Wednesday, March 25, 2009

 

Letih Dalam Perkhidmatan?

Seperti yang diketahui oleh semua warga pendidik, mulai tahun 2008 yang lalu, semua warga pendidik dikehendaki (diwajibkan?) mengikuti Latihan (Letihan?) dalam perkhidmatan selama 7 hari seminggu. Alasan yang diberikan ialah pekeliling perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Namun apa yang sebenarnya rasional Pekeliling itu ialah Latihan atau Kursus Dalam Perkhidmatan yang layak diberi taraf kursus. Biasasnya diadakan secara terancang mungkin selama beberapa hari, dihotel-hotel atau tempat peranginan seperti Pulau Langkawi dan sebagainya. Penceramahnya pula didatangkan khas daripada kalangan mereka yang berkelayakan dan berketrampilan. Itulah yang berlaku untuk kakitangan lain sama ada di jabatan-jabatan awam, mahupun kakitangan sokongan di institusi Pendidikan. 

Namun hal yang  sebaliknya pula dialami oleh golongan guru. Atas alasan jumlah yang ramai, maka para guru ini hanya layak berkursus di sekolah masing-masing, dalam dewan yang panas dan hanya mengharapkan kipas angin. Makan pula, biasanya dipesan daripada pengusaha kantin - makanan yang dimakan setiap hari pada masa rehat. Lebih menyedihkan pengisian latihan atau kursus ini hanyalah main tangkap muat. Daripada 7 hari kursus yang diadakan di Sekolah saya tahun lepas, hanya satu daripada penceramah luar dengan tajuk 'Menangani Stress' yang malangnya lebih membawa stress kepada para pendidik yang setiap hari menyampaikan 'ceramah' kepada beratus-ratus orang pendengar silih berganti. Selebihnya diisi dengan leteran daripada pentadbir yang sekadar seperti  burung kakak tua. Sekadar mengulang perkara yang sama. Saya tidak pasti apakan objektifnya. Tapi kalau untuk menambahkan ilmu para guru jauh sekali, mungkin sekadar menghabiskan belanjawan tahunan jabatan.

Jangan silap anggap - don't get me wrong. By all means, every teacher should be able to keep abreast with the latest in Education theory or whatever. But, please, cant we be profesional about itu.  Apalah gunanya pegawai yang begitu ramai di Jabatan, Pensyarah yang kini berjawatan gred lebih tinggi sehingga 48 di Institusi Perguruan atau IAB. Mereka inilah yang sepatutnya datang ke sekolah memberikan kursus dan wacana yang terkini kepada guru. Bukannya penceramah tangkap muat yang terpaksa menatap wajah bosan guru yang kadang-kadang telah mula mengajar sewaktu penceramah itu masih memakai lampin. Pihak KPM menolak tugas melatih guru ke JPN, JPN tolak ke PPD dan PPD tolak ke sekolah. Banyak cantik. Sekolah yang lagi pandai pula lantik seorang guru konon sebagai pegawai latihan. Macamlah guru ini tak cukup kerja. Tolak menolak berterusan, hasilnya? sendiri mau ingat, Lu fikirlah sendiri kata Nabil

Kalaupun kami tidak layak mengikuti kursus ini di hotel seperti pegawai lain di JPN atau Jabatan mana sekalipun, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya berikanlah pengisian yang bermakna. Alangkah membazirnya wang rakyat kalau beginilah yang berlaku saban tahun. Namun walaupun skeptikal mana sekalipun saya, rasanya kita akan melihat babak Letihan Dalam Perkhidmaatan ini berulang lagi.

Comments:
betul bro, tugasan luaran lg banyak drp mengajar, kursus x abis2 nak abiskan duit, yg teruk guru dan pelajar...guru dah'Kurang ajar'...jgn lupa 11-16 april berkampong lag kita di Tok Sakah...9W2SOJ
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]