Monday, October 19, 2009

 

Akhirnya Saber ku memancar

Saleh 9W2SHB dibantu harmonicnya Syafiq sedang beraksi

9W2SUF pun nak join kelab batu bata

Akhirnya setelah setahun dua bulan saber ni saya beli di Palomar CA, 8 bulan diterima di tangan, barulah dapat memancar melalui repeater PARTS sebentar tadi. QSO pertama menggunakan batu bata ni dijawab oleh 9W2ZLA. Pelbagai rintangan dihadapi sehingga saya naik give-up. Mula-mula radio dibeli, setelah dibayar melalui Paypall, saya terlupa memberikan alamat adik saya di San Diego. Mujurlah penjual seorang yang jujur. Selama 4 bulan dia menyimpan radio itu. Setelah dibawa balik, tiada program walaupun telah mencuba membeli atau mencarinya. AKhirnya 9W2SHB ketemukannya di Indonesia melalui China yang sebenarnya berasal dari Rusia. Bila dah ada program berasaskan DOS, perlukan komputer dengan prosesor berasaskan 486 atau lebih lama. Jenuh cari di Internet. Semua orang heran buat apa komputer kuno. Semua dah buang ke tong sampah. Terima kasih sekali lagi kepada 9W2SHB yang telah bersusah payah merogel pc klasik pentium mmx100nya yang telah disimpan dalam kotak selamat hampir 6 tahun. Dia juga yang menggodek akhirnya berjaya juga dibaca. Semasa nak diprogramkan tiba-tiba bateri habis. Bila dibuka error. Kecut perut, Ingat dah jadi batu-batu yang termahal di dunia. Mujurlah ada backup. Lega. Apapun lepas ni sapa nak join kelab batu bata di Malaysia. Kat ebay ada satu lagi. ada member tengah bidding. Dapat nanti, kita bergaya dengan batu-bata motorola

Labels:


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]