Monday, July 6, 2009

 

To KL and Back

Hari sabtu dah berjanji dengan anak saya 9W2AKC untuk menghantar Panthernya yang ditinggalkan di rumah untuk disiapkan balik ke Kuantan. Saya menunggang seorang ke KL untuk berjumpa dengannya. Alhamdulillah, selamat sampai ke KL tanpa sebarang kerosakan walaupun meter RPM putus pulak. Mula-mula menuju ke SUnny Motor di Jalan Pahang untuk mendapatkan oil seal untuk CBX saya. Rupanya tak ada stok. Kena pesan dulu.Terus ke Sentul seperti yang dijanjikan dengannya untuk menggantikan tayar belakang motornya yang dah mula botak.

Sementara menantikan motor rakannya Faizal dibaiki, kami ke Sri Gombak menghantar rig GM 338 saya untuk diprogram semula oleh pengedarnya Wave Comunication iaiatu 9W2KFC Azmi. Inilah kali pertama berjumpa dengan beliau walaupun dah setahun kenal dan berurus niaga. Semua alatan radio saya beli daripadanya tapi tak pernah bersua muka. Orangnya peramah.

Rambang mata duduk di sini. Baik aku balik cepat.

Azmi sedang eyeball dengan Azmi heheheheh

9W2AKC dan rakan-rakannya di UiTM Kuantan, Aiman dan Faizal

Kemudian Akmal dan rakan-rakanya menghantar saya ke stesen LRT Sultan Ismail. Saya terus ke Pucong Utama iaitu rumah adik saya untuk mengambil Motorola Spectra yang sudah lama sampai dari US. Malam tu seorang rakan CBX dan juga ham yang baru dikenali melalui kelab CBX Malaysia iaitu Isman 9W2CCC datang ke rumah adik saya. Orangnya sangat peramah dan mudah mesra walaupun tak pernah dikenali sebelum ni. Mungkin kerana hobi dan minat yang sama iaitu dunia ham dan juga peminat CBX. Dia bermurah hati untuk membantu program rig tersebut dengan bantuan Pak Tam TUDM. Memang susah nak program rig ni kerana dah ketinggalan zaman. hehehhe. Isman juga bermurah hati memberikan saya kabel rig untuk dipasang di CBX. Motor beliau belum siap lagi.




Hari Sabtu LRT kosong, kalau tidak...

Kali terakhir sampai ke Stadium Bukit Jalil, mengiringi pelajar saya di MBS KL untuk persembahan pembukaan Sukan Komanwel SUKOM 1998 sedekad yang lalu

Nippon yang berjaket merah tu. Siap sandang Paint Ball
marker kat belakang macam nak pergi memancing.


Hari ahad pagi saya ke pejabat beliau di Pucong Utama. Di sana berjumpa dengan rakan-rakan beliau yang bersiap nak pergi berperang bola cat di Kapar. Kebanyakannya rakan ham. Beliau Usahawan Mesin Vending seluruh lembah Kelang. Ofis beliau pun ada antena. Malah semua kenderaan syarikatnya ada radio. Kata company dia ada repeater sendiri. Ketika sedang minum bersama beliau, dapat berkenal dengan 9w2ABC Rosli, 9W2JTO Suhadi dan 2 orang rakan. kemudian datang seorang rakan ham yang biasa saya QSO dan dengar audionya di jalur Panjang dan pernah di 9M4RIP iaitu 9W2NPN Muklis atau lebih dikenali dengan nama Nippon . Dengar audio mantap dan bertenaga, rupa-rupanya orangnya masih muda belia, kecil molek dan hansem bergaya. Memang rakan ham di mana-mana saja mudah mesra.


Ni Barang yang dipesan di ebay hampir setahun yang lalu. Asalnya penjual nak pos ke Malaysia dari Texas kena USD500. Mahal giler. Mujur adik saya ada di LA masa tu. Dia yang bawak balik dgn shipping bersama-sama barang-barang keluarganya yang lain. Selamat RM gue heheheh. Thank you sis. Dah lama sampai di rumahnya. Namun kini baru ada peluang nak ambil dari rumahnya di Puchong untuk dibawa balik ke Ipoh. Radio Spectra W5 4 buah telah diberikan pada Isman untuk diprogramkan. Nak bawak balik ke Ipoh naik bas terpaksa masuk dalam beg troli. Sampai tercabut handlenya masa nak tarik naik tangga Puduraya. Tak apa. Janji sampai.
Hajat hari nak pergi juga kenduri durian 9W2MPB. Makan free, sapa tak nak. Dah berjanji dengna 9W2TTR dan 9W2CMD nak naik motor sebelah petang ke Manong. Tapi sampai ke rumah dah lewat sangat. Tak larat nak ride. InsyaAllah lain kali, sampai.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]