Wednesday, April 29, 2009
Duit Duit di manakau duit
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab? Kata orang kampung saya, there are only two thing that certain in this life, death and income tax. Hehehheheh. Biasalah orang Malaysia suka buat last minit. Pada hal penyata dah sebulan lebih dapat. Asyik tangguhjer. Bila depan pc, ingat benda lain, tax lupa pulak. Tahun lepas pun ngam-ngam lagi 3 jam sebelum expired saya filekan. Nampaknya tahun ni pun serupa. Hari semalam baru bergelut, nak efilingkan tax tahun lepas. Sekali, semua down. Tadi tengah hari line ok, lupa pulak password. Ni dah jumpa password, dah balik server hasil.gov.net sibuk balik. Nampak gayanya kena pergi cc tengah malam ni kut baru boleh filekan tax. Apapun duitnya dah berbayar tahun lepas pasal ada PCB. Tapi kena tambah jugak nampaknya.
6.30 pm. Nampaknya tak selesai jugak. Asyik hanging jer.
9.30 pm. Lepas check net, pergi base 9W2SHB, ada tugasan, try pc dia. tu dia 2G ram. Tapi masih slow gilos. Sampai pukul 11.30 masih tak jalan. Last-last minta tolong Saleh. Pukul 1.00 dia call dah submit. Lega. tahun depan buat lagi last minit punya kerja ni.
Saturday, April 25, 2009
Hari Yang Sibuk
Pasukan ITF Tae Kwando SMJK Poi Lam
KRS dengan kawadnya
Gerai Pameran Parts dijenguk pelawat
9W2NIM pantang jumpa radio mesti ambil gambar punya.
Motorola Spectra W4 yang digunakan bomba. Banyak jual kat ebay kalau berminat.
Para Hadirin yang hadir
9W2ZCB, Nizam, 9W2TUO Safar dan 9W2SUF Sufian bercadang
nak beli ST ni bila bomba lelong nanti
Exco Perak menyampaikan ucapan perasmian
Cikgu Yin 9W2YIN bersama XYL 9W2YZB dan harmonic sudah cukup menjaga gerai
Sufian 9W2SUF memberikan penerangan tentang repeater Parts
Menerima Kehadiran VIP, yang berbaju Merah ialah Pengarah JKJR Negri Perak
Turut hadir 9W2WSA Wan Shaiful Akmar Penolong Pengarah Unit Kurikulum JPN Perak
9w2NIM Menerima sijil Penghargaan daripada ASP Shafie dari IPK Perak
(Semua foto Pameran oleh 9W2NIM)
Hari ini memang sibuk sedikit. Parts dijemput mengadakan pameran RA sempena Pelancaran Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah peringkat Negeri Perak di Sekolah Menengah Tasik Damai. Pada hari yang sama sekolah saya menganjurkan Sukan Tahunan. Terpaksa memohon kerjasama rakan-rakan AJK dan rakan Parts yang lain untuk menjaga gerai Parts. Rakan guru pun sibuk hari ini kerana semua ada aktiviti yang telah dirancang. Mujur 9W2NIM, bersama 9W2SUF dan Bendahari 9W2YIN bersama keluarga dapat meluangkan masa. 9W2ZCB Nizam pun bersedia meninggalkan tugasan membantu. Mujurlah ada rakan-rakan. Rakan lain yang turun hadir dan memberikan kerjasama termasuklah 9W2ZZR, 9W2TUO, 9W2ZAE dan 9W2AEK yang hadir di penghujung program.
Belum pun habis acara di Stadium Perak, saya berkejar ke Pameran Parts. Sebaik sampai, perasmian baru disempurnakan. Sempatlah berjumpa rakan-rakan dan pelawat sekejap. Memang beruntung kerjasama rakan Ham dan Ahli Parts di Ipoh sangat baik. Apapun syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan yang hadir memberikan sokongan dan bantuan.
Friday, April 24, 2009
Yeaaaa, bertambah sorang lagi geng CBX
Yeah, dapat bini baru... WBQ, kira umur baru masuk 20 tahun heheheh.
Bro Rahman masih steady. Biasalah orang baru pencen
Meter dan bahagian depan jer yang belum sempurna lagi.
