Tuesday, October 27, 2015

 
Catatan Nostalgia 2
Bila nak raya 40 tahun dulu, mak yang paling sibuk. Pagi menoreh getah. Petang jahit baju raya kami adik beradik guna mesin jahit Singernya yang setia. Masak pula juadah berbuka. Mesti ada kuih, badak berendam? puteri mandi?, tepung talam? seri muka? buah melaka? kacang aja. Mesti ada satu lagi bubur ka, mi, laksa serawa ka. You name it she can cook it. No problem. Talk about multi tasking- she done that long before us. Kuih raya semua mak buat sendiri , putu kacang, ( kacang ditumbuk dengan tangan atau lesung kaki), kemudian ditempa dengan acuan,bila dah siap, jemur dalam talam tengah panas ditutup selendang opah. Bila mak buat kuih bahulu- kenalah pukul telur dengan tangan (hahahaha -seksanya siapa kena giliran tolong mak selalunya bertolak tolak dengan abang Rozaini dan kakak Roslina ) dan lepas tu dimasak pakai oven orang kampung, (tin minyak tanah yg dibelah dua- bahagian bawah diisi pasir -kreatifnya orang zaman dulu - letak zink dan sabut di sebelah atas,) kuih bangkit / bakar, kuih makmur, kuih sepit bakar pakai tempurung. Kegemaran saya biskut Arab/kuih makmur yg dimasak dengan penuh kasih sayang ibu takkan dapat menandingi rasa sejuta kuih lain.
Zaman tu susah. Nak dapat lauk raya, Petang sebelum raya bapa pergi ke hutan berburu ayam hutan. Dapatlah 3, 4 ekor buat rendang. Hari hari biasa jangan mimpilah nak makan ayam atau daging macam sekarang. Kalau ada rezeki lebih, dapatlah beli daging masak bersamah. Specialnya resipi tu, sampai hari ini saya belum pernah jumpa lagi rumah org lain yg ada masakan daging bersamah semasa raya.
Bila saudara mara yg berada datang bawa sebekas kuih moden - semperit, biskut jawa tin, biskut kacang itulah baru kami adik beradik merasa.
Kini mak pun dah tak larat. Masakan pun tak jadi macam dulu, katanya. Zaman ini semua main beli, pakai order, nilai tradisi, roh hari raya tu dah semakin pupus. Anak anak hari ni jangan kata makan, dengar nama kuih bangkit, kuih bahulu, pun tak pernah. Mengacau dodol sampai lapan jam jangan harapla. . Kuih raya sekarang pun rasanya sama, bahannya sama, nama aja glamer, Almond London, I tell you, tapi buat nu ceruk kat Tok Kun, harga pulak tu mahal nak mampus. Tak kuasa aku. I stick with my mom's bahulu and kuih makmur, thank you.


Friday, October 9, 2015

 
Catatan Nostalgia.1

Dua hari sebelum Raya Haji tahun 1987, masa tu saya baru berkahwin beberapa bulan dan sedang cuti belajar di UM. Kami menumpang di rumah kakak saya di Taman maju Jaya Cheras. Kakak Roslina dan abang Di dah balik beraya ke Besut. Malam tu, saya menghantar isteri ke PuduRaya utk balik ke kampung sebab dia asyik menangis teringat kampungnya di Langkawi. Maklumlah umurnya baru 19 tahun dan kali pertama berpisah dgn keluarga dan tak dapat beraya bersama-sama. Saya hanya sehari tak ada kuliah dan bercadang nak balik sendirian esok paginya ke Chemor. Selepas menghantarnya dan bas ekspres bergerak saya pun balik ke Cheras. Pukul 2 pagi lebih kurang saya terkejut daripada tidur apabila sebuah kereta peronda Polis membunyikan siren depan rumah. Apa hal pulak?. Takkan kena serbu polis kut? Seorang anggota keluar dan bertanya saya, "Ini adik encik ke?" Saya keluar tengok isteri saya dalam kereta. Terpinga-pinga saya tak tau nak jawab apa. Dah la tengah mengantuk. Saya pun mengangguk aja. "Dia sesat di Rawang" kata polis tu. Bila dah masuk ke rumah saya pun bertanya "Awatnya?" Isteri saya kata " Pah rindu kat abang!" Hahahaha. Kesian isteriku. Rupa-rupanya dia menangis tak henti-henti dalam bas sebaik saja bertolak dari PuduRaya sampai kakak penumpang di sebelahnya hairan. Tiba di Rawang dia dapat idea minta driver berhenti depan balai Polis Rawang dan turun berjumpa anggota bertugas. Pandai pula mengadu pada polis kata dia sesat dan tersilap turun bas. Polis tu tengok Awek cun menangis terus percaya dan minta sebuah patrol car hantar dia balik rumah 'abang' di Cheras. Kesimpulannya kalau sesat nak balik cari polis Hehehe. Apapun esoknya kami balik menaiki bas (zaman tu cikgu Maktab mana mampu beli kereta- dah la gaji separuh sebab cuti belajar) ke Chemor. Lepas Raya Haji barulah dia balik ke Langkawi menaiki bas dari Medan Kidd Ipoh. Kali ni saya dah pesan siap-siap. Jangan turun mengadu kat polis lagi!

