Friday, April 10, 2009

 

Kabinet Baru - Kabinet Rakyat?

Kabinet baru sudah diumumkan. Macam biasa pelbagai reaksi diberikan. Tentulah yang terlepas peluang berasa kecewa. Biasalah tu adat dunia. Cuma yang saya tertarik diuar-uarkan kononnya ini kabinet rakyat. Maksudnya? kabinet daripada rakyat atau untuk rakyat? kalau daripada rakyat, saya musykillah sedikit kerana ramai muka yang telah ditolak oleh rakyat dalam PRU tempoh hari tetap terpilih. Jadi, kalau rakyat menolak mereka, bagaimana boleh dikatakan dia mewakili rakyat. Apapun diharapkan yang dimaksudkan ialah kabinet untuk rakyat. Jika itulah azam mereka, by all means, I'm for it. Jangan indah khabar dari rupa saja nanti. Semoga pembaharuan yang dijanjikan bukan retorik semata-mata. Keterbukaan dan pendemokrasian bukan hanya janji semata-mata. Takut nanti berulang lagi. Telunjuk lurus kelingking berkait.

Yang diharapkan rakyat, kerajaan yang mewakili mereka. Menghormati pendapat dan kehendak rakyat. Medahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri sendiri, atau penyokong atau parti. Kalau ditengok dari Perhimpunan Agong tempoh hari, nothing change!!! Ada perwakilan yang mencadangkan VC Universiti mesti dari penyokong Umno macam Uitm tu katanya. Apa universiti tu Umno punya ke? inilah mentaliti yang patut diubah. Still if you remember back than, penambahan pakej ransangan pun diumumkan dalam perhimpunan Agong untuk memancing undi kontraktor kelas F yang kita tahu siapa. Ada pula sorang perwakilan tu yang berkata, Umno yang mencipta alat moden (agaknya ITla kut) tapi pembangkang menggunakannya untuk menghentam kerajaan. Agaknya dia maksudkan blog kut. Nak tergelak saya. Bila masa Umno mencipta www, atau blog tak taulah saya. Agaknya perwakilan tu, pegang komputer pun tak pernah. Orang bercakap pasal blog, dia pun blog. Apa bendanya dia pun tak pernah tengok. Tak hairanlah bila MB Pahang nak gajikan bekas pegawai tinggi kerajaan untuk buat blog bagi menapis dakwaan blog pembangkang. Sampai bilalah mereka ni nak belajar. But than we can't never blame them alltogether. can we? 


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]