Hari ahad yang lalu, sorang lagi rakan dari Chemor berjaya mendapatkan CBX yang diimpikan. Bro Rahman baru pencen dan biasalah orang pencen mesti ada hobi baru, takkan nak tambah dapur. Dah ada dua dah,,, hehehheh jangan mare aaa bro. Jadi, tambah CBX. Kebetulan dalam Roda-Roda bulan April ada 2 buah CBX nak diletgo. Yg mekanik Dolah di Penang buat tempoh hari memang cantik, dah conver body CB4 tapi terlambat, dah terlepas ke tangan orang. Ada sebiji lagi nak jual di Jalan Peel KL. Member dah beli 5 tahun dah, baru hidup, tapi mekanik pindah pulak. Member tu pun dah give-up, dapatlah bro Rahman motor idamannya. Memang rezeki, harga pun ok, berbanding yang lain tu mencekik darah. Cuma ada beberapa barang kecil yang tak ada. Biasalah, motor tender, dah lebih 20 tahun pula.
Kerana ada urusan, saya tak dapat ikut ke KL untuk mengambil motornya. Apapun motor naik storm dah sampai ke Chemor. Anak beliau pulak mekanik. Oklah, senang berkira. Pagi tadi saya test ride, enjin cantik, bunyi licin, cuma bahagian depan tak lengkap. Tapi dah boleh pergi konvoi. Cantik, dah ada 8 buah CBX di Ipoh. Bila lagi nak konvoi ni...
Wednesday, April 22, 2009
Akhirnya 9696 pun kembali
Selepas 5 minggu menunggu akhirnya kereta saya diserahkan kembali sabtu lepas. Semasa menerima panggilan dari bengkel saya sedang menghakimi pertandingan kawad NGO Kinta Utara di SMK Buntong. Habis sahaja tugasan terus saya ke bengkel mengambil kereta. Walaupun saya tak banyak memandu dan tak terasa sangat keperluannya, tetapi sekali sekala amat diperlukan terutamanya apabila ada sakit pening nak ke hospital dan apabila anak-anak balik dan perlu menghantar mereka ke perhentian bas. Masa tu begitu terasa keperluan kereta. Mujurlah ada adik berjiran yang boleh dipinjam keretanya. Tapi sampai bila. Apa pun selepas tiga kali kemalangan yang sama, saya rasa dah serik. Kesemua kemalangan ini berlaku semasa kereta bergerak perlahan bersusun-susun. Ketiga-tiganya kerana kelalaian saya, yang terbaru memandang ke kanan, sebelum ni memandang kereta kedua di hadapan tak sedar kereta di depan dah berhenti. Yang pertama di depan Bank Negara KL tahun 1999 dulu, kerana nak memasukkan CD!!! Semoga lepas ini tidak akan berlaku lagi. Namun kita hanya mampu berdoa dan berusaha!
Wednesday, April 15, 2009
Perkhemahan Kebangsaan Pasukan Badan Beruniform
Baru sampai dari Perlis
9W2CMD menaikkan Silver Thunder dibantu oleh 9W2YOR, 9W2ZLA menyibuk
Rig 2200 JPN Perak tu tak ada speaker, kena makan anai-anai ( Apacer WSA?)
Sebahagian pelajar sedang memasang khemah
Ni Dia juruletih komunikasi. Depan dari kiri ACB, Mohamed CMD, Azizal ZLA, Ustaz Najdi DFA, dan Shahory Orang Johor SOJ. Belakang Azlan AKZ, Roslan SMR dari Taiping , Mior Anuar YOR dan Sg Siput dan Tarmijie MIG dari Krian
Sempat memasang pukat di Teluk Senangin
Jurulatih komunikasi berehat menantikan sesi berikutnya
Sebahagian pelajar sedang menjalani praktikal komunikasi
Jumaat 10hb. Bertolak dari rumah ke lokasi bersama 9W2CMD. 9W2ZZR, 9W2DFA dan 9W2SOJ sudah menunggu di Batu gajah dengan kereta masing-masing. Kami berkonvoi dengan 4 kereta kerana masing-masing ada projek tersendiri. Sepanjang perjalanan, cuba menghubungi cikgu Mior Anuar 9W2YOR yang memandu melalui jalan Manong melalui 9M2RKV tapi beliau tak berjaya mencapai repeater walaupun mendengar audio kami. Azlan 9W2AKZ yang telah sampai terlebih dulu, membuat laporan keadaan kem yang kurang memuaskan kerana serangan lalat. Kami berbincang semasa minum petang di Manjung dan mengambil keputusan untuk mencari penginapan alternatif. Setelah sampai, kami membuat beberapa pilihan dan akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di chalet Teluk Senangin, chalet ok, harga berpatutan, kami 12 orang bersewa 3 bilik.
