Thursday, December 31, 2009
Selamat Tinggal Poi Lam
Hari ini genap 4 tahun 4 bulan saya berkhidmat di SMJK Poi Lam Ipoh. Mulai Isnin depan, berpindah pula ke SMK Dato' Hj Mohd Taib yang hanya 3 km dari rumah. Walaupun saya sudah selesa dengan budaya kerja di SMJK yang tidak banyak kerenah, kurang birokrasi , namun saya tak betah di satu tempat terlalu lama. Di SM Teknik Gerik pun saya hanya tahun 4 tahun 6 bulan juga walaupun sudah menjadi penolong kanan, kuaters bertaraf banglo, suasana kerja yang selesa dan berprospek, namun saya masih tak sanggup tinggal lama di satu tempat. Mungkin kali ini, saya akan kekal di sini selama 10 tahun 11 bulan lagi perkhidmatan sebagai pendidik.
Thursday, December 24, 2009
9W2DPL dan MIG dapat CBX
Semalam ke KL bersama cikgu Zaudi 9W2DPL dan Cikgu Tarmiji 9W2MIG untuk menjenguk CBX mereka berdua. Saya telah berjanji dengan 9w2DXN Khairudin Melaka untuk menghantar Motorola Spectra untuk dia dan 9W2TOL. Pertama kali berjumpa Din namun rasa macam dah kenal lama. Tapi terlupa pulak nak ambik gambar.
mendengar bunyi CBXnya. Merdu sungguh heheheheh
nampaknya rezeki hang la Ji. Apa lagi. cover CB4 pun dah dapat,
nanti projek kita boleh jalan bulan depan.
untuk dihantar kepada cikgu Ishak 9W2CAP (Cikgu Aq Pendang).
Dia kata dua minggu siaphehehehe.
Labels: Honda CBX
Thursday, December 17, 2009
Konvoi RAE Transkrian
Semalam bersama-sama 6 rider lain kami ke Transkrian untuk meraikan rakan-rakan yang ambik RAE. Asalnya Pak Ya Zhepyr dan ROsli ER6 nak pergi, last minit kensel. Tahun depan kena ambik lagi la. Motor meragam pulak. Maklumlah dah 6 bulan tak jalan. Satu plag out. Kena pergi Medan Kidd, DPR 9EA tak ada pulak, pakai no 8 aja. Alhamdulillah motor bergerak lancar. Dapat lah lari habis meter sekejap heheheheheh. Maklum nak ikut FJR1200 kena la layan lebih. Tapi kesian Cikgu Mat CMD dan Din Kuetiaw yang bawak Easy rider. Jadi masa pergi maintain speed limit. Bergabung dengan konvoi Kereta Parts di Hentian Semanggul sebelum pekena nasi lauk ayam kampung goreng berempah di Parit Buntar. Berasap.
Tu dia ayam kampung goreng berempah

Ready nak bergerak
9M2MRL Haji Mat Nor dgn FJR barunya. 73 nombornya
9M2SY bernasib malang sedikit. Semoga Raden bersabar
Di USM sempat berjumpa rakan-rakan dari seluruh Utara yang hanya biasa qso sekali sekala dan di alam siber. Pertama kali jumpa Amirul 9W2AXS dan 9W2KKK dari Sik, macam 9W2NPN orangnya muda belia, sebaya anak saya. Jumpa abang saya yang bertugas di Dewan Besar, sempat naik ke bilik kawalan tengok rakan-rakan ambik periksa dari atas.
Rakan sedang menghadapi RAE. Tak clear dari bilik Kawalan Dewan.
Kemudian cikgu Miji 9W2MIG geng KRS dan Motor ajak singgah rumahnya di Bagan Serai, selepas bersembang dulu. baru ride balik, kemudian ditimpa hujan sekejap tapi dapat layan juga di Plus. Tiba di Ipoh jam 6.30 petang.
Labels: Honda CBX
Tuesday, December 15, 2009
Perkahwinan 9W2ZLA
Selepas balik kenduri berkejar ke KL, tak sempat dan update blog. Ni foto masa rakan-rakan Parts berkonvoi ke Parit. Ramai rakan yang pergi lebih 40 orang ahli Parts. Jenuh menunggu pengantin. Rumah 4 kilometer je jaraknya. Apa dibuat lambat ntah le. Apa pun selamat pengantin baru cikgu Azizal. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Ingat pesan Pak Lope hari tu hehehehe.

Labels: Parts
Saturday, December 12, 2009
Siapa Nak CBX

Ni motor 9WeDPL Cikgu Zaudi. Barang semua ada. Semalam mekanik telefon saya,
pasang bateri baru, terus hidup. Tak sabar Zaudi nak tengok motornya
pasang bateri baru, terus hidup. Tak sabar Zaudi nak tengok motornya
WEF ni tak ada orang lagi. Tapi starter dgn rectifier tak ada. Boleh cari punya.
Yang ada tulis polis WEL8769 tu rakan web saya dari Kedah Sopi dah book.

Labels: Honda CBX
Subscribe to Posts [Atom]