Monday, May 4, 2009

 

Kelas RAE Parts

Semalam 3 Mei 2009 telah bermula kelas RAE anjuran Persatuan Penyiar Radio Amatur Perak bertempat di Pejabat Parts di Jalan Silibin. Seramai 11 calon RAE telah hadir termasuk 5 orang dari Manjung yang dibawa oleh penghulu dan juga AJK Parts Daerah Manjung 9W2TGA Saudara Rosli. Hari bertemu pelanggan Parts juga diadakan pada hari yang sama iaitu Ahad pertama setiap minggu. Hari bertemu pelanggan diadakan untuk membolehkan para ahli menyelesaikan urusan dengan persatuan seperti membayar yuran dan sebagainya. Bagi yang bukan ahli boleh mendaftar pada hari tersebut. Di samping AJK, ramai juga rakan yang hadir untuk memberi semangat kepada SWL dan seterusnya eyeball sampai jam 3.00 petang

Atas permintaan peserta, kelas RAE hanya akan diadakan pada setiap hari ahad jam 10 pagi, kerana masalah cuti dan juga faktor jarak. Jadi kelas berikutnya akan diadakan pada hari ahad 10 Apri l2009,  sehinggalah peperiksaan berlangsung 24 Jun nanti. Bagi yang ingin hadir, bolehlah berbuat demikian minggu depan. Jangan lupa membawa portable driver anda sendiri untuk menyalin panduan, nota dan soalan-soalan ulangkaji RAE. Bagi yang ingin menjadi ahli, tolong bawa gambar berukuran pasport dan wang secukupnya. Borang boleh didapati di Pejabat Parts. Para AJK akan hadir berganti-ganti untuk membantu para ahli. 

Bagi rakan-rakan ahli Parts pula, kerjasama anda amat diharapkan untuk menjelaskan yuran tahunan sebanyak rm30. Kita sedia maklum Persatuan hanya berharap pada yuran ahli sebagai dana untuk sebarang aktiviti dan perbelanjaan persatuan. Ini termasuk sewa pejabat, bayaran bil, lesen repeater, pengurusan dan sebagainya. Justeru, tunaikanlah tanggungjawab anda kepada persatuan demi meneruskan agenda persatuan dan juga kelangsungan dunia Ham di Perak.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]