Tuesday, March 31, 2009

 

Perkhemahan KRS NGO Kebangsaan

9W2WSA Wan Saiful Akmar, Penolong Pengarah 
Unit Kokurikulum JPNP mempengerusikan Mesyuarat

Sebentar tadi, saya baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat Teknikal Perkhemahan KRS NGO Sekolah Rendah Kebangsaan di JPN Perak. Mesyuarat turut dihadiri oleh beberapa rakan Ham yang terlibat dalam perkhemahan itu antaranya 9w2WSA, 9W2RKK, 9W2SCP dan rakan-rakan guru lain. Saya dipertanggungjawabkan dalam aspek komunikasi. Perkhemahan itu akan diadakan di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin pada 11 hingga 16 April ini. Anggota perkhemahan terdiri daripada wakil seluruh Malaysia seramai 866 orang , 80 Jurulatih dan 80 orang pegawai lain.

Para pelajar dari 16 Kontinjen seluruh Malaysia akan terlibat selama 5 hari dari 11 hingga 16 April di Kem Tok Sakah. Aktiviti yang terlibat termasuklah komunikasi, bantu mula, masakan rimba, jejak flora, ikatan, gubahan, berakit dan merentas halangan. Selain nama yang disebutkan di atas ramai lagi guru-guru yang merupakan rakan ham di seluruh Perak akan turut sama menjayakan perkhemahan tersebut. antaranya CFU, DFA, DTL, MIG, SMR, JPN, ZZR, FZR, SOJ, AKZ, NUA, DAN RYU. Kami akan berkampung di sana mulai 10 hb April nanti. 

Di samping menggunakan radio sebagai alat komunikasi sesama pegawai dan jurulatih, slot komunikasi dan ham akan diperkenalkan kepada semua peserta khemah. Saya bersama rakan-rakan akan terlibat menjadi jurulatih dalam perkhemahan tersebut. Mulai esok, saya akan menyediakan power point dan handout untuk diedarkan kepada para peserta. Saya berharap dapat memperkenalkan dunia ham kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mudah-mudahan, ini akan menarik minat mereka dan turut melibatkan diri dalam dunia ham satu hari nanti. Diharapkan semua yang dirancang  akan berjalan lancar.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]