juga menunggang CBX pun turut serta, tolak dengan kaki, boleh hidup. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah masing-masing jam 3.30 petang.

Penunggang yang turut serta. Saya, Cikgu Nazeri, Mat Mekanik (CBX750) Rosli, Dolah (ER6) 9W2CMD Cikgu Mat (Vulcan) dan Din Abu (Fireblade). Next ride - Nak pergi jugak ke Banding InsyaAllah hujung bulan Julai atau awal Ogos.

Saturday, June 27, 2009

 

Banjir, Banjir

Pukul 6.45 air bertahan setakat ni.

Apa-apa hal motor kena naik atas kerusi

Kancil ni tak sempat menyelamatkan diri

Jalan Masuk ke Taman Tenggelam


Semua jiran tak bekerja hari ini, tugas membersih lumpur menanti

Satu keluarga dengan anak kecilnya tinggal di pondok tepi sungai Chemor.


Pagi Jumaat, terjaga seperti biasa jam 6.00 untuk menunaikan yang wajib, hairan tengok jiran cikgu Mugam di depan rumah dah bangun awal. Setelah diamati, padang depan rumah dah berubah warna. Segera turun ke bawah dan buka pintu terkejut air telah mula masuk ke tempat letak kereta. Dalam masa setengah jam, air telah paras lutut. Mujurlah lantai tingkat bawah dibina agak tinggi. Punya panik mengenangkan kereta dan motor. Last-last kapcai dinaikkan atas kerusi, CBX tak apa, enjinnya lebih tinggi. So balut dan plaster ekzos agar tak masuk air.

Seorang jiran yang mempunyai anak kecil datang menumpang di rumah kerana rumahnya betul-betul tepi sungai dan dah tenggelam separas pinggang. Saya panggil JPA3 di frekuensi dan memaklumkan dengan harapan dapat mereka membantu, tetapi selepas setengah jam, tiada tindakan walaupun panggilan di terima oleh gerakan JPAM Ipoh. Panggil 999, orperatornya juga gagal menghubungi kedua-dua JPAM dan Bomba. Mujurlah air tak begitu dalam. Kalau tidak bayangkan. Rasa kecewa dengan tindak balas daripada kedua-dua agensi ni. Akhirnya dapat QSO dengan 9W2ZZR yang monitor dijalur subuh ni.

Selepas setengah jam, air pun bertahan, dan kira-kira pukul 8 pagi air surut. Sesiapa yang pernah kena banjir tahu bahawa kerja membersihkan lumpur sangat sukar. Hingga hari ini lumpur masih berada di depan pagar mengotorkan tayar kereta setiap kali keluar dan masuk.

Banjir seperti ni perkara biasa kerana semasa tinggal di Jalan Sg Baru, Kg Baru dari tahun 1990 hingga 1999, setiap kali hujan lebat, mesti banjir. Saya pula tinggal di tingkat bawah flat Sg Baru. Masa tu LRT sedang dalam pembinaan, banjir hanya mainan. Yang menyedihkan setiap kali banjir, majalah roda-roda, buku dan yang paling saya sayang, album gambar menjadi mangsa. Majalah ROda-Roda yang menjadi koleksi saya sejak 1986 habis menjadi mangsa. Sedih, tapi boleh dibeli semula. Album gambaryang disimpan sejak kecil? Itu saja kenangan yang ada. Tambah bila dah tua-tua ni. Tiada lagi bukti hanya sekadar memori. Kata pepatah Inggeris, Young man talk about future because they dont have the past, Old man talk about the past because they dont have future. hehehhe

Tuesday, June 23, 2009

 

Selamat Menduduki RAE

Buat rakan-rakan SWL yang akan menduduki RAE esok, diucapkan selamat menjawab semoga lulus dan mendapat AA. Saya bercadang nak pergi meraikan rakan-rakan tapi ada tugasan di Pengkalan Hulu 24 dan 25 jun. Jadi nampaknya tak sempat bersama.

Saturday, June 20, 2009

 

LDP EduWeb Portal

Mr Siva , Mr Leong dan Mr Tan sedang membina blog baru

Beremangat Penceramah ni

Hari ini LDP ke 3. Pagi tadi lepas Pentadbir merepek, ada penceremah jemputan dari Penang tentang Pencegahan Kebakaran. Mula-mula masing-masing scepctical. maklumlah, kan senang nak mengajar cikgu-cikgu ni. Tapi selepas dia bermula, seronok juga, pandai juga penceramah ni walaupun BMnya langsung out, tapi BI nya boleh difahami. Yang seronoknya dia buat lawak tanpa ekpresi muka, wat dek jer kata orang. Tapi last-last ada kempen jual alat pemadam api, topeng dan fire alarm. Tapi oklah. 

Slot yang berikutnya oleh Mr Tan rakan guru tentang wiki iaitu satu blog open sources yang bloeh dikongsikan oleh para pendidik untuk kegunaan pelajar. dan Mr Choo tentang Eduweb TV. Kedua-dua slot ni memang menarik dan berguna untuk P&P. Malangnya seperti biasa masih ramai yang kurang berminat bila sebut IT ni. Memang betullah kata orang, minda manusia yang paling sukar diubah.