Tuesday, June 11, 2013

 

The Real Mat Rempit

Selalu sangat orang bertanya, dari kedai kopi sampai ke Parlimen, di TV, menteri la, profesor la, penganalisis jenayah la, semuanya cuba menyentuh siapa Mat Rempit. Tapi semuanya sembang jer. Siapa pun tak tau siapa sebenarnya Mat Rempit. Ada yang kata jangan beri gelaran Mat Rempit tapi dia sendiri tak tau asal usul Mat Rempit tu. Ni saya perkenalkan, orang yang bertanggung jawab memperkenalkan Mat Rempit ke mata Dunia. Melalui kartunnya di Majalah Roda-Roda pada 1998, beliau memperkenalkan Watak Mat Rempit yang berdasarkan dirinya sendiri. Kemudian Wan K seorang pengacara TV7 menggunakan istilah itu dalam laporan Edisi Siasat lalu terkenalkan istilah Mat Rempit itu. Kami pernah bertugas bersama-sama di SMT Gerik 10 tahun yang lalu. Persahabatan itu masih terjalin walaupun tidak lagi di sana, sebabnya minat yang menebal terhadap dunia motorsikal. Beliau memang berbakat besar dalam bidang seni.

Inilah dia saudara Halim Hassan @ Mat Rempit Original sedang mengintai CBX saya


Ni hasil lukisannya selepas 1 jam

Mat Rempit original sedang beraksi melukis CBX saya.


Ni logo Konvoi Parts ke Utara nanti

Kalau nak berkenalan boleh ke facesbooknya. Cari ajer Halim Hassan

Labels:


Monday, June 21, 2010

 

Welcome to The Group Farhan WEF 5272

Sabtu baru ni, seorang lagi rakan baru joint group CBX di Ipoh. Motor bekas pelajar saya di SMJK Poi Lam yg sedang menuntut di Kolej Tentera Udara A Setar dah siap dibaiki oleh mekanik Sunny Tung di Kuala Kangsar. Orangnya pemalu, nak ambik gambar pun tak mau. Takut awek marah kut. Motornya antara yang mula-mula dipilih daripada kumpulan tender bulan 11 lalu. Kos beli, pengangkutan dari KL ke K.Kangsar dan baiki tak sampai 9 ribu. Lengkap semua kecuali siren.


Labels:


Monday, May 31, 2010

 

Dah dapat satu lagi Batu bata.


Sebentar tadi dah dapat satu lagi Saber iii. Harga pun menarik, complete set macam saya punya, cuma bukan System Saber macam 9W2SUF. Saya bid sekali saja terus dapat. Ingatkan tak dapat dah sebab selalunya saber iii memang dapat sambutan hangat. Kebetulan ada kelas, jadi bid awal. Bila check balik bidding time dah tamat. Sekali, dah dapt. Nasib baik betul. Dah offer 3-4 rakan yang sebelum ni selalu bertanya nak join Kelab Batu Bata , tapi hanya seorang yang respon. Member pun minggu lepas terlepas saber ii, rupanya memang rezeki nak dapat Saber iii, lagi berbaloi. Apapun kita tunggu seminggu dua lagi siapa yang kena...

Labels:


Saturday, May 29, 2010

 

Dah sampai, dah lengkap.





Selepas menunggu dua minggu baru sampai desk mic ni. Ingatkan kena kencing dgn Mat Salleh Red Neck dari Virginia ni sebab tray speaker yang dioder kemudian pun dah sampai. Walaupun lama tapi tak pernah digunakan dan macam baru.






Ok, base set up dah siap. Motorola Spectra, desk mic HMN1050C dan speaker tray HLN6042A, power suply Hammax PS306FX. Kecuali power suply yang dibeli di Hotel Siera Nine oleh 9W2DKR, semua peralatan motorola dibeli 2nd hand di ebay. Harga asal baru di US dlm USD3000 lebih 10 tahun yang lalu. Jika sanggup menunggu dan berusaha sikit, berbaloi-baloi.









Sunday, May 16, 2010

 

Selamat Hari Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Selamat Hari Guru dan ribuan terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua guru saya yang memperkenalkan saya menulis dan membaca sejak 1969-1974 di SK ulu Kuang, SABC Chemor1975-77, SRC Ipoh78-79,MPKB Kelantan 1981-1983 Universiti Malaya 87-90 dan IAB 04-05. Jasa cikgu semua kukenang ke akhir hayat.

Juga tidak lupa semua guru yang telah dan sedang mendidik anak-anak saya hingga menjadi manusia di SK Jalan Raja Muda Musa Kg Baru KL, SK Hj Mahmud Chemor, SK Batu 4 Gerik, SMK Bt 4 Gerik, SMK Aminudin Baki, Chemor, MRSM Gerik, MRSM Transkrian, MRSM Balik Pulau, UiTM Kuantan dan Shah ALam dan UTM Skudai. Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya.

Buat semua rakan setugas di MPKB 81-83 Sek Mahsuri Pulau Langkawi 1984-1987, MBS KL `1990-1999, SM Teknik Gerik 2000-2004 SMJK Poi Lam Ipoh 2005-2009 dan SMK Dato Hj Mohd Taib Chemor, Selamat Hari Guru, teruskan usaha murni anda semua walau apa pun yang terpaksa dilalui.



This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]