Thursday, February 18, 2010
Setinggi-tinggi terbang bangau...
Akhirnya ke belakang kerbau hinggap jua, begitulah pepatah melayu Lama. Sejak 1981 saya berhijrah keluar dari kampung Ulu Kuang Chemor, ke Pengkalan Chepa Kelantan, kemudian 1984 ke Pulau Langkawi, 1987 ke Kuala Lumpur, 2000 ke Gerik hinggalah 2005 kembali ke Chemor. Walaupun dalam tempoh itu setiap kali cuti sekolah dan perayaan, pasti balik ke kampung berjumpa orang tua, tapi tak pernah menjelajah di kampung sedangkan masa kecik dulu, seluruh ceruk kampung saya pergi main perang!!!! hehehhe. Apabila awal tahun ini bertukar mengajar di SMK Dato Mohd Taib Chemor, saya mendapati ramai pelajar saya anak-anak rakan sekampung atau pun saya kenal ibu bapa atau datuk nenek mereka. Lalu timbul keinginan untuk meronda kampung.
Cuti Raya China apabila sekali lagi semua adik beradik berkumpul, saya mengambil peluang menyusuri sungai Kuang yang telah 40 tahun tidak dituruni. Semasa kecil di sekolah rendah dulu, setiap petang saya dan emak saya akan ke hulu sungai Kuang untuk melanda (mencari bijih timah dengan mendulang).Sungai Kuang tidak seperti dulu, airnya sudah cetek, akibat pembalakan di hulu. Malang sekali kerakusan manusia memakan diri.
Malangnya inilah sikap rakus manusia yang menjadi punca sungai semakin
cetek, keruh, dan tiada lagi ikan seperti dulu.
cetek, keruh, dan tiada lagi ikan seperti dulu.
Labels: famili
Subscribe to Posts [Atom]
Post a Comment