Thursday, June 18, 2009

 

Pengikut Setia

video

Monday, June 15, 2009

 

Jerebu Kembali Menghantui Malaysia

Masalah jerebu yang saban tahun melanda negara kita kembali lagi. Walaupun begitu, keadaan pada kali ini tidak seteruk( atau mungkin belum seteruk) seperti yang terjadi  kali terakhir dalam kadar yang serius pada tahun 2005 dahulu yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu di Selangor. Setiap kali fenomena pemanasan global ini melanda negara, el-Nino dan pemanasan sejagat disalahkan. Namun kesalahan utamanya terletak di tangan manusia sendiri. Kita yang menyumbang kepada malapetaka ini. Penggunaan plastik, cfc, pelepasan asap kenderaan, pembakaran hutan, pencemaran, penebangan pokok, semua berpunca daripada manusia, bukan faktor alam. Walau kecil sekalipun peranan kita, apabila manusia terlalu ramai, maka akibatnya, manusia sendirilah yang menanggung bebannya.

Justeru, tanyalah diri kita sendiri. Apakah peranan kita untuk menangani masalah ini. Kurangkan, kalau boleh hapuskan penggunaan plastik, elakkan pembakaran terbuka, kitar semula, elakkan pembaziran. Ingat bumi ini hanya satu.

Wednesday, June 10, 2009

 

Bahasa Inggeris Wajib Lulus untuk SPM

Ini suatu isu yang sepatutnya telah lama dibincangkan. Apabila PPSMI diperkenalkan, tujuan asalnya ialah untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Yang menjadi peliknya, untuk mengatasi kelemahan dalam Bahasa Inggeris, dicadangkan cara mengatasinya adalah dengan mengajarkan matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Kalau Bahasa Inggeris dah lemah, yang sakit, patut diubat, Bahasa Inggerislah. Ini pelik, KPPM masa tu mencadangkan PPSMI pulak untuk mengubat pesakit. Menteri Pelajaran ketika itu pun tidak berani untuk membetulkan kelemahan yang sebenarnya sudah dikenalpasti oleh Kementerian sendiri. Asyik mencari salah guru dan mencari populariti sendiri sahaja supaya cepat naik pangkat. Mujurlah Menteri Pelajaran yang baru orang no 2 dalam kerajaan. Jadi beliau  tidak bimbang atau memikirkan prestasi sendiri atau nak bodek. Insyaallah, panjang umur dapat naik terus ke jawatan pemimpin utama negera. Justeru baru-baru ini beliau mencadangkan supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk peringkat SPM. Sebenarnya inilah cara yang terbaik untuk meningkatkan pennguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Apabila dilaksanakan, nescaya semua pelajar akan mengambil berat mata pelajaran itu. Sama seperti BM yang diwajibkan mendapat kepujian di peringkat SPM satu waktu dahulu. Semua pelajar bersungguh-sungguh menguasai BM untuk memastikan mereka lulus dalam SPM.

Walaupun ramai yang akan membantah, tetapi langkah itu lebih baik daripada pelaksanaan dasar PPSMI yang telah menelan belanja beribu juta ringgit, tapi tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Dalam masa yang sama, mungkin ramai tidak menyedari, Bahasa Malaysia sekarang tidak lagi diwajibkan mendapat kepujian dalam SPM macam sebelum sijil terbuka dahulu. Sebagai akibatnya pelajar SPM tidak lagi serius dalam mata pelajaran ini. Memang kalau kita melihat laporan peperiksaan setiap tahun. Mungkin, KPM patut menimbangkan sekali agar, BM menjadi mata pelajaran yang wajib dicapai sekurang-kurangnya C6 sebelum calon SPM dianugerahi Sijil SPM. 

Tuesday, June 9, 2009

 

Cuti-Cuti Malaysia - Mengimbau Kenangan Silam

Motor ni bila nak sampai Malaysia? kat Rantau Panjang melambak.

Pasar Malam kat Wakaf Cek Yeh boleh terima kad kredit  lagi you

Harmonic saya yang bongsu bosan menunggu hujan bersama ibunya

A dying breed. Pengayuh senja. Dah tak banyak ditemukan teksi ni di Kota Bharu. 20 tahun dulu, jalan KB sesak dengan mereka. Sekarang sesak dengan mobil petrol dan diesel. Memang betul kata pujangga,  masa mampu mengubah segalanya. 

Pasar Besar lama. Atas bumbung ni saya pernah bergambar.

Pasar Besar baru. Pasar Siti Khadijah. Dibina 1985. 2 tahun selepas saya meninggalkan KB
Bangunan yang dulunya Supermarket Kota Bharu.

9W2AKC dan adik serta sepupunya di depan Temenggung Hotel. 