Sabtu 11hb. Pagi ni cuma menyiapkan peralatan radio. 3 station dibangunkan untuk pendaftaran, keselamatan dan juga untuk kelas komunikasi. Mujur ramai jurulatih yang bersama-sama menaikkan tiang Silver Thunder JPN yang hanya baru digunakan 3 kali sebelum ini. Semua kontijen sampai sehingga lewat petang iaitu Labuan dan Sabah.
Keesokan harinya, kelas berjalan agak perlahan. Saya memang tiada pengalaman langsung mengajar pelajar rendah. Walaupun mempelajari ilmu pedagogi, tapi tidak pernah dipraktikkan. Ternyata, kaedah penerangan walaupun dibantu dengan handout, sukar menarik minat pelajar. Akhirnya saya memohon bantuan 9W2ZLA cikgu Azizal yang menjadi pengiring kontinjen Perak. Mujurlah beliau bersetuju. Ternyata pengalaman beliau amat berguna. Walaupun jauh lebih muda daripada kami yang lain, tapi kebolehannya mengawal dan menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah bercerita, main peranan, kuiz dan sebagainya menarik minat pelajar. Malah beliau bersedia dengan gula-gula untuk dihadiahkan kepada pelajar. Memang respect saya kerana beliau berjaya membuat pelajar teruja dengan kaedah yang digunakannya.Terima kasih Zla, bila nak kawin? hehehehehe.Apapun video majalah 3 dan kartun yang saya petik dari icom US banyak juga membantu menarik minat pelajar. Beberapa orang pelajar mempunyai bapa atau datuk yang juga pemegang callsign.
Pada setiap malam diadakan O group iaitu perbincangan pegawai. Ditimbulkan beberapa persoalan. Yang menariknya akan saya sebut dalam post yang lain nanti. Kami di Chalet sempat juga pekena karaoke. Punya la kedekut tuan punya. seringgit satu lagu. dah tu lagu dangdut jer banyak. Tapi apa nak dikata, dia punya. Tok penghulu Manjung 9W2TGA sempat juga datang melawat ke Chalet tapi saya tak sempat eyeball lama kerana perlu menghadiri O group.
Akhirnya setelah 5 hari di sana, kami bergerak balik ke rumah masing-masing selepas upacara penutup yang disempurkan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Perak pada 16 April.
Friday, April 10, 2009
Kabinet Baru - Kabinet Rakyat?
Kabinet baru sudah diumumkan. Macam biasa pelbagai reaksi diberikan. Tentulah yang terlepas peluang berasa kecewa. Biasalah tu adat dunia. Cuma yang saya tertarik diuar-uarkan kononnya ini kabinet rakyat. Maksudnya? kabinet daripada rakyat atau untuk rakyat? kalau daripada rakyat, saya musykillah sedikit kerana ramai muka yang telah ditolak oleh rakyat dalam PRU tempoh hari tetap terpilih. Jadi, kalau rakyat menolak mereka, bagaimana boleh dikatakan dia mewakili rakyat. Apapun diharapkan yang dimaksudkan ialah kabinet untuk rakyat. Jika itulah azam mereka, by all means, I'm for it. Jangan indah khabar dari rupa saja nanti. Semoga pembaharuan yang dijanjikan bukan retorik semata-mata. Keterbukaan dan pendemokrasian bukan hanya janji semata-mata. Takut nanti berulang lagi. Telunjuk lurus kelingking berkait.
