Thursday, March 5, 2009

 

Kursus Pendedahan Radio Amatur

Semalam saya menghadiri mesyuarat JK KRS Daerah Kinta Utara. Selain membincangkan aktiviti KRS pada tahun ini, penyelia Kokurikulum PPD KU mencadangkan agar diadakan kursus pendedahan Radio Amatur untuk semua pegawai KRS KU. Tuan Haji Rahim memang sedari dulu sentiasa menyentuh soal RA setiap kali dalam mesyuarat dan perjumpaan. Beliau memang menyokong penuh aktiviti RA dan menyatakan wawasannya untuk melihat semua pegawai KRS KU mempunyai AA agar mudah berurusan apabila sesuatu aktiviti luar dijalankan nanti. Setakat ini selain saya, yang ada AA ialah JPN, AKZ, ZZR, DFA, FRZ, RIT, ZDE, BBJ dan Cikgu Anwar yang belum menerima AAnya daripada MCMC lagi. Tuan Haji sendiri memang ingin mengambil RAE tetapi sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi beliau. Mungkin pada Jun ini saya akan pastikan beliau pergi menduduki RAE.
Apapun DFA dan saya diberikan amanah oleh beliau untuk menguruskan kursus pendedahan ini kepada rakan-rakan yang lain. Cadangan beliau agar diadakan pada bulan hadapan di SMK Pusing iaitu di sekolah Ustaz Najdi sendiri.  Memandangkan masa yang terhad, hanya tiga jam yang dapat diperuntukkan untuk kursus ini. Namun, saya rasa itu sudah memadai untuk pendedahan awal. Seterusnya mungkin boleh dibaca sendiri oleh peserta daripada nota dan bahan yang disediakan. Saya telah lama ingin memberikan pendedahan tentang RA ini kepada rakan-rakan pendidik. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti banyak pula cerita. 
Bahan untuk kursus itu sebenarnya telah lama saya sediakan sejak tahun lalu dalam bentuk power point. Sebagai pendidik, saya merasakan kursus RA perlukan multimedia kerana 'chalk and talk' dalam kalangan orang dewasa apatah lagi pendidik, sangatlah tidak wajar. Namun begitu sebagai seorang yang tidak mempunyak latar teknikal yang baik, saya tidak akan menyentuh bidang tersebut. Mungkin memadai dengan  pengenalan tajuk How to become a Radio Operator dan AOP. Bagi saya, yang penting mereka mendapat pendedahan awal dan bersedia untuk mengambil RAE. Selepas itu proses pembelajaran tidak harus terhenti dan patut diteruskan melalui pembelajaran kendiri atau SAL.
Bagi rakan pendidik lain yang ingin mengikuti kursus ini mungkin boleh menghubungi saya atau 9W2DFA kerana kursus diadakan sebelah petang. Jadi pelepasan rasmi tidak diperlukan. Semoga usaha ini akan mendapat keredhaanNya.

Comments:
Mudah2an jadi, nnti KRS KS nak join gak... lawati blog http://krskintaselatan.blogspot.com dan blog teman....
 
cuba dedahkan juga kat PPD Manjung nih ..
saya tengok yang join RA pun setakat cikgu2 Sekolah Menengah Teknik Manjung mcm 9w2mmp, 9w2zke, 9w2cfu, 9w2htb, 9w2alg n bbrp org lg ..

de
9w2OiQ
Seri Manjung
 
Cuba war2kan kat PPD Manjung pula ..
so far geng guru yang terlibat dgn RA nih hanya di Sekolah Menengah Teknik Manjung ..
ada la 7 8 station semuanya ..
9w2mmp, 9w2 zke, 9w2htb, 9w2alg, 9w2cfu dan lain2 ..

de
9w20iQ
Seri Manjung
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]