Wednesday, April 22, 2009
Akhirnya 9696 pun kembali
Selepas 5 minggu menunggu akhirnya kereta saya diserahkan kembali sabtu lepas. Semasa menerima panggilan dari bengkel saya sedang menghakimi pertandingan kawad NGO Kinta Utara di SMK Buntong. Habis sahaja tugasan terus saya ke bengkel mengambil kereta. Walaupun saya tak banyak memandu dan tak terasa sangat keperluannya, tetapi sekali sekala amat diperlukan terutamanya apabila ada sakit pening nak ke hospital dan apabila anak-anak balik dan perlu menghantar mereka ke perhentian bas. Masa tu begitu terasa keperluan kereta. Mujurlah ada adik berjiran yang boleh dipinjam keretanya. Tapi sampai bila. Apa pun selepas tiga kali kemalangan yang sama, saya rasa dah serik. Kesemua kemalangan ini berlaku semasa kereta bergerak perlahan bersusun-susun. Ketiga-tiganya kerana kelalaian saya, yang terbaru memandang ke kanan, sebelum ni memandang kereta kedua di hadapan tak sedar kereta di depan dah berhenti. Yang pertama di depan Bank Negara KL tahun 1999 dulu, kerana nak memasukkan CD!!! Semoga lepas ini tidak akan berlaku lagi. Namun kita hanya mampu berdoa dan berusaha!
Subscribe to Posts [Atom]
Post a Comment