Yang diharapkan rakyat, kerajaan yang mewakili mereka. Menghormati pendapat dan kehendak rakyat. Medahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri sendiri, atau penyokong atau parti. Kalau ditengok dari Perhimpunan Agong tempoh hari, nothing change!!! Ada perwakilan yang mencadangkan VC Universiti mesti dari penyokong Umno macam Uitm tu katanya. Apa universiti tu Umno punya ke? inilah mentaliti yang patut diubah. Still if you remember back than, penambahan pakej ransangan pun diumumkan dalam perhimpunan Agong untuk memancing undi kontraktor kelas F yang kita tahu siapa. Ada pula sorang perwakilan tu yang berkata, Umno yang mencipta alat moden (agaknya ITla kut) tapi pembangkang menggunakannya untuk menghentam kerajaan. Agaknya dia maksudkan blog kut. Nak tergelak saya. Bila masa Umno mencipta www, atau blog tak taulah saya. Agaknya perwakilan tu, pegang komputer pun tak pernah. Orang bercakap pasal blog, dia pun blog. Apa bendanya dia pun tak pernah tengok. Tak hairanlah bila MB Pahang nak gajikan bekas pegawai tinggi kerajaan untuk buat blog bagi menapis dakwaan blog pembangkang. Sampai bilalah mereka ni nak belajar. But than we can't never blame them alltogether. can we?
Thursday, April 9, 2009
Bahas - Satu Bentuk Latihan Melahirkan Pemimpin Masa Depan
Pengetua SMK KDAS menyampaikan hadiah walaupun
terpaksa bertongkat akibat kemalangan dua bulan yang lalu
Dah jadi pengetua Hj Wazir, dulu, kami sama-sama jadi penolong Kanan.
Tak tau kenapa gelap pulak. Pembahas ni ada harapan jadi ahli politik
Minggu lepas dan hari Isnin baru-baru ini, saya menjadi hakim pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen Zon 5 Kinta Utara di SMK Kg Dato' Ahmad Said. Tujuh sekolah bertanding dan dalam pusingan akhir, SMK Convet Tarcisian telah bertemu tuan rumah. Tajuk perbahasa Pertambahan Wanita bekerja Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara. Setelah menyampaikan hujah masing-masing SMK Concent sebagai pembangkang yang juga juara bertahan sekali lagi menang. Hujah mereka lebih mantap mereka bersedia dan tahu konsep bahas Ala Parlimen.
Konsep Bahas Ala Parlimen ini mula diperkenalkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Bentuk perbahasan ini lebih bebas dan membantu menjana minda pelajar. Tiada lagi bentuk perbandingan seperti tajuk perbahasan dahulu. Kini tajuk yang diberikan merupakan satu pernyataan dan terpulang kepada pembahas untuk mentafsirkan tajuk. Konsep ini meminta pelajar banyak membaca bacaan luas. Malangnya, itulah kelemahan pelajar pada hari ini. Mereka langsung tidak membaca dan tidak boleh berfikir secara bebas. Segala-galanya mengharapkan diberikan oleh guru. Pembangunan dalam tajuk di atas misalnya boleh dilihat dari aspek pembangunan sosial, minda dan sahsiah atau dalam perkataan lain spiritual, bukan fizikal semata-mata. Ini sesuatu yang gagal didefinisikan dengan baik oleh kebanyakan pembahas.
Begitu juga dengan gaya perbahasan konsep Ala Parlimen. Gayanya lebih santai, bukan berapi-api seperti pidato. Malah, pembahas tidak perlu menggunakan bunga bahasa yang hanya membuang masa. Yang penting ialah kebolehan mematahkan hujah lawan secara impromtu atau spontan. Itu sesuatu yang sukar didapati daripada pelajar hari ini. Apapun saya perhatikan tiada seorang pun pembahas dari kalangan pelajar lelaki. Seperti kata seorang pembahas, pelajar lelaki lebih suka duduk depan komputer dan main permainan video.
