Wednesday, April 15, 2009
Perkhemahan Kebangsaan Pasukan Badan Beruniform
Baru sampai dari Perlis
9W2CMD menaikkan Silver Thunder dibantu oleh 9W2YOR, 9W2ZLA menyibuk
Rig 2200 JPN Perak tu tak ada speaker, kena makan anai-anai ( Apacer WSA?)
Sebahagian pelajar sedang memasang khemah
Ni Dia juruletih komunikasi. Depan dari kiri ACB, Mohamed CMD, Azizal ZLA, Ustaz Najdi DFA, dan Shahory Orang Johor SOJ. Belakang Azlan AKZ, Roslan SMR dari Taiping , Mior Anuar YOR dan Sg Siput dan Tarmijie MIG dari Krian
Sempat memasang pukat di Teluk Senangin
Jurulatih komunikasi berehat menantikan sesi berikutnya
Sebahagian pelajar sedang menjalani praktikal komunikasi
Jumaat 10hb. Bertolak dari rumah ke lokasi bersama 9W2CMD. 9W2ZZR, 9W2DFA dan 9W2SOJ sudah menunggu di Batu gajah dengan kereta masing-masing. Kami berkonvoi dengan 4 kereta kerana masing-masing ada projek tersendiri. Sepanjang perjalanan, cuba menghubungi cikgu Mior Anuar 9W2YOR yang memandu melalui jalan Manong melalui 9M2RKV tapi beliau tak berjaya mencapai repeater walaupun mendengar audio kami. Azlan 9W2AKZ yang telah sampai terlebih dulu, membuat laporan keadaan kem yang kurang memuaskan kerana serangan lalat. Kami berbincang semasa minum petang di Manjung dan mengambil keputusan untuk mencari penginapan alternatif. Setelah sampai, kami membuat beberapa pilihan dan akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di chalet Teluk Senangin, chalet ok, harga berpatutan, kami 12 orang bersewa 3 bilik.
Sabtu 11hb. Pagi ni cuma menyiapkan peralatan radio. 3 station dibangunkan untuk pendaftaran, keselamatan dan juga untuk kelas komunikasi. Mujur ramai jurulatih yang bersama-sama menaikkan tiang Silver Thunder JPN yang hanya baru digunakan 3 kali sebelum ini. Semua kontijen sampai sehingga lewat petang iaitu Labuan dan Sabah.
Keesokan harinya, kelas berjalan agak perlahan. Saya memang tiada pengalaman langsung mengajar pelajar rendah. Walaupun mempelajari ilmu pedagogi, tapi tidak pernah dipraktikkan. Ternyata, kaedah penerangan walaupun dibantu dengan handout, sukar menarik minat pelajar. Akhirnya saya memohon bantuan 9W2ZLA cikgu Azizal yang menjadi pengiring kontinjen Perak. Mujurlah beliau bersetuju. Ternyata pengalaman beliau amat berguna. Walaupun jauh lebih muda daripada kami yang lain, tapi kebolehannya mengawal dan menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah bercerita, main peranan, kuiz dan sebagainya menarik minat pelajar. Malah beliau bersedia dengan gula-gula untuk dihadiahkan kepada pelajar. Memang respect saya kerana beliau berjaya membuat pelajar teruja dengan kaedah yang digunakannya.Terima kasih Zla, bila nak kawin? hehehehehe.Apapun video majalah 3 dan kartun yang saya petik dari icom US banyak juga membantu menarik minat pelajar. Beberapa orang pelajar mempunyai bapa atau datuk yang juga pemegang callsign.
Pada setiap malam diadakan O group iaitu perbincangan pegawai. Ditimbulkan beberapa persoalan. Yang menariknya akan saya sebut dalam post yang lain nanti. Kami di Chalet sempat juga pekena karaoke. Punya la kedekut tuan punya. seringgit satu lagu. dah tu lagu dangdut jer banyak. Tapi apa nak dikata, dia punya. Tok penghulu Manjung 9W2TGA sempat juga datang melawat ke Chalet tapi saya tak sempat eyeball lama kerana perlu menghadiri O group.
Akhirnya setelah 5 hari di sana, kami bergerak balik ke rumah masing-masing selepas upacara penutup yang disempurkan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Perak pada 16 April.
Subscribe to Posts [Atom]
Post a Comment