Cuti sekolah kali ini tidak bercadang nak balik ke Langkawi kerana bapa mertua baru saja datang ke Perak dan adik ipar saya pun akan bercuti di Perak. Bila sampai keluarga mereka di Ipoh, hari sabtu terus bergerak ke Melaka, Isnin balik dan selasa menuju ke Terengganu pula. Setelah dipujuk oleh XYL, saya bersetuju untuk turut serta menghala ke Kota Bharu. Kali terakhir ke KB masa mengajar di Gerik tahun 2002 dulu. Dah hampir 7 tahun tak ke KB. Mesti banyak perubahan, takut sesat pula. Pinjam GPS 9W2ZZR. Hari Rabu setelah seorang lagi harmonic saya balik dari Johor, kami bergerak ke KB. 9W2AKC memandu sepanjang jalan. Dapatlah rehat, dan QSO di jalur kalau ada rakan. Malangnya repeater Inas memang down terus. Di Gerik sempat QSO dengan SWLDDI. Geng SMTG, JKZ, MAR, KSG, KBT dan lain-lain tiada. balik kg kut.

Singgah di Tanah merah sempat mencapai repeater local KB 9M4RDA dan QSO dengan 9w2TMK. Bila sampai di KB, cari punya cari, ternampak satu guest house di tepi simpang ke Pasir Mas dekat Wakaf Cek Yeh. Baru perasan, dulu, inilah bangunan menempatkan Maybank di KB/ 28 tahun yang lalu, kami guru pelatih MPKB ambil elaun di sinilah. Masa tu mana ada ATM, naik teksi (beca) tiga amah, kata Pok Cik pengayuh tu. Tak tahu berapa, try beri lima ringgit, Pok Cik tu pulangkan "cucuh" rm3.50. Oooooohhh samah tu 50 sen, ingat-ingat, sampai sekarang. Kadang-kadang bila tak ada duit, berjalan dari KB ke sini, masa tu rasa dekat, jer sekarang ni baru sedar rupanya hampir lima kilometer jaraknya simpang tu dengan Kota Bharu.

KB dah banyak berubah, tapi bila berjalan, yang tak berubah Hotel Temenggung, Pasar Besar (lama), walaupun dah tak jadi Pasar lagi. Teringat kenangan lalu semasa saya, Jailani dari Langgar AS(YDP PGP MPKB), Pak Ya dari temerloh, dan awek Jailani, Anum budak Batu Kikir (Bercinta bagai nak rak, tapi last-last masing-masing kawin dengan orang lain) kami ada ambil gambar atas bumbung bangunan ni, masa nak meniggalkan KB 26 tahun yang lalu. Terjumpa bangunan bekas Kota Bharu Supermarket, teringat lagi,  kat sinilah tempat shopping bila dapat elaun. Masa tu RM345 sangat besar. Siap boleh hantar kampung lagi. Cuma malangnya kerana kesibukan, kesuntukan masa dan jam yang tak habis-habis, tak sempat nak ke Pengkalan Chepa menjenguk "asrama Moral' MPKB yang menjadi tempat menumpang semasa di MPKB dulu.

Tapi sempat juga berjumpa dengan cikgu Suhaimi, rakan pendidik yang dikenali sejak satu dekad lalu apabila kami sama-sama terlibat dalam membangun dan menilai bahan P&P Sekolah Bestari. Beliau orang Baling, tapi balik ke Pasir Mas rumah mertuanya. Sempat kami TT bersama abang Iparnya seorang pendidik juga di SMS Muar. 

Rakan ham di KB ramai, repeater pun banyak, tapi tiap kali panggil di repeter tak ada orang. Last-last masuk jalur panjang. Sempat QSO dengan rakan di Ipoh pulak, 9W2ZAE, 9W2RTH dan 9W2AEK disamping 9W2IKU di Penang. Cuma sempat berjumpa di daratan dengan 9W2TMD di Pasir Mas. Kebetulan lalu di belakang keretanya dan hon lalu kami pun bersalamanan. Beliau orang Kedah yang  dah menetap di Kelantan berbelas tahun. Banyak juga jumpa kereta dengan antena, tapi tak pasti sama ada  memang SWL atau rakan di sini tak suka letak callsign, tak dapat mengenali walau seorang pun di sini. Cuma hari terakhir sebelum balik sempat monitor ustaz Najdi di repeater bersama rakan di KB. 

Semasa balik dari Rantau Panjang selepas membeli dan terus belah, kereta mati pulak tiba-tiba. rupa-rupanya overheat. Radiotar kering terus. AKC langsung tak tengor meter temperature. Mujur kat kampung, tumpang telaga, minta air, tunggu sejuk tambah, oklah. Singgah sebentar di Bukit Bunga bertemu rakan dan juga jiran di rumah mertua saya di Langkawi, seorang anggota UPP di sana. Sempat kempen dia suruh joint geng ham, kerana ramai rakannya juga member ham di Tanah Merah. Balik singgah di Pasar Malam Gerik untuk membeli makan malam.  Sampai di Ipoh jam 1 pagi. Penat dapat, duit habis, Hati puas. Insyaallah cuti bulan 12 ni kita pergi lagi.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]