Saturday, June 27, 2009

 

Banjir, Banjir

Pukul 6.45 air bertahan setakat ni.

Apa-apa hal motor kena naik atas kerusi

Kancil ni tak sempat menyelamatkan diri

Jalan Masuk ke Taman Tenggelam


Semua jiran tak bekerja hari ini, tugas membersih lumpur menanti

Satu keluarga dengan anak kecilnya tinggal di pondok tepi sungai Chemor.


Pagi Jumaat, terjaga seperti biasa jam 6.00 untuk menunaikan yang wajib, hairan tengok jiran cikgu Mugam di depan rumah dah bangun awal. Setelah diamati, padang depan rumah dah berubah warna. Segera turun ke bawah dan buka pintu terkejut air telah mula masuk ke tempat letak kereta. Dalam masa setengah jam, air telah paras lutut. Mujurlah lantai tingkat bawah dibina agak tinggi. Punya panik mengenangkan kereta dan motor. Last-last kapcai dinaikkan atas kerusi, CBX tak apa, enjinnya lebih tinggi. So balut dan plaster ekzos agar tak masuk air.

Seorang jiran yang mempunyai anak kecil datang menumpang di rumah kerana rumahnya betul-betul tepi sungai dan dah tenggelam separas pinggang. Saya panggil JPA3 di frekuensi dan memaklumkan dengan harapan dapat mereka membantu, tetapi selepas setengah jam, tiada tindakan walaupun panggilan di terima oleh gerakan JPAM Ipoh. Panggil 999, orperatornya juga gagal menghubungi kedua-dua JPAM dan Bomba. Mujurlah air tak begitu dalam. Kalau tidak bayangkan. Rasa kecewa dengan tindak balas daripada kedua-dua agensi ni. Akhirnya dapat QSO dengan 9W2ZZR yang monitor dijalur subuh ni.

Selepas setengah jam, air pun bertahan, dan kira-kira pukul 8 pagi air surut. Sesiapa yang pernah kena banjir tahu bahawa kerja membersihkan lumpur sangat sukar. Hingga hari ini lumpur masih berada di depan pagar mengotorkan tayar kereta setiap kali keluar dan masuk.

Banjir seperti ni perkara biasa kerana semasa tinggal di Jalan Sg Baru, Kg Baru dari tahun 1990 hingga 1999, setiap kali hujan lebat, mesti banjir. Saya pula tinggal di tingkat bawah flat Sg Baru. Masa tu LRT sedang dalam pembinaan, banjir hanya mainan. Yang menyedihkan setiap kali banjir, majalah roda-roda, buku dan yang paling saya sayang, album gambar menjadi mangsa. Majalah ROda-Roda yang menjadi koleksi saya sejak 1986 habis menjadi mangsa. Sedih, tapi boleh dibeli semula. Album gambaryang disimpan sejak kecil? Itu saja kenangan yang ada. Tambah bila dah tua-tua ni. Tiada lagi bukti hanya sekadar memori. Kata pepatah Inggeris, Young man talk about future because they dont have the past, Old man talk about the past because they dont have future. hehehhe

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]