Thursday, July 2, 2009

 

Durian Baling

Minggu lalu, saya bertugas sebagai Pegawai dalam Kuiz Pengguna Negeri Perak di Chalet Air Panas Pangkalan Hulu. Asalnya cikgu Zaki 9W2ZZR dan saya akan pergi bersama, namun beliau ada tugasan lalu saya kelam-kabut di saat akhir diarahkan PPD Kinta Utara untuk mencari pengganti beliau. Ustaz Najdi pun QRL, kemudian baru teringat Cikgu Nazeri, kaunselor SMK TR yang juga geng CBX baru. Rancangan asal nak ride berdua ke sana tapi setelah menonton berita TV yang mengatakan durian di Baling tak laku, dijual longgok, saya mengambil keputusan untuk memandu ke sana. Boleh bawak balik durian Baling



Kami tidur di Rest House Pengkalan Hulu. Cuba memanggil rakan-rakan di lokaliti tapi tak berjaya. Frekuensi Baling pun belum disetkan dalam rig kereta saya. Telefon 9W2ZRD di IPD Pengkalan Hulu, rupa-rupanya beliau berkursus di KL. Setelah selesai tugasan sebagai pegawai kuiz, kami terus ke Baling. Jumpa dua tiga gerai, durian pun banyak. Akhirnya singgah di gerai ini dan Nazeri terus borong semua sekali. Tinggal dua biji jer tokeh dah simpan untuk rakannya.

RM60 satu longgok. Terus bawa balik.

Dalam perjalanan singgah di sebentar di RR GUnung Inas, amat sedih melihat keadaaannya yang terbiar. Semenjak jalan pintas, Kupang- Gerik dibuka, jalan Baling Gerik ini agak sunyi. RR pun terbiar. Dulu semasa bertugas di Gerik, setiap kali balik ke Langkawi, mesti singgah di RR ni sebab pemandangannya yang cantik. Namun kini keadaannya terbiar begitu saja. Sayang sekali.

Surau pun kotor dan terbiar.

Sampai di rumah, terus kupas dua biji, nyam-nyam tak sedar diri. Esoknya mc kerana demam dan selsema. Pada muka aku.




Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]