Wednesday, June 10, 2009

 

Bahasa Inggeris Wajib Lulus untuk SPM

Ini suatu isu yang sepatutnya telah lama dibincangkan. Apabila PPSMI diperkenalkan, tujuan asalnya ialah untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Yang menjadi peliknya, untuk mengatasi kelemahan dalam Bahasa Inggeris, dicadangkan cara mengatasinya adalah dengan mengajarkan matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Kalau Bahasa Inggeris dah lemah, yang sakit, patut diubat, Bahasa Inggerislah. Ini pelik, KPPM masa tu mencadangkan PPSMI pulak untuk mengubat pesakit. Menteri Pelajaran ketika itu pun tidak berani untuk membetulkan kelemahan yang sebenarnya sudah dikenalpasti oleh Kementerian sendiri. Asyik mencari salah guru dan mencari populariti sendiri sahaja supaya cepat naik pangkat. Mujurlah Menteri Pelajaran yang baru orang no 2 dalam kerajaan. Jadi beliau  tidak bimbang atau memikirkan prestasi sendiri atau nak bodek. Insyaallah, panjang umur dapat naik terus ke jawatan pemimpin utama negera. Justeru baru-baru ini beliau mencadangkan supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk peringkat SPM. Sebenarnya inilah cara yang terbaik untuk meningkatkan pennguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Apabila dilaksanakan, nescaya semua pelajar akan mengambil berat mata pelajaran itu. Sama seperti BM yang diwajibkan mendapat kepujian di peringkat SPM satu waktu dahulu. Semua pelajar bersungguh-sungguh menguasai BM untuk memastikan mereka lulus dalam SPM.

Walaupun ramai yang akan membantah, tetapi langkah itu lebih baik daripada pelaksanaan dasar PPSMI yang telah menelan belanja beribu juta ringgit, tapi tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Dalam masa yang sama, mungkin ramai tidak menyedari, Bahasa Malaysia sekarang tidak lagi diwajibkan mendapat kepujian dalam SPM macam sebelum sijil terbuka dahulu. Sebagai akibatnya pelajar SPM tidak lagi serius dalam mata pelajaran ini. Memang kalau kita melihat laporan peperiksaan setiap tahun. Mungkin, KPM patut menimbangkan sekali agar, BM menjadi mata pelajaran yang wajib dicapai sekurang-kurangnya C6 sebelum calon SPM dianugerahi Sijil SPM. 

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]