Sunday, March 8, 2009

 

PIBG

Ketika ini, sedang berlangsung AGM PIBG Sekolah tempat saya bertugas. Seperti PIBG sekolah lain, kehadiran ibu bapa amat tidak memuaskan. Guru-guru lebih ramai. Mungkin ada yang menjangka ibu-bapa di SMJK lebih mementingkan pelajaran anak-anak daripada SMK. Sebenarnya sama saja. Semasa saya di MBS KL 1990-1999 dulu, pengetua memberikan mata merit kepada pelajar yang ibu-bapanya hadir semasa AGM. Memang, kehadiran tampak lebih baik. Namun,  dari segi sumbangan idea mahupun kritikan masih lesu. Inilah masalahnya ibu-bapa kita. Kalau mengkritik di belakang bukan main lagi. Malah, sampai keluar Media khususnya media elektronik. Lain yang berlaku, lain pula yang diceritakan. Maklumlah media, ingin mencari rating. Perkara yang tiada diada-adakan dan disensasikan. Tambahan pula kes disiplin. Peliknya, apabila perkara sebenar didedahkan tidak pula mendapat sebarang liputan daripada media. 
Ingatkah anda pada kes buah pinggang di SMT Batu Pahat pada tahun 2003 yang lalu? Laporan media sama sekali tidak tepat. Bapa pelajar siap nak saman sekolah lagi. Tapi media langsung tidak menyebut bapa pelajar itu, guru di Sekolah yang sama, siap pergi memancing lagi masa persekolahan. Anaknya cuma cedera dipukul, tapi media melaporkan hilang buah pinggang. Itu sekadar satu contoh. Selepas senyap seketika, baru-baru ini timbul kembali kes salah-laku pelajar. Dalam era IT kini, segala-galanya mungkin tersebar luas dalam sekelip mata. Sekali lagi, isu itu menjadi tontonan. Sekali lagi Menteri Pelajaran melatah. Cuma kali ini, mungkin banyak isu politik lain yang lebih panas, saya percaya, isu disiplin terbaru ini akan cepat dilupakan.



Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]