Apa pun SMK KDAS ni memang best dari segi penganjuran. Makan memang meriah. Guru-gurunya bekerja sama masak makanan yang best. Jadi hakim kenyangla. Terima kasih banyak. Tahun depan boleh jadi tuan rumah lagi. Teringat jadi Ketua Pengawas PMR di Sekolah Sains Selangor tahun 1991 dulu. Sekolah Berasrama Penuh, kaya, tapi bagi minum teh o dengan biskut mayat jer. Bukannya lapar sangat, tapi itulah namanya berbudi. Tak taulah pulak sekarang ni camna. Tapi PGS pengetua baru dari SMJK Poi Lam, kami dah beritahu sebelum beliau pergi dulu, kalau jaga SPM/PMR jangan bagi makan biskut lagi.
Monday, April 6, 2009
Pelancaran Program Rakan Muda Sekolah
9W2RKK Encik Meor Mohd Roslan, Penyelia Kokurikulum JPN sedang memberi taklimat
Permulaan kayuhan di tengah kesibukan berkempen
Sampai di Padang SMK Tengku Menteri
Gimik, punya la laju flying fox, tak sempat nak ambik gambar
Pada 4 April yang lalu, saya dan beberapa orang rakan guru termasuk JPN, DFA, SOJ dan VAK (Badrul Hisham dari Sungkai) menjadi urus setia dan marshal sempena prgoram berbasikal 120 orang pelajar dari 4 sekolah di Bukit Gantang bagi menanda terlancarnya program rakan muda sekolah Peringkat Negeri Perak. Program kami diketuai oleh 9W2WSA dan dibantu oleh penyelia Kokurikulum JPN Encik Meor Mohd Roslan (9W2RKK). Pada hari jumaat malam, saya dan rakan-rakan bermalam di home stay Taman Kuala Kangsar, manakala beberapa orang lagi berkhemah di tempat permulaan program iaitu di SMK Batang Aur. Dengar cerita Dilmi, Azhar dan rakan-rakan buat BBQ rusa sampai tak boleh tidur.
Bangun pagi untuk bergerak ke Changkat Jering, motor tak mahu hidup pulak. Malam tadi ok jer. Apa barang, last-last kena tolak, siap kena kutuk lagi. Ikut saya, nak tinggalkan ajer motor di situ, naik pick-up Mawi. Lepas tu mati pulak kat PPD KK, tolak lagi. Akibat malu nak tolak banyak kali, tak berhenti sarapan terus ke SMK Batang Aur. Mujur ada sarapan sponsor kat sana.
Bila nak bertolak jam 9.00, baru saya sempat cari spanar, dah agak dah, mesti kepala skru dah ada mendapan kimia. Bila diketatkan, sekali tekan terus hidup. Legaaa. Lepas, eskot pelajar, lepak di SMK Tengku Menteri, sempat kempen rakan ambil RAE, hasilnya, Mawi, Azhar dan Dollah, beri ic dan RM50, borang saya isikan. Member ni dah kempen lama dah, dari prgoram berbasikal ke Pangkalan Hulu tempoh hari, ini baru terbuka. Minggu depan, rakan yang sama ni juga akan terlibat dalam program di Teluk Senangin, jadi radio penting. Sebab tu, saya sungguh-sungguh kempen supaya mereka melibatkan diri dalam radio ham ni, kerana banyak kegunaan dalam tugas rasmi kami sebagai pendidik.
Lepas minum (brucnh) di SMK TM, RKK ajak makan tengah hari pulak, rezeki jangan ditolak, bergerak melalui PLUS, terus ke KK, makan tomyam lagi. Tapi malam tadi punya rasa lagi sedap. Lepas makan, dah penat, kami berempat balik semula ke homestay walaupun dah check out. Semua terlena sampai 4.00 ptg, baru balik ke base masing-masing.
Wednesday, April 1, 2009
Bila nak lepas Geram
9M2EMI Suhaimi
9W2CMD Cikgu Mad
9W2MTA Muz
9W2NIM Naim
9W2PIZ HApiz
Frust tak dapat ride
Hujung minggu ni, PIZ, NIM dan MTA ajak ke Cameron dgn geng Elegant. Tak pasti boleh pergi atau tidak kerana sabtu jadi marshall untuk kayuhan basikan 120 pelajar sekolah ke bukit Gantang, menteri datang. Jadi, kena tunggu lagi nampaknya.
Subscribe to Posts [Atom]