Friday, July 10, 2009

 

Nasi Wangge atau Nasi Gan##

Bagi orang Ipoh, kedai mamak ni memang famous. Sejak saya kecik lagi dah ada, malah dalam kartun Datuk Lat tahun 70an sudah diperkenalkannya. Dulu, ada dua buah kedah sebelah menyebelah bersaing sekarang tinggal sebuah. Masa saya sekolah di SRC dulu, setiap kali ke Pekan (budak sekarang panggil Outing), sebelum balik naik bas Tanjung, ( Tanjung Rambutan sebenarnya) mesti singgah di sini dulu. Sekarang stesen bas Tanjung pun dah tak ada.

Setiap hari waktu tengah hari mesti beratur panjang. Tak tau apa rahsianya. Tapi kari dia memang kaw. Kena pulak sambal kelapa dengan timun. Power..,,, gua cakap lu. Tapi dalam kalangan otai Ipoh, gelaran nasi *#%+@ tu memang famous. Sekali rasa, pasti nak lagi. Kalau Penang terkenal dengan line Clearnya, saya rasa Ipoh punya lagi clear sedapnya. Bagi yang baru nak berkunjung, kedai ni terletak di jalan Yang Kalsom dekat Balai Polis Pekan Baru. Istimewanya (Ni PM mesti suka) kedai ni memang 1Malaysia sedap kedai Cina (jual air) nasi India muslim, pelanggan pelbagai bangsa.

Tengah hari mesti beratur panjang. Kena sabar

Wangge, wangge, kata mamak tu mengajak kita masuk

Mesti penuh punya waktu tengah hari. Deko setail 60an. Nostalgik gitu.

Favourite saya, lauk daging, kuah lebih. Sambal kelapa dia yang buat
ketagih tu.Seorang rakan guru, selepas saya perkenalkan, sanggup
datang dari Slim River hujung minggu untuk makan nasi ni.
Baru RM3.50. Kalau kat KL atau Penang jangan harap!!


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]