Tuesday, August 18, 2009

 

Konvokesyen UTM ke-43

Dari 16 hingga 18 Ogos 2009 Saya dan keluarga berada di UTM Skudai, Johor untuk menghadiri konvokesyen anak sulung saya. Genap 19 tahun yang lalu, saya menerima Ijazah dari UM. Pada masa itu, Along baru berusia tahun lebih, 9w2AKC baru 7 bulan. Kini tiba giliran mereka pula. Sebagai Ibu bapa, kami berasa amat berbangga dan bersyukur atas kejayaan anak-anak.

Sepanjang dua hari di sini, cuba juga mencapai repeater lokal, tapi di jalur JASRA langsung tiada feddback. Di Marts juga tiada jawapan. Selama dua hari di sini, langsung tidak berjumpa sebarang kenderaan ber antena. Di Pesta Konvo UTM ada gerai kelab ham UTM, tapi mungkin kerana kami pergi awal, belum berpenghuni.


Anak Sulung saya Anis Zafirah memang cepat dalam segala hal. Ketika setahun lebih dia telahpun mendapat adik. Jadi dia cepat berdikari. Umur setahun lebih dah boleh ke bilik air sendiri dan tak perlu pakai napkin. Semasa berusia tiga tahun lebih dia dah ke sekolah tadika di Masjid Kg Baru KL. Masuk ke UTM selepas SPM di bawah Skim Pelajar Cemerlang MRSM dan grad sebulan sebelum berumur 21 tahun. InsyaAllah hujung tahun depan dia akan menamatkan pengajian Master Sainsnya dan menjadi seorang pensyarah sebagaimana yang diimpikannya sejak dulu.

Semoga kejayaan ALong mereka akan menjadi pendorong kepada adik-adiknya. Akmal InsyaAllah akan menamatkan pengajian undang-undangnya 3 tahun lagi. Amirah lebih berminat pada bidang perakaunan, Asyraf dan Zakirah masih belum jelas.








Ada gerai mcmc, sempat bergambar dengan Hilux mcmc jer.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]