Wednesday, May 6, 2009

 

Sekali air bah sekali pantai berubah

Here we go again. Dejavu is here. Setiap kali berubah pucuk pimpinan, berubah pula menteri, berubahlah dasar. Berubahlah hala tuju. Tidak terkecuali bidang paling penting iaitu pendidikan. Empat lima tahun ni, bidang pendidikan hanya bercakap tentang, PIPP, modal Insan. Tup-tup, sekarang modal insan ke mana, apa ke mana, PIPP hanya tinggal dalam buku. Terbaru, menteri nak buat kajian lagi. Nak lihat kelemahan dan hala tuju pendidikan di Malaysia.  Apa lagi yang nak dikaji, selama hari ni tak cukup kajiankah? Nazir dah tak larat nak buat pemantauan, bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan penuh dengan fail laporan dan kajian.Apa pula perubahan akan berlaku. Smart school yang menelan berbilion ringgit lesap tanpa kubur apabila berubah pucuk pimpinan. PPSMI tak tentu hujung pangkal. Mereka asyik membuat polisi atau sekadar "knee jerking reaction", itu tak pasti. Yang pasti, anak murid kita akan menjadi tikus cubaan sekali lagi. Guru akan pergi kursus tak henti-henti lagi, borang akan diisi berpuluh-puluh keping lagi, duit rakyat akan habis berbilion-bilion lagi. Golongan tertentu sedang mengira keuntungan lagi. Akhirnya? masuk angin keluar asap. Inilah akibatnya apabila bidang pendidikan dijadikan landasan politik. Bijak pandai ada berkata, jika seorang doktor melakukan kesilapan, mungkin satu nyawa akan hilang, jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan menanggung akibatnya. Itu seorang guru, kalau kementerian? Renungkanlah.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]