Tuesday, February 9, 2010

Wellcome to The Club WEL8797

Akhirnya selpeas menunggu sebulan lebih sikit, 9W2DPL Tuan Zaidi yang juga Timbalan PPD Perak Tengah telah mendapat CBXnya Ahad lalu. Beliau memang superbikers old timer. Pagi-pagi lagi beliau telah sampai ke rumah saya dan kami bertolak ke KL untuk mengambil motornya yang dibaik pulih di Jalan Kuching. Setelah ke Jalan Sentul untuk berjumpa anak saya 9W2AKC sebentar, kami ke Puchong ke ofis 9W2CCC untuk mengambil satu lagi motorola spectra yang difaraidkan kepada saya heheheheh (terima kasih Man). Member pergi ke HS9 pulak, jadi tak dapat eyeball. Kemudian kami ke Jalan Kucing ambik motor. Motor dia dah siap, tapi moto 9W2MIG belum lagi. Sabaq Miji, bulan depan ambik motor hang pulak.

Motor dah siap, bunyi memang nangis, lebih senyap daripada motor saya.

Siap sedia untuk bertolak ke Ipoh. Stiker pun tak buang lagi heheheh

Lari 120 selamba jer. Memang orang lama hard core, hujan selamba jer. hehehe.


Selepas susur keluar ke Tapah, motornya mati enjin, fius utama terbakar, mana nak cari fius spare, Fius CRVnya pun tak jumpa kat mana, tool apa pun tak dak. Laaa, mujur la member ham berdekatan ada. Telefon 9W2AWR Cikgu Anwar SMK Lahat di Tapah yang terus datang membawa tool dan fius. Terima kasih Nuar, memang beruntung jadi rakan radio amatur, semangat ham sentiasa bersedia membantu. Apapun, peringatan, bila nak ride, mesti sediakan peralatan asas dan spare yang berkenaan. Mujur ada member, kalau tengah hutan? Dulu, cikgu Hashim KL balik ambik motor di Penang, kena kat Tapah Road, masalah yang hampir sama juga.
Bila dah ada fius baru, masih tak boleh hidup, senyap aja, lampu, hon semua ada, apa cer? buka suis pemati, tak ada apa juga. Last baru teringat ada satu lagi fius di atas hendal, buka, fius ignition, dah putus, mujur fius signal sama 15 amp. Tukar, start hidup, lega. Terus balik ke rumah saya, balut apa yang patut. dan beliau terus ride ke Seri Iskandar. Ok Di, hujung bulan ke Cuti Raya Cina ke, kita pi ride jauh sikit, Banding ke amacam ada berani?

Wednesday, January 27, 2010

Nizam CBX dari KL


Semalam seorang rakan Kelab CBX Malaysia Nizam berkunjung dari KL ke Ipoh untuk mencuba motornya yang baru dibaiki. Beliau juga seorang SWAL yang baru mengambil RAE Bulan DIsember yang lalu. Orang kuat Income Tax, siapa tak larat bayar Income Tax boleh jumpa dia mintak tolong hehehehe.Motor memang cantik enjinnya.

Friday, January 22, 2010

Peperiksaan Radio Amatur RAE kembali lagi

Sesiapa yang asyik bertanya tentang peperiksaan RAE, boleh memuat turun borang dan notis peperiksaan di sini. Tarikh tutup 12 Februari ini

Monday, January 11, 2010

Bila Nak Siap motor ni

Sabtu bergerak ke Utara, crumah cikgu Isahak di Pendang untukk melihat motor projek terbaru di sana. Ahad bergerak ke KL menghantar TZM 9W2AKC di Shah Alam. Lama tak naik 2 stroke, memang mengujakan. Tak berani nak tarik sangat sebab baru tukar piston. Maintain 120 jer. heheheh. Balik singgah tengok motor 9w2 DPL yang sudah berbunyi



Ni motor projek terbaru. Bila nak hidup tak tau.


CBX650 9w2TTR Zailani dah hidup, tapi perlukan timing chain baru.



Bersama anak saya Akmal dan rakan-rakan sebiliknya di hadapan
kolej Jati Uitm seksyen 2 Shah Alam. Lupa nak tarik nafas hehehehe.



Motor Zaudi 9W2DPL berbunyi dengan merdu sekali, langsung tak ada QRM, macam enjin baru. Member ni tak sabar. Minggu depan ke KL lagi, nak bawak balik dah.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal Poi Lam


Hari ini genap 4 tahun 4 bulan saya berkhidmat di SMJK Poi Lam Ipoh. Mulai Isnin depan, berpindah pula ke SMK Dato' Hj Mohd Taib yang hanya 3 km dari rumah. Walaupun saya sudah selesa dengan budaya kerja di SMJK yang tidak banyak kerenah, kurang birokrasi , namun saya tak betah di satu tempat terlalu lama. Di SM Teknik Gerik pun saya hanya tahun 4 tahun 6 bulan juga walaupun sudah menjadi penolong kanan, kuaters bertaraf banglo, suasana kerja yang selesa dan berprospek, namun saya masih tak sanggup tinggal lama di satu tempat. Mungkin kali ini, saya akan kekal di sini selama 10 tahun 11 bulan lagi perkhidmatan sebagai pendidik.

