Tuesday, August 11, 2009

 

Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS Perak

Kursus berkenaan telah selamat dijalankan di Pulares (Pusat Latihan KRS) Batu Gajah. Kursus tersebut sepatutnya diadakan di Lata Guar Manong tetapi dipindahkan ke Pulares kerana kes kehilangan Siti Aishah yang menyebabkan kawasan tersebut ditutup untuk kerja-kerja SAR. Seramai 193 orang Staf Sarjan KRS seluruh Perak berkumpul di Pulares. Daerah Kerian tidak dibenarkan menghantar anggota kerana dikuarantin akibat kes H1N1. Tapi cikgu Miji 9W2MIG tetap terlepas kuarantin heheheheh, jangan mare aaa Jii. Nanti kita pi konvoi hang boleh bawak CBX aku. Daerah Hulu Perak langsung MIA tak dapat dikesan pegawai mahupun anggotanya.

Anggota diuji dari 7 aspek iaitu kawad, ikatan, ikhtiar hidup, kecergasan, bantu mula, keusahawanan dan pengucapan awam. Saya bertanggung jawab sebagai penguji ikhtiar hidup. Dalam bahagian ini, anggota dikehendaki menangkap ikan keli, menyiang dan memanggangnya. Memang lucu melihat telatah remaja 16 tahun yang tak pernah ke dapur, memegang pisau, menyiang ikan, memanggang dan kemudian makan ikan keli tu. Saya yang menjadi hakim bahagian memanggang terpaksa merasa 193 ekor ikan keli dalam masa dua hari!!!!! Macam-macam fe'el (bukan feel). Ada yang kata allergic pada ikan keli bila disuruh menghabiskan ikan yang dipanggangl. Kalau sendiri pun tak sanggup, camna orang lain yang disuruh merasa ni? Ada pula yang kata allergic asap. Camno? Tak dapek den nak menolongnnya

Kalau tengok ikan yang dipanggang, memang tak ada yang layak dibuat
menantu, nanti tak makan anak aku

Terjerit-jerit geli pegang ikan keli. Kat belakang tu 9W2ALG

Kawad Ikan keli Part 1

Patut tangkap ikan keli dalam sungai Manong, ni improvisasi la kira.

Komando ikan keli

Kawad baru KRS, kawad Ikan Keli part 2, diperkenalkan oleh Kapt Zaki


Chief Ikan keli membuat laporan


He's aint heavy, he's my brother


Mana kelibat 9W2ZLA tak nampak ni. Tapi YL ada kat sini. Sijil
disampaikan oleh Tuan KS Kolonel KRS Haji Mohd Idris
diiringi Pengelola KRS negeri Perak 9w2RKK Major Meor Mohd
Roslan dan PT KRS Perak Major KRS Mohd Ali (9W2CFU)

Peserta dari LMS. Dua dari kiri Kapt 9W2SMR (Saya Mohd Roslan)


Apapun tahniah kepada 45 orang pegawai Waran 1 dan 11 yang telah berjaya melepasi ujian. Kepada yang tidak berjaya, jadikan ini satu pengajaran dan cabaran pada masa akan datang.

Bagi anggota kadet yang bertanyakan gambar, jawapan saya, itu kena tanya Kapten Ramli, dia yang kata nak beri, sampai hari ini, habuk pun tarak. Ini semua gambar hp saya jer.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]