Wednesday, July 29, 2009

 

Reading Maketh A Man?

Penulis Inggeris yang terkenal, John Milton pernah berkata, “Reading maketh a man. Sesungguhnya membaca satu hobi yang sangat berfaedah. Saya mula minat membaca ni sejak sekolah rendah. Semua buku abang kakak di Sekolah Menengah saya dah baca masa sekolah rendah, Musafir Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Di Bawah Lindungan Kaabah- Hamka, RSJ, Rentong - Shahnon Ahmad, Suboh - Atan Long, Patah Sayap Terbang Jua, Tembok tidak tinggi A Samad Said, dan buku Melayu klasik, Awang Sulong Merah Muda, Si Suton, Hikayat Malim Deman, Bongsu Pinang Peribut, Misa Melayu Kuno, Sulalatus Salatin, semua selesai masa darjah 4-5 lagi. Masa rehat saya selalu masuk ke stor buku, baca buku-buku lama tu. Bila di Sekolah Menengah Aminudin Baki Chemor, gila baca buku Enid Blyton, masa tu tak pandai BI, baca buku terjemahan saja. Hardy Boys, Tiga Penyiasat semua boleh habis sekali hadap sejam atau dua jam. Jika meminjam buku, mak saya dah tau, balik ke rumah, mesti habis baca dulu, baru makan tengah hari. Bila di SRC baru baca buku yang serius, Saga, Gandaria, Meniti Buih, Terjebak, Keluarga Gerilya untuk pelajar F6 saya baca masa di F4 lagi.

Bila masuk Maktab, baru belajar BI sikit-sikit berjinak-jinak dengan buku BI. Mulanya Harold Robins, tapi dia ni penulis Sastera picisan kata orang, saya tak kisah, janji belajar BI. Begitu juga dengan Sidney Sheldon - tapi dia ni Heronya semua heroin. heheheh. Masa tu baru sedar pentingnya BI, betapa ketinggalannya saya dalam BI. Kemudian-kemudiannya baru kenal Cerita misteri Agantha Christie, Drama Spy, Frederick Forsyth - yang sampai hari ini rasa saya Buku terbaiknya The Devil Alternative di samping The fourth Protocol. Begitu juga dengan Jefrey Archer (sekarang Lord) Lepas tu berubah angin ke Buku Drama Undang-undang Tentunya bermula dengan The Firm John Crisham dan siri 'The' nya yang lain, The Pelican Brief, The Client, The Rain Man dll. Novelis Dan Brown dan Patricia Conwell juga melengkapkan bacaan saya.


Tapi ada satu lagi genre yang sangat saya gemari iaitu non fiksyen khusus history tentang perang Vietnam. Saya pun tak tau kenapa. Mulanya membeli majalah Nam yang dijual di Malaysia secara mingguan masa tahun 1988 dahulu. Lepas itu terdiam sekejap kerana gila baca buku drama undang-undang. Mulai 2000 minat saya kembali ke Perang Vietnam. Pantang ada buku baru di Amazon, mesti beli.


Ni Majalah "Nam" yang mula dibeli, naskah sebenar dah kena banjir kat Kg Baru. Sedih rasanya. Akhirnya terjumpa kompilasinya di Barnes And Noble 5-6 tahun yang lalu.

Buku mengenai Terowong Cu Chi yang terkenal di Saigon ni saya beli di sana semasa melawat terowong itu tahun 2003 dulu.

Buku "Pictorical History" memang mahal, Kulit keras pulak. Kena tunggu
offer kat Amazon atau B&N baru boleh beli.

Yang paling banyak buku yang ditulis oleh veteran tentera America dalam Perang Vietnam. Terasa seperti berada di hujung senjata Vietcong semasa membacanya.

Mengapa saya terpanggil bercerita tentang semua ini? Bukan nak menunjuk-nunjuk saya suka membaca, tapi atas kesedaran betapa ketinggalannya bangsa Malaysia dalam budaya membaca ini. Selain itu, ketika saya menonton iklan jadikan Membaca Budaya Kita di TV, terfikir sampai ke tahap itu kita terpaksa menyuruh orang membaca. Satu ketrampilan yang sepatutnya kita miliki sendiri dalam dunia yang serba mencabar ini. Sukarnya mendidik generasi sekarang untuk minat membaca. Di mana silapnya? Mungkin pengaruh media elektronik. Anak-anak saya sendiri tidak berminat membaca buku selain buku bidang masing-masing. Remaja lebih suka menonton 'kotak bodoh' - daripada berfikir dan berimiginasi untuk membayangkan rupa bilik bawah tanah Saddam Hussein seperti yang diceritakan oleh Jefrey Archer dalam Honour Among Thief yang memerlukan 5 muka surat. Jika ditunjukkan di dalam filem 3 saat sudah cukup.

Atau mungkin juga kerana harga buku yang terlalu mahal. Tak perlu disebutkan lagi. Kalau di negara maju, paperbook berharga 2-3rm, kat Malaysia jangan haraplah. Kita akuilah pasaran kita sangat terhad. Penulis pun tak boleh hidup dengan menulis semata-mata. Tapi kenapa buku import juga dikenakan tax. Susah memikirkannya. Memanglah ada pengecualian cukai Pendapat untuk membeli buku. Tapi khalayak secara umumnya tidak menikmati kelebihan tersebut. Kita terpaksa berkorban terlalu banyak untuk mendapatkan ilmu. Bak kata orang chicken and egg story. Nak turunkan harga baru orang beli, atau ramai orang beli baru harganya turun. Apa pendapat anda?

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]