Tuesday, June 9, 2009

 

Cuti-Cuti Malaysia - Mengimbau Kenangan Silam

Motor ni bila nak sampai Malaysia? kat Rantau Panjang melambak.

Pasar Malam kat Wakaf Cek Yeh boleh terima kad kredit  lagi you

Harmonic saya yang bongsu bosan menunggu hujan bersama ibunya

A dying breed. Pengayuh senja. Dah tak banyak ditemukan teksi ni di Kota Bharu. 20 tahun dulu, jalan KB sesak dengan mereka. Sekarang sesak dengan mobil petrol dan diesel. Memang betul kata pujangga,  masa mampu mengubah segalanya. 

Pasar Besar lama. Atas bumbung ni saya pernah bergambar.

Pasar Besar baru. Pasar Siti Khadijah. Dibina 1985. 2 tahun selepas saya meninggalkan KB
Bangunan yang dulunya Supermarket Kota Bharu.

9W2AKC dan adik serta sepupunya di depan Temenggung Hotel. 

Cuti sekolah kali ini tidak bercadang nak balik ke Langkawi kerana bapa mertua baru saja datang ke Perak dan adik ipar saya pun akan bercuti di Perak. Bila sampai keluarga mereka di Ipoh, hari sabtu terus bergerak ke Melaka, Isnin balik dan selasa menuju ke Terengganu pula. Setelah dipujuk oleh XYL, saya bersetuju untuk turut serta menghala ke Kota Bharu. Kali terakhir ke KB masa mengajar di Gerik tahun 2002 dulu. Dah hampir 7 tahun tak ke KB. Mesti banyak perubahan, takut sesat pula. Pinjam GPS 9W2ZZR. Hari Rabu setelah seorang lagi harmonic saya balik dari Johor, kami bergerak ke KB. 9W2AKC memandu sepanjang jalan. Dapatlah rehat, dan QSO di jalur kalau ada rakan. Malangnya repeater Inas memang down terus. Di Gerik sempat QSO dengan SWLDDI. Geng SMTG, JKZ, MAR, KSG, KBT dan lain-lain tiada. balik kg kut.

Singgah di Tanah merah sempat mencapai repeater local KB 9M4RDA dan QSO dengan 9w2TMK. Bila sampai di KB, cari punya cari, ternampak satu guest house di tepi simpang ke Pasir Mas dekat Wakaf Cek Yeh. Baru perasan, dulu, inilah bangunan menempatkan Maybank di KB/ 28 tahun yang lalu, kami guru pelatih MPKB ambil elaun di sinilah. Masa tu mana ada ATM, naik teksi (beca) tiga amah, kata Pok Cik pengayuh tu. Tak tahu berapa, try beri lima ringgit, Pok Cik tu pulangkan "cucuh" rm3.50. Oooooohhh samah tu 50 sen, ingat-ingat, sampai sekarang. Kadang-kadang bila tak ada duit, berjalan dari KB ke sini, masa tu rasa dekat, jer sekarang ni baru sedar rupanya hampir lima kilometer jaraknya simpang tu dengan Kota Bharu.

KB dah banyak berubah, tapi bila berjalan, yang tak berubah Hotel Temenggung, Pasar Besar (lama), walaupun dah tak jadi Pasar lagi. Teringat kenangan lalu semasa saya, Jailani dari Langgar AS(YDP PGP MPKB), Pak Ya dari temerloh, dan awek Jailani, Anum budak Batu Kikir (Bercinta bagai nak rak, tapi last-last masing-masing kawin dengan orang lain) kami ada ambil gambar atas bumbung bangunan ni, masa nak meniggalkan KB 26 tahun yang lalu. Terjumpa bangunan bekas Kota Bharu Supermarket, teringat lagi,  kat sinilah tempat shopping bila dapat elaun. Masa tu RM345 sangat besar. Siap boleh hantar kampung lagi. Cuma malangnya kerana kesibukan, kesuntukan masa dan jam yang tak habis-habis, tak sempat nak ke Pengkalan Chepa menjenguk "asrama Moral' MPKB yang menjadi tempat menumpang semasa di MPKB dulu.

Tapi sempat juga berjumpa dengan cikgu Suhaimi, rakan pendidik yang dikenali sejak satu dekad lalu apabila kami sama-sama terlibat dalam membangun dan menilai bahan P&P Sekolah Bestari. Beliau orang Baling, tapi balik ke Pasir Mas rumah mertuanya. Sempat kami TT bersama abang Iparnya seorang pendidik juga di SMS Muar. 

Rakan ham di KB ramai, repeater pun banyak, tapi tiap kali panggil di repeter tak ada orang. Last-last masuk jalur panjang. Sempat QSO dengan rakan di Ipoh pulak, 9W2ZAE, 9W2RTH dan 9W2AEK disamping 9W2IKU di Penang. Cuma sempat berjumpa di daratan dengan 9W2TMD di Pasir Mas. Kebetulan lalu di belakang keretanya dan hon lalu kami pun bersalamanan. Beliau orang Kedah yang  dah menetap di Kelantan berbelas tahun. Banyak juga jumpa kereta dengan antena, tapi tak pasti sama ada  memang SWL atau rakan di sini tak suka letak callsign, tak dapat mengenali walau seorang pun di sini. Cuma hari terakhir sebelum balik sempat monitor ustaz Najdi di repeater bersama rakan di KB. 

Semasa balik dari Rantau Panjang selepas membeli dan terus belah, kereta mati pulak tiba-tiba. rupa-rupanya overheat. Radiotar kering terus. AKC langsung tak tengor meter temperature. Mujur kat kampung, tumpang telaga, minta air, tunggu sejuk tambah, oklah. Singgah sebentar di Bukit Bunga bertemu rakan dan juga jiran di rumah mertua saya di Langkawi, seorang anggota UPP di sana. Sempat kempen dia suruh joint geng ham, kerana ramai rakannya juga member ham di Tanah Merah. Balik singgah di Pasar Malam Gerik untuk membeli makan malam.  Sampai di Ipoh jam 1 pagi. Penat dapat, duit habis, Hati puas. Insyaallah cuti bulan 12 ni kita pergi lagi.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]