Thursday, December 24, 2009

9W2DPL dan MIG dapat CBX

Semalam ke KL bersama cikgu Zaudi 9W2DPL dan Cikgu Tarmiji 9W2MIG untuk menjenguk CBX mereka berdua. Saya telah berjanji dengan 9w2DXN Khairudin Melaka untuk menghantar Motorola Spectra untuk dia dan 9W2TOL. Pertama kali berjumpa Din namun rasa macam dah kenal lama. Tapi terlupa pulak nak ambik gambar.


9W2DPL (Din Pak Lebai) sangat berpuas hati dengan CBXnya.
side cover je kena beli, lain semua ada

Masuk bateri baru terus hidup, licin pulak tu.9w2MIG terpegun
mendengar bunyi CBXnya. Merdu sungguh heheheheh

Motor ni asalnya diperuntukkan pada 9W2LPP, tapi dia tak jadi beli,
nampaknya rezeki hang la Ji. Apa lagi. cover CB4 pun dah dapat,
nanti projek kita boleh jalan bulan depan.

Ni motor projek saya pulak WGB5932, dah naik lori semalam
untuk dihantar kepada cikgu Ishak 9W2CAP (Cikgu Aq Pendang).
Dia kata dua minggu siaphehehehe.


Sempat menerai Gold Wing eskot Sultan Perak dulu. Siapa teringin, sedia 60 ribu.

Thursday, December 17, 2009

Konvoi RAE Transkrian

Semalam bersama-sama 6 rider lain kami ke Transkrian untuk meraikan rakan-rakan yang ambik RAE. Asalnya Pak Ya Zhepyr dan ROsli ER6 nak pergi, last minit kensel. Tahun depan kena ambik lagi la. Motor meragam pulak. Maklumlah dah 6 bulan tak jalan. Satu plag out. Kena pergi Medan Kidd, DPR 9EA tak ada pulak, pakai no 8 aja. Alhamdulillah motor bergerak lancar. Dapat lah lari habis meter sekejap heheheheheh. Maklum nak ikut FJR1200 kena la layan lebih. Tapi kesian Cikgu Mat CMD dan Din Kuetiaw yang bawak Easy rider. Jadi masa pergi maintain speed limit. Bergabung dengan konvoi Kereta Parts di Hentian Semanggul sebelum pekena nasi lauk ayam kampung goreng berempah di Parit Buntar. Berasap.


Tu dia ayam kampung goreng berempah

Ready nak bergerak

9M2MRL Haji Mat Nor dgn FJR barunya. 73 nombornya

9M2SY bernasib malang sedikit. Semoga Raden bersabar

Di USM sempat berjumpa rakan-rakan dari seluruh Utara yang hanya biasa qso sekali sekala dan di alam siber. Pertama kali jumpa Amirul 9W2AXS dan 9W2KKK dari Sik, macam 9W2NPN orangnya muda belia, sebaya anak saya. Jumpa abang saya yang bertugas di Dewan Besar, sempat naik ke bilik kawalan tengok rakan-rakan ambik periksa dari atas.

Rakan sedang menghadapi RAE. Tak clear dari bilik Kawalan Dewan.

Kemudian cikgu Miji 9W2MIG geng KRS dan Motor ajak singgah rumahnya di Bagan Serai, selepas bersembang dulu. baru ride balik, kemudian ditimpa hujan sekejap tapi dapat layan juga di Plus. Tiba di Ipoh jam 6.30 petang.

Antena 9w2MIG senget. Gayat nak naik katanya. hehehhe kena mintak tolong FTB.

Cikgu Miji bergaya depan CBX. Nanti boleh ambik satu Ji, bikin CB750 lak.

Hentian terakhir Petronas di Bagan Serai






9M4RPK Online

My QTH


View Untitled in a larger map

About Me

My Photo
9W2ACB
Chemor, Perak, Malaysia
My name is Azmi Abd Rahman. I was born in Simpang Pulai 47 years ago. Now, I lived with my wife and five kids in Desa Tanjung Murni, Chemor. But three of my kid are now studying in university and MRSM respectively. I graduated from University Malaya in 1990. Currently, I am teaching Bahasa Malaysia in SMK dato Haji Mohd Taib, Chemor.
View my complete profile

Demi Masa

Followers

Slideshow

Loading...