Monday, March 29, 2010

 

Hujung Minggu yang sibuk


Bermula pada pagi sabtu dengan Hari Anugerah Cemerlang yang tamat pada tengahari diikuti pula mesyuarat PIBG. Seperti biasa, guru baru kena jadi AJK saya pun terpaksa rela dijadikan Setiausaha PIBG. Hentamlah Labu.


Balik ke rumah berehat sekejap lepas maghrib terus ke Nasi Ayam Kampung Eyeball dengan rakan PArts bersama pihak SKMM Pejabat Wilayah Utara bagi meraikan mereka. Habis eyeball terus ke Hotel seri Malaysia buat persiapan terakhir untuk Seminar Radio Amatur Negeri Perak pada hari Ahad 28hb.



Pukul 7 pagi ahad, saya dah ada di dalam dewan untuk buat persiapan terakhir, menjadi pengacara bersama-sama 9W2KLA. Seminar memang berfaedah kepada semua rakan ham. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 175 orang perserta. Satu jumlah yang paling besar setakat ini, menurut SKMM. Ramai juga yang hadir kerana nak eyeball dengan rakan-rakan seluruh Perak. Memang meriah kerana ada rakan-rakan yang dah lama tidak ditemui seperti 9w2SBQ, AFR,DGG dan lain-lain.




Sebaik-baik selesai makan terngah hari dan pada pukul 2.30 petang saya diajak oleh Penyelia Kokurikulum PPD Saudara Ramli ke 2 Briged Rejimen Renjer di Kem Syed Putera untuk memantau latihan menembak oleh PKBM STAR dan SMK RP Bainun yang dalam pemilihan ke perkhemahan negeri. Berpeluang menembak 5 kelopak,masa sendiri, jatuhan piring dan tembakan bebas. Kali terakhir menembak Steyer semasa passing Out Pegawai KRS SM Teknik Negeri Perak tahun 2001 di Kem TLDM Lumut dulu. Masa dalam PVR di KL setiap tahun kami ada latihan menembak pistol di Subang dan M16 serta MP5 di Kuala Kubu Baru. Bila dan berhenti PVR, peluang ni jarang dapat. Jadi tak lepas kan peluang walaupun terpaksa meniarap pakai baju batik heheheheehh
Sementera itu berpeluang melawat bahagian dalam kem. Masa di SMK Raja Chulan tahun 1978-79 dulu, setiap malam terdengar bunyi tembakan dan nampak flares yang digunakan oleh ATM dalam latihan di sini. Selepas lebih 30 tahun baru dapat masuk ke tempat yang sebenar. Berpeluang melawat survival vilage 2 Renjer di sebelah padang Sasar. Memang mengujakan
Selain binatang liar peliharaan untuk tujuan latihan dan pameran, terdapat juga pondok hutan, dan peralatan untuk hidup dalam hutan seperti perangkap dan sebagainya.

Apabila melihat perangkap ini teringat , teringat lawatan saya ke Ho Chin Minh atau Saigon beberapa tahun yang lalu. Lawatan ke terowong Cu Chi memperlihatkan iltizam Viet Cong untuk membebaskan negaranya daripada penjajah walaupun dalam kesengsaraan yang tidak terhingga. Cara yang sama ditiru oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.

Ran ni pernah kami adik beradik bina di dusun untuk menunggu durian. Terpaksa dibuat tinggi kerana takut Pak Belang yang sama-sama mencari durian heheheh

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]