Monday, July 27, 2009

 

Mencari-cari

Sabtu lalu, selepas LDP di sekolah, terus ke KL seperti yang dijanjikan dengan 9W2JOI untuk mencari alat ganti bagi CBXnya. Setelah menelefon ke sana sini, berjanjilah dengan Suhaimi pemilik Dimana Moto, seorang yang telah banyak membeli motor CBX secara tender sejak dulu lagi. Setelah puas mencari , sampai ke bengkel beliau di Bandar Tasek Puteri Rawang. Orangnya memang peramah. Maklumlah berniaga.

Bengkel Dimana Motor

Tu dia CBX bersusun, janji ada duit. Sapa nak mai.

Dapat no hp tuan punya CBX ni. Tn Haji Abu Bakar Ismail. Bekas Pengarah JP Swasta di KPM. Dapat bercakap dengan dia semalam. Geng motor mesti peramah walaupun tak pernah bersua dan tak kenal lagi. Orang Kulim, lepas pencen dok di Rawang. Baru pusing Malaysia solo jer dengan CBX tu.

Sekali jumpa windshield ni. 9W2CMD dok pesan untuk pasang kat Vulcan dia.

Ni satu-satunya Bangla mekanik motor CBX kat malaysia (ke kat Dunia jugak kut). Siap boleh melawak cakap melayu lagi. Ni motor rakan kelab CBX di KL. Rasanya pegawai BPR. Telah diconvert kembali menjadi model motor asal CBX iaitu Nighhawk. Seat, grab dan bahagian belakang asal daripada Nighthawk, diimpot terpakai dari USA. Begitu juga cover lampu depan. Nampak macam Honda Raider je heheheh. Enjin motor ni macam baru. Licin dan mengancam.


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]