Monday, July 20, 2009

 

Hujung Minggu Yang Memenatkan

Mulai Jumaat hingga Ahad, saya dan rakan-rakan ham yang juga jawatankuasa KRS Kinta Utara terlibat dengan kursus kenaikan pangkat bagi anggota KRS di Pusat Latihan KRS batu Gajah. Diketuai oleh Cikgu Ramli 9W2JPN, yang terlibat lain ialah Zaki 9W2ZZR, Azlan 9WS2AKZ, Ustaz Najdi 9W2DFA, Farez 9W2FRZ, Anwar 9W2AWR, Zaidie 9W2ZDE, cikgu Amir dan Ustaz Basri dibantu oleh tiga orang guru YL. Rakan dari Kinta selatan, cikgu Shahori 9w2SOJ dan Cikgu Sharif 9w2SCP pun turut memberikan bantuan, terima kasih banyak..Memang memenatkan kerana terpaksa pula berkejar balik ke Kampung kerana kenduri aqiqah cucu saudara ( Dah jadi datuk dan aku ni). Memang betul kata 9w2WSA, kerja kokurikulum ni kerja gila dilakukan oleh orang gila sahaja. Gila kerana minat. Kalau tak minat jangan harap.

Bantuan 9W2SCP (Sharif Cikgu Perak) dipohon sebagai jurulatih
pengakap untuk mengajar ikatan.

Broker motor, 9W2JPN bergaya dengan Vulcan Man yang nak dijual.

9W2ZZR tengah mencari lagi ZZR, cuba GPX100 dulu.


Sempat bergaya dengan motor SWL Norizman.
Bila 9W2SOJ pun datang beri sokongan dan tugasan, saya faham....

Tapi yang peliknya bila 9W2ZLA hari-hari ada, siang ada, malam pun ada,
apa dibuatnya pun tak tau, ajak duduk sekali, tak mau. Kita tengok la
nanti. Eksklusif di blog ni, tungguuuuu

9W2WSA, Wan Shaiful Akmar, sekalu Penolong Pengarah Kokurikulum
JPN Perak menyampaikan sijil kenaikan pangkat.
Seramai 158 anggota KRS terlibat.



Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]