Saturday, March 28, 2009

 

Like Father Like Son


Panther 9W2AKC di Rantau Abang




Sedari dulu saya memang kaki motor, 14 tahun tinggal di KL saya tak pernah naik kereta ke sekolah atau ke mana-mana kalau bersaorangan. Saya lebih senang naik motor, kapcai lagi seronok di KL daripada motor besar, parking pun senang. Selama 17 tahun saya simpan Katana 750 saya dan berjanji pada anak saya, 9w2AKC apabila dia masuk U, saya akan berikan motor itu kepadanya. Motor tu pun dibeli masa saya di UM dulu. Malangnya, kerana desakan kawan yang ingin sangat katana tu, saya terpaksa berpisah dengannya. Saya rasa bersalah juga kepada Akmal kerana telah berjanji dengannya. 

Tahun lepas dalam satu lelongan PDRM saya telah membeli sebuah panther dan EX5 untuknya. Malangnya terlalu banyak barang yang perlu diganti dan projek tu tertangguh kerana ada perkara lain yang lebih mendesak perlu didulukan. 2 minggu yang lalu dia menelefon saya memberitahu kawan sekampusnya ingin menjual sebuah panther, dengan duit biasiswanya sendiri, saya membenarkannya membeli motor tu. Saya tahu macamana perasaan bila dah minat jadi mat motor. Walaupun saya terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk pembaikan, pendaftaran semula, cukai jalan dan sebagainya saya rasa itu satu pengalaman yang bermakna buatnya. 

Bagi saya motorsikal bukanlah punca kepada masalah sosial seperti gejala lumba haram dan sebagainya. Jika insan yang menunggang motorsikal itu tidak bersahsiah, bukanlah motorsikal yang salah. Motor hanyalah alat sama seperti kenderaan lain Kita tidak mendengar kereta disalahkan atau dilabelkan dengan pelbagai gelaran apabila pemandunya melakukan kesalahan jenayah.


Memang seronok bermotorsikal, rasa hebat apabila membelah angin di atas jalan, bersama rakan-rakan, tiada perkataan untuk menceritakannya, hanya mereka yang mengetahuinya dapat memahami perasaan seorang kaki motor. Namun, motorsikal juga boleh menjadi pembunuh sama seperti alat lain, kalau tidak dijaga, ditunggang dengan berhemah, dengan akal dan budi seprti yang difitrahkan Tuhan. Justeru anakku, abah berdoa semoga Angah  akan menjadi penunggang yang berhemah di jalan raya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]