Saturday, April 25, 2009

 

Hari Yang Sibuk

Pasukan ITF Tae Kwando SMJK Poi Lam

KRS dengan kawadnya

Sebahagian Hadirin


Ni dia 5 wakil  dari kumpulan 6 Jahanam SMJK Poi Lam

Gerai Pameran Parts dijenguk pelawat

9W2NIM pantang jumpa radio mesti ambil gambar punya. 
Motorola Spectra W4 yang digunakan bomba. Banyak jual kat ebay kalau berminat.

Para Hadirin yang hadir

9W2ZCB, Nizam, 9W2TUO Safar dan 9W2SUF Sufian bercadang
 nak beli ST ni  bila bomba lelong nanti

Exco Perak menyampaikan ucapan perasmian

Cikgu Yin 9W2YIN bersama XYL 9W2YZB dan harmonic sudah cukup menjaga gerai


Sufian 9W2SUF memberikan penerangan tentang repeater Parts

Menerima Kehadiran VIP, yang berbaju Merah ialah Pengarah JKJR Negri Perak

Turut hadir 9W2WSA Wan Shaiful Akmar Penolong Pengarah Unit Kurikulum JPN Perak

9w2NIM Menerima sijil Penghargaan daripada ASP Shafie dari IPK Perak
(Semua foto Pameran oleh 9W2NIM)

Hari ini memang sibuk sedikit. Parts dijemput mengadakan pameran RA sempena Pelancaran Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah peringkat Negeri Perak di Sekolah Menengah Tasik Damai.  Pada hari yang sama sekolah saya menganjurkan Sukan Tahunan. Terpaksa memohon kerjasama rakan-rakan AJK dan rakan Parts yang lain untuk menjaga gerai Parts. Rakan guru pun sibuk hari ini kerana semua ada aktiviti yang telah dirancang. Mujur 9W2NIM, bersama 9W2SUF dan Bendahari 9W2YIN bersama keluarga dapat meluangkan masa. 9W2ZCB Nizam pun bersedia meninggalkan tugasan membantu. Mujurlah ada rakan-rakan. Rakan lain yang turun hadir dan memberikan kerjasama termasuklah 9W2ZZR, 9W2TUO, 9W2ZAE dan 9W2AEK yang hadir di penghujung program. 

Belum pun habis acara di Stadium Perak, saya berkejar ke Pameran Parts. Sebaik sampai, perasmian baru disempurnakan. Sempatlah berjumpa rakan-rakan dan pelawat sekejap. Memang beruntung kerjasama rakan Ham dan Ahli Parts di Ipoh sangat baik. Apapun syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan yang hadir memberikan sokongan dan bantuan. 

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]