Friday, July 24, 2009

 

Salah Mat Rempit Juga Ke?

Setiap kali kemalangan melibatkan penunggang motorsikal, mereka dipersalahkan, kerana merempit dan sebagainya. Namun realitinya, kajian Prof Datuk Dr Raden Omar Raden SUhadi (orang Chepor) semasa di UPM membuktikan 65 % kes kemalangan melibatkan penunggang motorsikal bukan berpunca daripada mereka. (Selepas itu diwajibkan menunggang memasang lampu hadapan di siang hari, memakai jalur pemantul pada topi keledar, vest keselamatan dan sebagainya)Malangnya kejadian kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pemandu lain dan menyebakan penunggang motorsikal yang biasanya memang terdedah kepada bahaya, terus berlaku.

Penunggang berbaju biru menjadi mangsa pemandu kurang ajar

Pemandu berbaju biru tu selamba jer, langsung tidak pergi melihat nasib
penunggang malang yang dilanggarnya. Kalau kuturutkan hari.....



tadi ketika dalam perjalanan ke sekolah, saya terserempak dengan satu lagi kemalangan yang berpunca daripada pemandu kereta dan yang menjadi mangsa penunggang motorsikal. Kes berlaku di jalan Kuala Kangsar di selekoh tajam sebelum lampu isyarat ke Klebang Restu / Klebang Putra. Sebuah pickup Hilux yang dipandu laju dari Chemor menghala ke Ipoh, hilang kawalan lalu terbabas ke seberang jalan dan terguling dan terbalik ke dalam semak. Malangnya seorang penunggang motorsikal yang baru balik sembahyang jumaat di Masjid Klebang Restu tidak dapat mengelak lalu melanggar pickup itu. Mangsa cedera parah, kaki kanannya patah dan motornya juga teruk. Seperti ke 9M2EMI pemandu celaka tu tak tak cedera. Mujur ada orang ramai, kalau tidak mesti dah dapat hadiah daripada saksi yang geram

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]