Monday, August 10, 2009
Nighthawk 650 dari Manjung
Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke PULARES Batu Gajah, ternampak sebuah CBX 650 di tepi jalan. Nampak macam kerosakan. Selepas menghantar pelajar saya berpatah balik dan berkenalan dengan pemiliknya. En Zainon, seorang pensyarah di Uitm Seri Iskandar. Motor dah lama beli tapi baru berjalan. Setelah di belek-belek, rupa-rupanya paip petrol ke karb tercabut. Apapun semuanya ok. Lepas ni bertambah lagi member CBX .

biasalah motor dah lebih dua puluh tahun
Di Pulares keesokan harinya, Cikgu Aziz SMT Seri Iskandar yang juga seorang pegawai kanan PSTD datang naik Vmax 1200nya. Saya pun mencuba kerana tak pernah ride walaupun dah lama kenal motor ni. Memang powerfull. Torgue dia boleh buat penunggang tertinggal, motor pergi dulu. Tapi, dah adat bikers, tak pernah puas, ini pun nak jual katanya. 9W2MIG cikgu Tarmiji yang baru beli Virago 535 dah mula pasang angan-angan nak bodek XYL, nak tukar ke Vmax pulak. Ambik Ji, jangan tak ambik.
Subscribe to Posts [Atom]
Post a Comment